Header Ads

Kaedah Pemindahan Gaji SBPA, Gaji Baru SBPA 2012

NEWS : PEKELILING, JADUAL GAJI BARU 2016 << 15/04/2016 baca sini


Ramai tertanya-tanya tentang Lampiran C SBPA Pekeliling Perkhidmatan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diguna pakai pada 2012 nanti. Dan Lampiran C (Rujuk Slide di Bawah Ini) tersebut masih belum diupload oleh pihak JPA dan anda juga perlu merujuk ke Bahagian Sumber Manusia Kementerian/Jabatan/agensi masing-masing seperti yang dinasihatkan di Laman Web JPA mengenai Lampiran C. Mungkin terdapat masalah-masalah tertentu mahupun strategi JPA sendiri di dalam mengeluarkan Jadual Gaji Sebaris (JGS) sebagai Jadual Gaji Baru untuk Sistem SBPA 2012. Mungkin Slideshare di bawah, salah satu contoh lampiran C mengenai gaji guru dan Penjawat Awam yang lain.

Sumber Gambar : Facebook (kalau tengok gambar, macam diambil sewaktu penerangan mengenai Skim SBPA di jabatan-jabatan kerajaan kan?)

Gambar di atas adalah gambaran mengenai Kaedah Pemindahan Gaji baru bagi Sistem SBPA nanti.

Pemindahan Gaji JGM ke JGS
1. Diberikan satu Pergerakan Gaji Biasa (PGB) di gred gaji asal SSM.
2. Gaji dipindahkan ke Jadual Gaji Sebaris (JGS) berdasarkan matagaji yang sama atau tertinggi berhampiran.
3. Kenaikan Gaji Tahunan 2012 anda nanti.

Jadi Sebagai contoh.

Ketika ini Tahun 2011 Gaji anda berada pada T9- 2728.35 anda perlu menganjakkan satu tangga kehadapan T10 - 2820.19 pada Jadual Gaji SSM anda.

Selepas itu dipindahkan / dirujuk kepada gaji terhampir paling tinggi pada Jadual Gaji Baru iaitu Jadual Gaji Sebaris SBPA terbaru iaitu T5 - 2835 <-- Gaji Permulaan anda di Tahun 2012 nanti.

Kemudian tunggu Kenaikan Gaji Tahunan 2012 untuk anda merasa pergerakan Kenaikan Gaji Tahunan satu tangga lagi menjadikan Gaji Anda pada 2012 berada pada T6 - 3060. Bergantung kepada Pergerakan Gaji Biasa di Bulan Januari, April, Julai dan Oktober seperti yang ditetapkan dalam Jadual Baru ataupun dalam Sistem SBPA semasa mengisi opsyen nanti akan dimakluman.

Sementara menunggu Lampiran C keluar, rasanya semua orang sudah tahu starting gaji mereka untuk jadual SBPA 2012 nanti berapa kan, jadi dah bolehlah buat kira-kira sebagai persediaan...

* Sumber Gambar Boleh Dipercayai, Kalau tanak percaya tak ape.... (",) Amacam? Seronokkan dengan kenaikan tahunan dan pelarasan gaji kali ini... (",) Syukur, Alhamdulillah bagi mereka yang dapat kenaikan, tapi jangan dilupakan kakitangan swasta yang masih berjuang mengenai kenaikan gaji mereka. Kalau inginkan maklumat lanjut mengenai SBPA sebetulnya tunggu Lampiran C SBPA keluar, tapi nak cepat-cepat pahamkan isi lampiran C? tengok Video Penerangan SBPA ini yang saya ambil dari Pengguna Facebook. Video Penerangan mengenai Sistem SBPA 2012. Kalau maklumat saya di atas salah, sila betulkan. TQ



Disini saya sertakan sekali Powerpoint Presentation yang digunapakai semasa pemberian taklimat-taklimat SBPA di Jabatan Kerajaan yang saya dapat dari rakan yang komen di bawah. TQ kepada mie09 dan Razmi. A. Aziz. Harap dengan adanya maklumat penerangan dalam bentuk powerpoint ini, akan memudahkan anda semua memahami konsep SBPA sebelum diterangkan oleh pegawai JPA ataupun orang yang bertanggung jawab di Jabatan anda. Dibawah ini adalah slide mengenai pergerakan gred gaji bagi guru dan kakitangan yang lain pun turut disertakan.

