Rabu, 30 Mac 2011

Cuti Rehat & Peta Bandar Kuching, Sarawak, Malaysia

DVII baru sahaja apply 'Cuti Rehat' untuk minggu hadapan, yang mana DVII akan cuti pada hari Isnin disebabkan akan bercuti-cuti Malaysia di Kuching, Sarawak bersama rakan-rakan sekerja selama 3 Hari 2 Malam yang akan menginap di Hotel Merdeka Palace di tengah-tengah bandar Kuching. Hotel ini dibooking oleh kawan DVII melalui online booking.



Menjelang hari-hari berangkat ke Kuching, Sarawak dengan penerbangan FireFly di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa KL, (KLIA) pada hujung minggu ini, DVII dan kawan-kawan sibuk membincangkan tentang pengangkutan yang masih belum mendapat kata putus lagi, sama ada MyVI ataupun Naza Citra yang hendak disewakan di sana nanti. 


Sambil-sambil itu, DVII masih belum lengkap lagi mencari info-info menarik tentang bandar Kuching dengan senarai tempat-tempat menarik untuk di kunjungi di bandar Kuching nanti yang mana DVII masih belum menjejakkan kaki di sana. (kalau ada yang boleh bagi cadangan silakan...sangat-sangat dialukan....)
Pening juga disebabkan belum pernah sampai di Kuching, jadi tak tahu mana tempat menarik yang patut dilawati, sekarang ini sibuk cari maklumat dari Pakcik Google! Minta-mintalah sempat cari sebelum Jumaat ini. Nak berangkat dah ni....

Nanti DVII akan update lagi mengenai Kuching, atau mungkin selepas pergi ke sana, DVII akan menceritakan perjalanan percutian di sana nanti sebagai rujukan rakan-rakan bersama.




tags : Firefly, Cuti-Cuti Malaysia, Tempat Penginapan di Kuching,

Fatwa Hukum Tarian Senaman Poco-Poco



Hari ini DVII terbaca satu keratan akhbar dan juga surat rasmi dari Jabatan Mufti Negeri Perak, berkenaan hukum halal atau haram aktiviti yang sering dilakukan oleh penjawat awam yang berkursus ataupun yang menghadiri majis keraian disertai dengan senamrobik poco-poco ini. 


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Berikut merupakan artikel surat rasmi tersebut.


"Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011M bersamaan 19-21 Safar 1422H kali 186 memperaku supaya diharamkan tarian atau senaman poco-poco atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian. Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan".

Pada pandangan DVII pula wajarlah diharamkan kerana gerak tarinya berkonsepkan salib tak ubah hampir sama seperti yang dilakukan oleh penganut agama tersebut di bahagian muka-dada. Ala, yang selalu pemain bola sepak buat time pertukaran pemain tu, konon-konon ambil berkat minta restu.

Kawan A DVII pula mengatakan dari segi pakaian mereka yang menyertainya. (bagi DVII pakaian bukan pokok pangkalnya).

Kawan B pula mengatakan ianya boleh membuatkan penonton terangsang disebabkan lenggok tubuh badan penari atau peserta poco-poco. (ada betulnya juga, kerana Islam menentang wanitanya mendedahkan aurat apatah lagi memperagakan tubuh badan melalui lenggok tari….lebih malang lagi mencampur adukan kepercayaan agama lain dgn Islam)

Berbagai-bagai pendapat yang boleh diberikan oleh kita semua. Jadi, bagi mengelakkan perkara yang syubhah eloklah tidak diamalkan tarian poco-poco.(tapi DVII suka jugak sebenarnya dengan tarian tersebut, mungkin boleh diubah langkah tarinya...HeHe.)

*** Yoga juga kalau tak silap DVII telah diharamkan sebelum ini. Betul ker???

tags : fatwa hukum tarian poco-poco, hukum islam, halal haram tarian poco-poco, senamrobik poco-poco

SPAM Melanda FACEBOOK!


Salam selamat malam,
Sebentar tadi DVII log in ke Facebook, dan merasa sesuatu yang pelik apabila kebanyakkan Friends Status Update merupakan ayat yang sama memaparkan link ke sesuatu halaman/website...

"Hahahahaha sungguh tak ku sangka ada orang yang sanggup romen tepi tangga!! SERONOKNYEE SKODENGG, muka macam kenal! Cube korang tengok, macam kenal kan? http://bit.ly/4jhsne !!!"

