Header Ads

Nak Duit? Exabytes mencari 100 blogger! Siapa mahu Cek boleh sertai!





Entri ini mengenai status banner di blog Defarhano ini yang agak kekosongan setelah Iklan dari Exabytes telah dikeluarkan dari blog ini pertengahan Disember 2011 yang lalu, walaupun sepatutnya awal-awal lagi Defarhano keluarkan dari blog ini kerana telah tamat tempoh perjanjian selama 3 bulan yang bermula dari 11 Ogos - 11 November 2011 sepatutnya. Tapi disebabkan kesibukan, maka saya biarkan dan bagi extra selama sebulan tanpa claim apa-apa dari pihak Exabytes Network.


Dan baru-baru ini, nak dijadikan cerita rezeki datang lagi... baru je turunkan Exabytes Network punya banner iklan, dah dapat lagi emel untuk sertai Exabytes 100 Blogger Ads Program. Jadi sama seperti yang aku pernah cerita dulu di entri Jom Buat Duit Dengan Letak Iklan, kita kena hantar laporan trafik harian ke syarikat Exabytes,

Syukur, Alhamdulillah...diterima juga buat kali kedua... dulu waktu nak cuba-cuba letak iklan penaja kat blog, trafik dalam 300 - 1000 sehari, tapi bulan ni, Exabytes bagi tahu yang blog Defarhano ni purata trafik sehari ribu-ribu berpandukan printscreen Unique Visitor yang kita attached kat email. Aku ingatkan ratus ribu sehari...hehehe rupanya baru ribu-ribu jer...



"I would like to confirm with you again, your average traffic a day is roughly xxxx.
We are interested to advertise at the top part of your sidebar, 160x300 or 728x90 below your blog banner.

We would like to offer you at RM60 / 3 months. "



Dulu RM50 untuk 3 bulan, kini dapatlah RM60 untuk 3 bulan, takpa...yang penting ada income juga dari hasil aku berblogging nih... (",)


Tengah tunggu nak cashout Advertlets dan juga Churp-Churp untuk tahun 2012 pulak... dapat setahun sekali Cek dari hasil berblog ni pun dah cukup, tapi orang lain ada yang dapat cashout banyak kali, tengoklah kalau nak minimum senang jelah cashout...tapi aku kalau boleh nak sekali gus macam Bonus hujung tahun gitue....hehehe...


Ok, jom layan cara-cara nak letak iklan syarikat lain di Internet yang sudah pastinya aku bagi dari Exabytes Network. Kat sini Bukti Exabytes bagi Cek untuk kali pertama aku terlibat dengan program nih...


Syarat-syarat minimum nya ialah : 


1. 200 UV trafik minima sehari ke blog korang. Malaysia Mari!!!
2. Hantar print screen UV sebulan yang lepas blog korang ke marketing@exabytes.com.my
- macam aku hantar print screen Google Anylytic (Nuffnang tak pakai dah kat blog ni)
3. Proses ambil 3-4 hari bekerja. (waktu aku hantar cepat jer dia reply)
4. Korang akan dapat borang, untuk disi dan hantar semula.
5. Tunggu banner script dari Exabytes Network untuk diletakkan di blog
6. Bermulalah korang sebagai penyewa tapak ruangan iklan di dunia maya!


Sertai disini Exabytes 100 Blogger Ads Program 


*** Lepas tamat tempoh banner Exabytes Network ni, Ruang berkenaan akan disewakan kepada pihak-pihak yang berkeinginan...hehehe...Exabytes pun sanggup bayar tau, so??? 


Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.