Taklimat Pelaksanaan Baru Perkhidmatan Awam SBPA 2012 - Guru - Download

Intro SBPA

Klik pada tajuk Slide Taklimat Pelaksanaan Baru Perkhidmatan Awam SBPA 2012 - Guru dan Intro SBPA untuk maklumat lanjut, dan terus klik butang DOWNLOAD file berkenaan untuk melihat isi penuh kandungan mengenai pergerakan gaji.

Sifir Gaji Guru SBPA bermula Januari 2012 yang dikongsikan setakat ini merangkumi gred gaji

DG29 : DG2-1, DG32 : DG2-2, DG34 : DG 2-3, DG38 : DG2-5,
DG 41 : DG1-1, DG44 : DG1-2, DG 48 : DG1-4
DG52 : DG1-5, DG54 : DG1-6.
(klik untuk tumbersaran tangga gaji)






Kalau rasa artikel ini berguna, sila kongsikan pada rakan-rakan yang lain. TQ
Untuk Kaedah dan Pengiraan Pemindahan Gaji Lama SSM ke Gred Gaji Baru SBPA 2012 sila ke Link 

Untuk Mendownload Pekeliling Perkhidmatan Baru SBPA JPA 2012 sila ke link




Jadual Gaji SBPA, Sifir Gaji Kakitangan Sokongan dalam sistem SSBPA,Pekeliling Gaji 2012, Pelarasan Gaji Baru Kakitangan Kerajaan, Pekeliling Gaji Penjawat Awam, Kenaikan Gaji 2012, Pekeliling Terkini JPA 2012, Kiraan Gaji Baru, Mata & Tangga Gaji Kakitangan Awam 2012, Pekeliling Gaji 2012, Pergerakan Gaji 2012, Gred Gaji Kerajaan 2012, Jadual Skim Gaji Kerajaan 2012, Pekeliling Gaji Baru 2012, Pekeliling SSBPA, Download Lampiran C SBPA

11 ulasan:

  1. BELUM DAPAT PENERANGAN YANG SEBENARNYA...

    BalasPadam
  2. @Tasha hehe...betul, tak keja tak faham...dah keja baru faham... so better jangan keja lagi tau... nnt asik tak sabar je....

    BalasPadam
  3. @fairus dengar kata pihak berwajib akan bagi penerangan secara berperingkat...;-)

    BalasPadam
  4. http://www.slideshare.net/tokneban/sbpa-gaji-guru

    BalasPadam
  5. ye sekolah saya buat penerangan pada 27 dis ni. CUEPAC bagitau jgn sain dulu, tunggu depa bersidang mulai esok 14,15,16 dis...

    BalasPadam
  6. @mie09 tQ mie09 atas perkongsian anda... slideshare tersebut telah diletakkan di blog ini... (",)

    BalasPadam
  7. @zun jangan sain dulu yer??? kalau tak ditangguhkan nanti ada yang masih di SSM sedangkan ramai yang sain ke SBPA (",).....

    BalasPadam
  8. Jangan sain dulu???? yang buat pekeliling JPA, kakitangan kerajaan juga, takkan mereka buat untuk merugikan kakitangan kerajaan tentunya mereka akan rugi juga.

    BalasPadam
  9. @coffee hurmmm...ntah...tak paham dah sekarang nih... ape² pon rasanya keputusan untuk menangguh dan membatalkan SPBA takkan berjaya... sebab kajian da dilakukan terlalu lama dan pelbagai pembaziran wang ringgit dan masa telah dikeluarkan dalam mencapai kata sepakat menghasilkan SBPA...takkan nak batalkan...betul x

    BalasPadam
  10. alangkah seronoknya jika kenaikan gaji bagi guru-guru yang dah berkhidmat lebih 20 tahun ditambah lagi . Kami adalah golongan yang telah lama menyumbangkan tenaga dan dah tak berpeluang menikmati kenaikan gaji yang tinggi sebagaimana guru-guru muda belia.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.