Header Ads

Tengok Ombak Rindu





Semalam aku berkesempatan tengok Filem Ombak Rindu yang sudah ditayangkan  di pawagam seluruh Malaysia mulai 1 Disember 2011. Aku rasa inilah Filem Melayu paling lambat aku tengok di pawagam berbanding Filem-Filem Melayu yang dilakonkan oleh pelakon terbaik yang sebelum ini aku tengok awal di atas tiket jemputan pratonton...HeHeHe... Aku tengok lambat pun disebabkan terlalu bizi dan penat baru balik dari sini.


Tapi minta maaflah, Filem Abuya, Sumpahan Puaka, Klipx 3GP, Apa Tengok Tengok aku tak tengok di pawagam pun. Filem-Filem camni tunggu DVD keluar baru beli or download free dari kawan aku yang download kat internet nih, bukan beli yang cetak rompak tau, tapi pinjam DVD kawan ajer...(",) HeHe...


Filem lepas ni Datin Ghairah, Songlap, Suatu Malam Kubur Berasap dan Papa I Love You, kalau aku tak dapat tiket free pun tak ape, aku sanggup pergi beli dan tengok sendiri di pawagam... (",)


Berbalik kepada Filem Ombak Rindu yang diadaptasi dari Novel Ombak Rindu. Novel Ombak Rindu ni, confirm lah aku tak pernah baca...hehe...sebab aku bukan kaki novel...(",)


Ikut pendapat orang yang dah tengok Ombak Rindu ni, diorang kata siapa pernah baca novel Ombak Rindu, akan cakap Filem nih tak berapa nak best, dan yang tak pernah baca novel dan terus tengok di wayang Ombak Rindu ni...akan cakap Filem Nih best...gitu kan...


Bagi pendapat aku pula, Ombak Rindu ni, takda lah best mana...HaHaHa...cume aku geram dengan watak Mak Haris tu, Azizah Mahzan kan?....Benci gila.... Pendapat MyLove pula cakap, Lisa Surihani sangat-sangat tak sesuai bawa watak Mila... betul juga rasanya... tapi disebabkan nak bagi BOOM Kutipan Filem Ombak Rindu nih, mungkin faktor pemilihan Lisa Surihani bergandingan dengan Aaron Aziz dan Maya Karin dibuat juga...


Betul tak...? huhu...tapi nasib ending Ombak Rindu ni menyatukan kembali Hariz lakonan Aaron Aziz dan Izzah lakonan Maya Karin tu... kalau tak, aku bakar jer pawagam 1 Utama tu... gRrRrrrrrrr.....
Sinopsis Filem Ombak Rindu:
filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.


Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

10 ulasan:

  1. same here,,sakit hati betul dgn watak mak haris tu,,
    nak2 lagi azizah mahzan yg bawak watak tu..
    can't wait for Songlap..
    have a nice day =)

    BalasPadam
  2. same pendapat dgn Wardina Safiyyah OfficialPage

    BalasPadam
  3. citer yang biasa.. dramatik lah.. bukan lah gempak..
    tp ok lagi....
    i love papa memang nk tgk kat pawagam..
    lisa surihani....
    hihok....
    yg citer kubur tu.. mcm stress jer nnt tgk.. asyik terkejut sih...

    BalasPadam
  4. versi movie mmg x se'best versi novel...mujur la x beria nak g tgk cite ni awal2...hehe

    BalasPadam
  5. @The Fatso Zombie hehe...same la plak kan... maybe sebab orang mmg blacklist Azizah Mahzan kot...opsssssss....

    BalasPadam
  6. @Myboiler rezeki Ombak Rindu, sekarang berape la kutipan dia yer, dah 9 juta lebih...mampu ke pecahkan KL Gangster?...tak kot...

    BalasPadam
  7. @Alieza Dayasari cerita kubur? rasa nak download je Filem Suatu Malam Kubur Berasap tu nanti... Papa I Love da dapat pass pratonton...hehe..27hb da boley tengok!..yezza

    BalasPadam
  8. @sila1209 dah baca novel mmg lain bila tengok movie ye...ramai pendapat camtu....

    BalasPadam
  9. ramai jugak yg berpendapat novel lagi syiokk dari filem.setiap org ada pendapat masing-masing right ?

    jom terjah!

    LATEST ENTRY : Lebih 20 Kesilapan Filem Ombak Rindu Yang Tidak Disedari Penonton

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.