Masih ada orang yg mau terkenal dan kaya raya dengan memuja setan, termasuk salah satu grup band terkenal di Indonesia ckckckck.... baca selengkapnya di http://tinyurl.com/sejsh3 !!!
  
setelah di selidiki, rupanya ia adalah facebook spam yang dibuat dari seberang Indonesia dengarnya....
DVII dapat tahu dari link syahirul.com seperti gambar di bawah.

SPAM melanda Facebook dan ini adalah salah satu contoh SPAM yang terkena pada kawan2 saya.. Kepada yang terlihat status bersama link pelik2 sila jangan klik ye, kalau tidak FB anda bakal dijangkiti SPAM.. sila block application "via share" seperti dalam rajah..

Jadi, beringatlah kawan-kawan...janganlah diklik link yang tak memberi faedah itu...Wall FB anda pasti selamat... jika anda klik, nampaknya anda sudah terkantoi untuk melihat isi kandungan tersebut, kerana dalam masa beberapa saat, wall status anda akan auto update 'via Share'. Sekian TQ.



untuk edisi sebenar klik sini LINK




Selasa, 29 Mac 2011

Sesi Ngarut Tengah Hari + Umrah

Nampaknya DVII dah lunch time, tapi masih lagi terbongkang! depan komputer...hohoho...taktau nak buat ape, kerja pun dah ala-ala malas nak buat...HeHeHe...

Kejap lagi mau pergi lepak di Cafe bawah, jom???...Perut masih lagi kekenyangan disebabkan pagi tadi ada jamuan kecil di pejabat sempena bakal berangkatnya salah dua orang 'mak cik' di pejabat yang bakal menunaikan umrah...ada sesi gurau senda sikit apabila DVII mendoakan agar 'mak cik' tersebut selamat pergi dan balik menunaikan umrah dan mendoakan supaya saya cepat menamatkan zaman bujang! HeHeHe...boleh gitu??? bolehlah kan...disusuli dengan 'Highlight' dari Ketua yang berkata, saya suka dengan ucapan saya supaya cepat menamatkan zaman bujang...HeHeHe...betul lah, dah soh cakap ape yang nak dicakap....DVII cakap jerlah apa yang terlintas...semoga kita semua juga bakal diundang ke tanah suci satu hari nanti...InsyaAllah ;-)...

Sebenarnya banyak yang DVII nak hupdate, tapi kabel telefon bimbit DVII ntah hilang ke mana, jadi terpaksa update ape yang patot sahaja....ok...jom lunch!~

Jumaat, 25 Mac 2011

Nuffnang Murah Hati Bagi BE berganti²



Inilah berita gembira yang DVII maksudkan semalam, 
blog usang DVII melekat lagi Buffered Earnings (BE) yang KELIMA dan KEENAM dalam tempoh seminggu selepas DVII mendapat 4 BE sekaligus, Thank You kepada Nuffnang kerana sudi meletakkan iklan / advertise berupa BE di blog ini.

Iklan / Advertise BE terbaru di blog DVII datang daripada
Maxis iPhone 4 Entry SS
dan 
Astro Beyond One HD SS



Semalam masih 6 BE sedang berputar di blog ini, tapi hari ini Air AsiaX New Zealand (India) SS telah bertukar dari BE ke ME Metered Earnings. HuHuHu...DVII dah agak, akan ada BE yang digugurkan dari senarai utama.HeHeHe

Moga-moga selepas ini, akan banyaklah BE yang menyinggah kat blog usang ini yer...;-)
Terima kasih banyak-banyak dekat Nuffnang, Maxis, Astro dan juga VW serta Air AsiaX yang bertapak di blog DVII. ;-) dan yang paling penting, I Love You all my FRIENDS yang sudi berblogwalking ke sini.;-)

Khamis, 24 Mac 2011

Berita Gembira Dari Nuffnang...



Syukur Alhamdulillah,

Apabila DVII online ke laman rasmi Nuffnang, DVII terus perhatikan bahagian EARNINGS yang mana terdapatnya Buffered Earnings (BE) sedang berputar-putar di BLOG DVII kini.

