Benitez puas prestasi Liverpool
The Reds kini berada pada landasan catat mata tertinggi dalam era EPL
BIRMINGHAM: Rafael Benitez percaya Liverpool sudah pun meletakkan penanda aras terbaik penguasaan liga pada musim ini walaupun usaha mereka untuk merebut kejuaraan berakhir dengan kegagalan.
Sebaik pasukan Benitez turun ke padang di West Bromwich Albion hari ini, cabaran mereka sudah berakhir selepas Manchester United mengutip satu mata yang dicari-cari selepas seri 0-0 dengan Arsenal, semalam.
Namun Liverpool tetap berada pada landasan untuk mencatat pungutan mata tertinggi dalam era Liga Perdana Inggeris (EPL).
Catatan mata tertinggi sebelum ini adalah 82 mata yang dicatatkan pada 2006 - musim kedua Benitez - tetapi dengan dua perlawanan berbaki, mereka sudah berada pada kedudukan 80 mata dan hanya tewas dua kali sepanjang musim ini.
Jadi walaupun Benitez kecewa pasukannya gagal dalam persaingan merebut trofi liga, dia merasakan pasukannya sudah mencatat kemajuan besar dalam kempen musim ini.
“Bagi kami, 80 mata amat bagus - 82 adalah mata terbaik kami dalam Liga Perdana Inggeris,” katanya.
“Pasti ia suatu yang amat menakjubkan andai berjaya menyamai catatan itu tetapi pasti lebih baik andai dapat menamatkan musim ini dengan 86 mata.
“Saya gembira kerana kami kini semakin konsisten. Ia amat positif dan ia bagus untuk masa depan.
“Kami akan cuba melakukan tugas ketika menghadapi baki saingan dan melihat apa yang akan berlaku selepas ini.
Liverpool mendapat suntikan baru apabila Xabi Alonso dapat kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan buku lali yang menyaksikan dia tidak diturunkan sewaktu kelabnya menundukkan West Ham 3-0.
Namun, walaupun menikmati musim terbaiknya bersama Liverpool, Alonso merasakan kejayaan hanya dapat diukur menerusi piala.
Alonso mengakui betapa tujuh keputusan seri yang dicatat Liverpool di gelanggang sendiri menghancurkan usaha mereka untuk meraih piala. - AFP

Post a Comment