Header Ads

Surau di Putrajaya Dipecah Masuk Pencuri!



Astagfirullahaladzim, apa nak jadi orang zaman sekarang ni??? Tak dapat bezakan yang mana baik dan yang mana buruk...Surau sebagai tempat umat Islam beribadat kepada Allah S.W.T dan memberikan sumbangan amal-jariah untuk pembangunan pendidikan Islam itu sendiri telah dipecah masuk oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


Mengikut maklumat yang aku terima, Surau Jumaat di Presint 8, Putrajaya telah dipecah masuk oleh pencuri a.k.a penyamun menjelang pagi Sabtu 17 Disember 2011. Kalau sebelum ini Surau di Presint 11 dipecah masuk pencuri...


Banyak juga kerugian yang dialami oleh Surau Presint 8 berkenaan, di antara barang-barang yang dilarikan oleh pencuri berkenaan ialah Komputer Riba (Laptop), Desktop CPU, LCD Monitor dan juga kumpulan duit syiling hasil kutipan surau berkenaan yang dipecahkan peti simpanannya.


Mujurlah wang hasil kutipan dari orang ramai yang hadir ke Solat Jumaat telah selamat simpan di bank mahupun di tempat lain. Kalau tidak, dengan duit tu sekali penyangak ni curi.


Bila aku dengar kes macam ni, tiba-tiba teringat terus dekat Video Maharajalawak Jozan Minggu ke-4 yang lawak diorang menyaksikan Johan dan Zizan menggunakan cahaya lampu pentas dan aksi gegar-gegar tabung surau dalam lawak pecah tabung surau...  Layan Video Youtube di bawah




Siapalah yang punya angkara memecah masuk dan mencuri barang-barang di Surau berkenaan ni ya...? Tak takut langsung mencuri di rumah Allah...



Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

6 ulasan:

  1. beraninya mereka2 mencuri kt surau/masjid ni....kt ptrajya pn dah bnyk kes pecah masuk umh n sbgnya nmpknye...;(

    BalasPadam
  2. @Aishah Jahirah(cik aisha) diorang berani sebab iman tak kuat, kalau yg curi tu beragama Islam... tapi kita taktau siapa yg mencuri, sebab kt putrajaya ni pun banyak warga asing juga kan... tapi tak kurang yg pecah masuk rumah dari org melayu juga...bawah umur plak tu...huhu...kalau melayu lah yg punya angkara, buat malu kaum saje...

    BalasPadam
  3. hmmmm... tak kan masjid pun jadi nak buat port ...
    hmmm.... doa kan yang terbaik jer lah...
    ohh ada churp2.. dah klik...
    sama2 tambah tabung.

    BalasPadam
  4. yelah..ramai dah warga asing kat putrajaya pun...pnh pegi presint 9 dlu,dah macam tempat diaorg je pulak rasa...huhuu

    BalasPadam
  5. @Alieza Dayasari nak wat camne, orang pendek akal...(",) huhu... erm..tq ye kalau dah klik, kunjungan balas akan terjah nanti...

    BalasPadam
  6. @Aishah Jahirah(cik aisha) p9 tu kan terkenal gelaran Flat Antarabangsa, Flet Hijau...hehe(",) dah macm duk obersea kan...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.