Nak tahu berita gembira yang DVII terima???  berita gembira tersebut bukanlah mengenai jumlah wang ringgit, tetapi mengenai Nuffnang. HeHeHe

InsyaAllah, Esok DVII akan bagi tahu...HeHeHe...

Suprise!~

Terima Kasih Nuffnang dan rakan-rakan bloggers yang support blog DVII yang tak berapa nak cun ini, tanpa anda siapalah blog DVII yang usang ini masih baru hendak bertapak di dunia blog.


Cuti a.k.a Hadir Meeting di Kampung

Seperti yang DVII maklumkan sebelum nih, yang DVII cuti pada hari Khamis 24 Mac 2011, iaitu hari ini, bukanlah apa-apa ataupun cuti-cuti Malaysia, lambat lagi wehh....hehe....

Sebenarnya DVII hadir Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Peladang Kawasan Lenggeng, Unit Batang Benar, Mantin Negeri Sembilan yang berlangsung di Balairaya Batang Benar dari jam 2.30 petang dan selesai jam 5 petang tadi...

Pergh... AGM @ Annual General Meeting, betul ker? hehe... AGM yang DVII hadir tadi bukanlah membincangkan pasal pemilihan perwakilan kawasan/unit tapi hanya mendengar pembentangan laporan tahun 2010. Rata-rata AGM tadi dihadiri oleh orang lama @ veteran, pergh...'HANGAT' juga situasinya...tiba-tiba DVII terbayang waktu AGM Pertama Kelab Persona Malaysia (TPCC) yang DVII sertai waktu MAC 2008 dulu...memang hangat dan panas oleh ahli kelab yang muda-muda belaka... tapi AGM ke 12 Unit Peladang yang DVII hadiri untuk kali berapa dah tak ingat, sebab dah lama sertai...lagi hangat disebabkan masing-masing ingin tahu tentang penyata dan aliran kewangan dengan lebih jelas dan telus...patutlah rata-rata ahli inginkan laporan kewangan yang sememangnya wajib dibentangkan...

Kertas laporan yang diterima tadi hanyalah menunjukkan keuntungan dan rugi menerusi angka-angka sahaja, tidak menyatakan dengan jelas...huhu...DVII selaku orang muda hanyalah mengikut saja perkembangan mesyuarat tersebut dan membelek-belek helaian agenda mesy. tersebut...Apa yang pasti tahun ini PPK Lenggeng memperolehi keuntungan berbanding tahun-tahun sebelumnya... Mungkin tahun depan lagi untung besar disebabkan kenaikkan mendadak harga Kelapa Sawit dan Getah...uhuhu...sepatutnya ahli dapat menerima % saham yang lebih tinggi!

Rasanya itu sahaja yang DVII karutkan disini untuk hari ini....

Sekian, Terima Kasih sebab sudi baca karut marut yang panjang lebar ini...HeHeHe

*** Selepas AGM tadi, DVII ke Beranang menyinggah rumah Tok Busu dan umah Mak Long DVII di kampung.

Rabu, 23 Mac 2011

tangan dan mood kerja



Assalamualaikum... 

waktu bangun² pagi lagi DVII dah rasa sakit kat tangan kanan...salah tidur kot himpit tangan....huhuhu...
sekarang pon sakit lagik walaupun dah lepas breakfast, sakit nak menaip pun xley...kes x bg DVII BW kot...hahaha...kenape yer??? adess...harap² xberpanjangan sampai ke petang...huhu...dengan mood nak pergi kerja pon malas tadi, rasa nak jerk cuti tapi bukan ponteng kerja tau...tapi macam kesian lak kat partner di 'office', nanti buat kerja sorang-sorang pulak dia...so DVII pon gagahkan lah pergi ke 'office' dan selamat sampai....

Macam biasa, adegan yang paling menyampah sekali di jalanan, iaitu...ada jer kenderaan yang menghalang 
laluan DVII, dah la memotong atau tiba² mencelah lorong, pastu bawak pulak 'slow' macam siput!!!....hey!~ 
menyirap betul darah DVII waktu dalam kereta tadi....sabar jelah....bila lah diorang ni nak sedar agaknya yer? 



Selasa, 22 Mac 2011

Khamis Nih DVII Cuti ! Yesza...

