Header Ads

Konsert Sambutan Ambang Tahun Baru 2012 - New Year Countdown Celebration

 Tahun 2012 bakal menjelma dalam beberapa hari saje lagi, maka sudah tibalah masanya 2011 melabuhkan tirainya... (",) dan seperti biasa, Negara kita mengamalkan sambutan tahun baru dengan mengadakan Malam Ambang Tahun Baru 2012 yang juga turut disertakan dengan persembahan artis-artis popular dan tak popular Malaysia di pentas konsert itu nanti sebelum pertunjukan letupan mercun bunga api @ fireworks detik 12 malam @ 00:00:00 di lokasi-lokasi yang telah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia menyambut pesta...pesta????
Antara tempat yang pasti menjadi tarikan orang ramai nanti mesti di Dataran Merdeka bakal diadakan Konsert Ambang 2012 sempena Tahun Baru 2012 pada 31 Disember 2011 ini anjuran Kumpulan Ambank dengan kerjasama DBKL buat kali ketujuh.

Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2012
Dataran Merdeka
Pada 9.00 Malam 31 Disember
Siaran Secara Langsung di TV RTM2
Persembahan pentas oleh artis : Datuk M. Nasir, Jamal Abdillah, Faizal Tahir, Awie, Mizz Nina, Kumpulan Hujan, dan One Nation Emcees.
Pertunjukan bunga api detik 12 malam.

Wah, agak meriah di Dataran Merdeka, sudah pasti sambutan tahun baru di Bukit Bintang, KLCC Petronas Twin Tower juga semeriah di tempat lain. (Teringat zaman-zaman dulu-dulu... sorang-sorang di KLCC time new year sebab ikut pakcik kerja Putra LRT)

Dan yang paling penting sebenarnya dalam entri ini ialah aku nak bagi tahu korang semua supaya DATANG BERAMAI-RAMAI ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Dataran Shah Alam kan? pada 31 Disember 2011 ini sempena Countdown 2012 yang diadakan. Tempat ini aku syorkan untuk korang berbanding tempat-tempat lain di atas...hehehe...

Klik untuk tumbersaran gambar poster
Antara artis-artis popular dan tetamu jemputan yang hadir ialah Akhil Hay, Shahir, Imam Muda Ashraff, Ustaz Syed Norhisham, Sham Kamikaze, Zizan Raja Lawak dan Ustaz yang mendapat tempat di kalangan orang ramai ketika ini iaitu Ustaz Azhar Idrus.

Kalau tengok pada jadual persembahan konsert oleh artis jemputan ialah Akhil Hay, Shahir dan Ust. Azhar Idrus... hehe... Ustaz Azhar Idrus buat ape time tu nanti yer.. nak tau, jom pergi beramai-ramai... hehe... kat Shah Alam, siap dapat air mineral percuma lagi... (",)

DATANG JANGAN TAK DATANG KE SHAH ALAM

Semoga sambutan tahun baru 2012 ini disambut dengan sederhana, dan kepada anak-anak muda khasnya, remaja... berhibur lah dengan batasan jangan melampaui batas, jaga diri khasnya wanita, elak jadi mangsa rogol kenalan baru dan lama wokey???...kalau tak nanti paper 2 Januari, masuk akhbar Harian Metro muka utama... dan 9 bulan selepas 1 Januari 2012... bakal bertambahlah kelahiran anak luar nikah di Malaysia...Semoga Malaysia lebih Makmur pada 2012 ini...


5 ulasan:

  1. kalau tahun baru ni.. saya suka pergi makan2 dgn family....

    BalasPadam
  2. macam nak g je kat shah alam tu...agak2 ada orang nak bawakkan ke x?

    BalasPadam
  3. @Alieza Dayasari
    makan-makan yer... xgi tengok bunge api ke...yela kan...macam2 care org luangkan masa malam thn baru kan....

    BalasPadam
  4. @chinta... hehehe...macam nak pergi?, pergi je kot... huhu....tak tahu ler org nak bawakan tu pree ke idak...mungkin aktiviti kuarge gaknye..hehe

    BalasPadam
  5. ustaz ada komen pasal "bunga api" semalam.. sesungguhnya yg membazir tu saudara sape??..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.