Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Bandar Baru Bangi Satu Fenomena! | defarhano.com
D7

Ahad, 18 Disember 2011

Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Bandar Baru Bangi Satu Fenomena!

Syukur Alhamdulillah, disebabkan semalam 17 Disember 2011 aku diberi kesempatan untuk hadir ke Masjid Al Hasanah atau lebih dikenali Masjid Hijau yang terletak di Bandar Baru Bangi Seksyen 9 untuk menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Selebriti yang mencipta fenomena kini mendapat sambutan hangat dari setiap penduduk tempatan di Lembah Klang, iaitu Ustaz Azhar Idrus yang berasal dari Terengganu.

Ustaz Azhar Idrus menyampaikan Kuliah Maghrib sejak selepas solat Maghrib dan sehingga ke jam 10.00 malam. Aku rasa amat gembira sekali, kerana ini adalah kali pertama dapat mendengar ceramah agama secara live dari Ustaz Azhar Idrus yang amat dikenali ramai melalui youtube mahupun facebook.

Acapkali terdapat pengguna-pengguna facebook yang berkongsi video-video pendek berkenaan ilmu agama dari Ustaz Azhar Idrus ini.

Aku ke Masjid Bangi ini sebelum jam 7.00 malam terpaksa parking jauh dari kawasan masjid dan tidak menyangka akan berlaku kesesakan trafik untuk parking. Tapi aku bersyukur, dapat juga duduk di dalam Masjid dan tengok sendiri Ustaz Azhar walaupun dari jauh. (",).

Setelah pulang ke rumah, aku online facebook dan mendapati berita-berita berkenaan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Bangi mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih dari 20,000 umat manusia yang terdiri dari golongan muda, baik muslimin mahupun muslimat yang datang untuk mencari ilmu agama dari seorang Ustaz. Aku duduk dalam Masjid, tak tau perkembangan orang ramai diluar.. Diberitakan Abby Abadi turut hadir mendengar majlis ilmu berkenaan.


Dana kutipan jihad untuk pembangunan juga mencapai RM50,000 ribu ringgit dalam satu malam yang dilancarkan di Masjid berkenaan. Saksikan gambar di bawah, dimana jawatan kuasa yang terlibat sedang membuat kiraan wang derma.


Semoga program-program ilmu sebegini terus berterusan dan mendapat tempat di hati masyarakat Islam khususnya anak-anak muda yang sedang membangun supaya tidak leka dalam dunia kita sekarang ini yang penuh pancaroba... (",)

Akan ku nantikan Ustaz Azhar Idrus di sekitar Lembah Klang untuk sekian kalinya... Insya Allah...

Untuk lebih gambar Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bandar Baru Bangi, Sila ke Facebook Suara Masjid Al-Hasanah
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!
Like this article? TQ

By DefarhanoVII a.k.a BoyPJ with 4 comments comments
Kritikan Rakan Facebook
4 Kritikan Rakan Blogger

4 comments:

Tapi ada orang yang busuk hati pertikaikan kehadiran abby kat sana. Kesiaaaaan dia. Niat nak belajar agama tapi kenapa manusia lain suka menindas tau memulaukan mereka. Errrrrmmm

@Adylia Qarissa betul tu, sepatutnya isu dia ada kat sana ke, kat sini ker, mana-mana ke, itukan kehendak dia, yang mana dia nak pergi, dia pergi la...patot takyah la pertikaikan....

rasenye si ujang pun pi jugak kot,die pun ade wat entry klu xslh...xjumpe ke?hehe...
tpi memang ramai la tgk,bagus la kan....

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADS FROM SPONSOR

TINGGALKAN LINK ANDA

    • Popular
    • Archives
    • Categories