Gambar Ehsan Pakcik Google
Salam Petang ~

DVII baru sahaja meng'apply'kan cuti rehat pada hari Khamis 24 Mac 2011 ini, sehari jer. Sehari jer??? eh...cukuplah sehari, dah tu nak berapa hari...inipun dah terlewat sehari baru apply, kalau ikut prosedur kena 3 hari sebelum kan...kan....kan....HaHaHa...

Tujuan cuti sehari tue sebenarnya DVII pergi ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Peladang Mukim Lenggeng yang akan di buat di Balai Raya Batang Benar iaitu Kampung DVII...Datanglah yer...HeHeHe...

Nah! ni print screen borang apply cuti online ~ (...poyolak siap upload PS lagik!~ ) :P~ 


banyak lagi rupanya cuti tahunan DVII yerk...rileks...jangan guna lagi....hehehe

* p/s =  cuti rehat pon nak kecoh! lainlah pergi holiday ke, honeymoon ke...eh honeymoon? mane ley kecoh² nnt orang skodeng!!! hahaha....

** Sorry, gambar pantai tiada kena mengena dengan ini en3...maybe lain kali DVII dapat pergi bercuti seperti gambar pantai kat atas tue...huhuhu....gambar atas tu lokasi Langkawi, Malaysia...

Serendah RM29 ??? Air Asia - Sekarang Semua Orang Boleh Terbang ~


Hari ini agak membosankan dan slow...

jadi DVII duduk depan komputer, menyurfingkan diri...

jalan² tengok promosi dari Air Asia ada ke tak, yelah, kalau

terlambat nanti terlepas, sebab Air Asia ni bagi tambah dengan

harga yang lebih murah
...so ramailah yang ambil peluang booking

awal²...minta² lepas ni ada lah lagi promosi yang lagi dasyat dan hebat dari Air Asia yerk...


Belly Good Trip??? Destinasi dari serendah RM29 sahaja...



| Kota Kinabalu - Kuching - Sibu - Miri - Penang - Langkawi



Singapore - Jakarta - Surabaya - Phuket - Hatyai - Kochi -


Ho Chi Minh City - Siem Reap |



Book From : 21 - 27 Mac 2011
Travel From : 13 Sep - 10 Nov 2011

Tapi bulan depan DVII dah pergi bercuti ke Kuching, Sarawak...dan seterusnya percutian bulan 6 pula akan menyusul...dan seterusnya tak tahu lagi hendak pergi ke mana, disamping ongkosnya juga perlu disediakan sebelum pergi bercuti...

Now! Everyone Can Fly ~

Isnin, 21 Mac 2011

~ Blogwalking serta mencari INFO ~

DUN SARAWAK DIBUBARKAN HARI INI 21 MAC 2011
- CONFIRM -
PENAMAAN CALON : 6 April 2011
HARI PENGUNDIAN : 16 April 2011
~ SELAMAT MENGUNDI ~


HaHaHa....

Di pagi dan tengah hari Isnin yang mulia ini, yang selalunya banyak hal dan kerja yang perlu diselesaikan, tetapi hari ini...DVII terasa amannya bekerja...kenapa ya? HeHeHe...mungkin disebabkan suasana di 'office' yang menuju ke penghujung sesi pengkuliahan...;-) jadi tidak banyaklah anekaragam nya....

Disebabkan takde apa yang hendak dibuatkan, DVII mencuri-curi peluang mem'blogwalking'kan diri ke rumah² bloggers yang lain, ziarah menziarahi dan kunjung mengunjungi secara maya...HeHeHe Yang mana sempat, DVII Follow dan 'say' Hi! Jangan lupa BW ke rumah DVII juga ya!

Seterusnya DVII meng'google'kan diri destinasi pelancongan dan tempat² menarik untuk ke negeri Borneo iaitu Sarawak yang mana bulan depan DVII dan 'officemate' telah membuat perancangan untuk pergi bercuti di Kuching Negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Harap-harap dapatlah tengok Burung Kenyalang tu ya!... Untuk jadual program semasa di Sarawak nanti, masih lagi tidak dapat dipastikan kemanakah tempat-tempat yang bakal ditujui...Di sana nanti DVII dan kawan menginap di Merdeka Palace Hotel...Nasib masa yang DVII pergi ke sana tidak kena pada tarikh Penamaan Calon dan juga Hari Pengundian Sempena Pilihanraya Negeri Sarawak yang ke 10, kalau tidak sudah pasti, kemeriahannya dapat dirasakan....hehehe....Perang Poster lah!!!...DVII masih mencari info bagi tempat menarik yang bakal dilawati di Sarawak...So, sesapa ada pengalaman di sana, boleh lah kongsikan bersama DVII di sini sebagai panduan. Occay!

Itu Sahaja! Seterusnya masa untuk meng'google'kan diri...

Ahad, 20 Mac 2011

Pagi Ahad Mood Ceria...United menang! Filem lama Titanic Xde Kaler dan Belon Udara Panas!~

Morning !~ 

Selamat berhari minggu yerk!~ 

DVII ingat nak BW pagi-pagi ini, tapi disebabkan line maxis 'berukben' yang terlalu bersopan santun sangat, terpaksalah DVII batalkan hajat untuk menjengah ke blog2 rakan yang lain. Nanti DVII singgah ya!~

Yeay!~ 

Manchester United menang malam tadi bertemu dengan Bolton Wonderers walaupun 15 minit terakhir United hanya dengan 10 orang pemain kerana Evans dilayangkan kad merah pada minit 75. Dengan kekurangan seorang pemain, United terus meningkatkan asakan ke kubu Bolton dan akhirnya gol hadir pada minit ke 88 menerusi 'follow up' Berbatov hasil tangkapan muntah sepakan Nani.

Seronok sangat United menang, sebab pesaing terdekat hampir kalah, tapi dapat juga 1 mata, iaitu Arsenal yang seri 2-2 dengan West Bromwich Albion setelah ketinggalan 2 gol. Berpuas hati jugalah sebab Arsenal keciciran mata. Yeay!~

Selepas tengok EPL, DVII beralih ke Channel 102 @ TV2 sebab sebelum tu Kakak Ipar bagi tahu yang jam 12.45 ada tayangan Filem Titanic. So cecepat lah bukak TV2 nak tengok, nama Filem dah betul dah Titanic, tapi kenapa takde kaler??? Titanic black and white...huhu....lama punya Titanic Movies, bukan Leonardo D'Caprio & Kate Winslet punya tau....yang ini tak tahu zaman biler...DVII tengok dalam 30 minit, DVII terus belayar ke alam mimpi....zZzZzZz

Ahad yang mendung ni, DVII tak tahu nak pergi ke mana, rasanya duduk dirumah saja agaknya, malas pulak hendak pergi ke "Hot Balloon Fiesta" @ Pesta Belon Udara Panas, Putrajaya yang berlangsung dari Khamis 17 - 20 April iaitu Ahad hari ini. Tengok orang ramai berpusu-pusu pergi ke sana, sampai nak cari tempat 'parking' kereta pun susah...huhu.... Jadi orang yang bebetul hendak pergi jer sanggup gi bersesak-sesak camtu...DVII yang duduk di Putrajaya ini takdelah beriya sangat hendak pergi, tapi tengok "events" ramai sangat orang...hoho...apa-apa pun pergilah cuba naik Belon Udara Panas tu dengan bayaran serendah RM10 sahaja....tiket rasanya dah habis kot, sebab kalau hendak beli tiket, kena datang pagi-pagi lagi....;-)
takpe, jangan kecewa yer, tahun depan ada lagi punya....

Jumaat, 18 Mac 2011

Champion League Quarter Final & Semi Final Draw

Nampaknya undian untuk peringkat suku akhir dan separuh akhir liga juara-juara telah dilakukan dan laluan mudah untuk skuad Barcelona dan Inter Milan. Berikut merupakan hasil undian perlawanan yang ditentukan sebentar tadi.


Perlawanan Peringkat Suku Akhir/Quarter Final ( 5/6 dan 12 April)
Real Madrid FC vs Tottenham Hotspur FC
Chelsea FC vs Manchester United FC
FC Barcelona vs FC Shakhtar Donetsk
FC Internazionale Milan vs FC Schalke 04

Perlawanan Peringkat Separuh Akhir/Semi Final (26/27 April dan 3/4 Mei)
1 FC Internazionale Milano/FC Schalke 04 v Chelsea FC/Manchester United FC
2 Real Madrid CF/Tottenham Hotspur FC v FC Barcelona/FC Shakhtar Donetsk

Perlawanan Akhir Champion League Final (28 May, Wembley)
Winner semi-final 2 v Winner semi-final 1

Berlaku kerugian untuk skuad Britain apabila pertemuan wakil sesama sendiri Chelsea vs United di peringkat suku akhir. Semoga Manchester United terus mara menewaskan Chelsea di Suku Akhir.

*** gambar credit to www.uefa.com : The UEFA Champions League quarter-final draw in full

Akhirnya Buffered Earning Muncul Juga...

Nuffnang Akaun
Akhirnya, setelah hampir bergiat aktif tak aktif kembali dalam dunia blog, melekat juga BE ke blog DVII yang usang ini... TQ nuffnang... 'Unsangkarable' betol...tetiba dapat...hehehe....syukur²,.... berapa yang DVII dapat, terpaksalah dirahsiakan ya...berapa banyak pun yang kita dapat, DVII bersyukur, kerana BE sudi singgah di blog DVII ini... Mula² pelik juga, kerana dah lama DVII aktif blog ini, tapi selepas tunggu 3-5 bulan...melekat juga ke blog ini.... so DVII nak 'sharing' sikit tips yang mungkin boleh membantu blog kita mendapat buffered earning...hehehe.....Ini just pandangan DVII sahaja...

* Pastikan maklumat blog kita mendapat perhatian dari para pengguna internet
* berita dan cerita yang dikongsikan menarik dan akan adalah menjadi 'Perkataan' @ 'Keyword' popular yang akan dicari oleh pengguna blogger lain...
* segala iklan dari company perngiklanan lain adalah dilarang dipaparkan di blog kita.
* pastikan trafik blog anda konsisten dikunjungi dan dilawati...so kenalah blogwalking..
* sila rujuk kepada otai-otai blogger lain yang lebih berpengalaman kerana DVII baru lagi dalam dunia blog...hehehe...

tq kepada kempen BE yang singgah di sini

~ maxis BB torch White SS ~
~ Maxis Nokia E7 SS ~
~ Air AsiaX New Zealand (India) SS ~
~ VW 0.5% Golf GTi & polo LB ~


~ TQ NUFFNANG ~

Hujan Lebat Hujan Rahmat...



Assalamualaikum....

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana masih berpeluang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang insan di muka bumi ini. Di petang jumaat yang barakah ini dengan dituruni hujan lebat, membuatkan DVII rasa ingin menidurkan diri...hehe...(tapi sekarang masih berada di office) macam mana mahu tidur???... Kewajipan menjalankan tugas hendaklah diutamakan...

Hujan petang ni, sangat lebat...hujan rahmat lah katakan turun di petang-petang Jumaat ini...:-) dengan deruan Kilat yang berdentum dentam...minta-minta tiadalah kawasan di bumi bertuah Malaysia ini dilanda bencana banjir akibat hujan yang tak henti²....

DVII harap, hujan ini membawa rahmat dan rezeki ke atas DVII dan juga seluruh umat Islam di dunia ini untuk meneruskan kehidupan...

*** Sorry lama tak hudpate blog...walaupun sebenarnya banyak berita yang hendak dikongsi bersama....hehe.....

Rabu, 2 Mac 2011

Awal Giler !~

AWAL GILER ???

Ini Gambar Awal Ashaari

Huh... Awal Giler....

Biodata Awal Ashaari


NAMA: Ahmad Awaluddin Ashaari
PANGGILAN KOMERSIAL: Awal Ashaari
TARIKH LAHIR: 6 Ogos 1981
USIA: 29 tahun
ASAL: Kampung Baru, Kuala Lumpur
KARIER: Pelakon, pengacara TV dan model iklan
DRAMA TV: Antaranya Misi XX Ray 2, Cinta Medik, Impian Illyana 1 & 2, Seribu Erti, Puteri, Kahit Isang Saglit, 3R, Impak Maksima, Noktah Erna dan Prebet Jamilah.
FILEM: Antaranya Impak Maksima, Janji Pulang, Cemburu, Diva, Diva, I’m Not Single, Apa Kata Hati, Malaikat Maut, Syurga Cinta dan Niyang Rapik The Movie
PROGRAM TV: Antaranya One In A Million (OIAM), Sensasi, Sehati Berdansa, Fuhh!! dan Rentak Bolly

OPS!!! BUKAN AWAL INI YANG DVII NAK CERITAKAN TAPI...ntah macam mana tetibe datang idea lapok macam nih...hehehe


hari ini DVII rasa DVII dah keluar paling awal giler tapi bukan Awal Ashaari yang giler hehehe....awal ke 'office' disebabkan DVII tengok Manchester United pagi tadi...kecewa sikitlah sebab United kalah dengan Chelsea, tapi takpe ade perlawanan kedua di Old Trafford nanti, Ape² pun Manchester United masih di singgah sana liga...yeah!!!... 




Eh, bukan pasal bola yang DVII nak cerite kat en3 ini, tapi pasal Jammed!!! huh...dah keluar dari Putrajaya awal-awal pagi ikut Gate 1 yang jalan pintas dekat Presint 14 tu, masih lagi DVII tersangkut jammed kat simpang tu, disebabkan berdekatan dengan Sekolah Rendah Abu Bakar Baginda kot...wahhh...tension!!! sebab dah lama gila tak lalu jalan tue, sebelum ni ikut jalan besar jer ke Bangi...iaitu jalan utama yang lalu depan Uniten, kemudian ikut Sg. Ramal Dalam, lagi cepat dan pantas ke Town Bangi...



Dah, DVII dah penat menaip nih...mate ngantok cikit...nak pergi breakfast japs lagik....jom2.....

**Gambar Awal Ashaari tiada kena mengena dengan topik ini. DVII minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...hehehe

LIVE MATCH : Manchester United vs Chelsea

English Premier League
LIVE SCORE
CHELSEA 2 - MANCHESTER UNITED 1

Rooney - m'29
Luiz - m'54
Lampard m'78 Penalty

Man United Line Up: 
Van der Sar, O’Shea, Smalling, Vidic, Evra, 
Scholes, Fletcher, Carrick, Nani, 
Rooney, Hernandez.

Subs: Kuszczak, Brown, Berbatov, Giggs, Fabio, Rafael, Gibson

Masa yang dinantikan telah tiba dan sekarang telah berlangsung 40 minit perlawanan dengan Manchester United telah mendahului Chelsea melalui jaringan Wayne Rooney pada minit ke 29. Jaringan yang cukup cantik dilakukan dari luar kotak penalti ke penjuru kanan gawang Chelsea menewaskan Cech. Separuh masa pertama lebih banyak peluang dan dominasi perlawanan dipegang oleh United. 

Saksikan Goal Wayne Rooney pada minit ke 29 di link ini Rooney Goal Chelsea 0 - 1 UNITED (Highlight)
Perlawanan separuh masa pertama telah ditamatkan dengan Chelsea 0-United 1.

Tunggu 2nd half bermula.

Chelsea mendapat gol penyamaan pada minit ke 54' melaluyi Luiz.  Chelsea 1 - 1 United.
Anelka keluar dan Drogba dimasukkan, manakala MU melakukan penukaran Scholes dengan Ryan Giggs dan Chelsea Molouda dengan Zhirkov pada minit ke 70.

Minit ke 78 Chelsea mendahului melalui Frank lampard yang menyempurnakan Sepakan Penalti.
Permainan agak berat sebelah disebabkan banyak keputusan refferee yang menyebelahi Chelsea!!! huhu....
Chelsea menang tapi naik 1 anak tangga ke tangga ke empat liga. Manchester United mengalami kekalahan kedua tapi masih pendahulu liga!

Malaysian Super League ???

DVII takde lah layan pun Siaran Langsung Malaysia Super League yang ditayangkan di Astro Arena 801 perlawanan diantara Perak vs Harimau Muda disebabkan DVII fokus menonton Drama Trilogi Cinta di TV1...hehehe... Tapi setelah tamat masa sebenar perlawanan DVII pon cari-carilah kedudukan semasa setelah tamat perlawanan malam tadi, terkejut jugak dapat tau yang Negeri Sembilan kena belasah dengan Kelantan di Stadium Kota Bharu 3-0 yer... bukan sikit tue, dah macam |Selangor kena waktu main kat sana Suku Akhir Piala Malaysia lepas. Tahun ni DVII tengok pemain Kelantan takdelah ramai pemain bertaraf bintang bola sepak tetapi masih mampu mengungguli carta liga Malaysia dengan 14 mata.

Selangor pulak masih tercari-cari rentak kemenangan dan akhirnya menang dengan Kedah 2-0. Oklah menang juga kan. Dan perlawanan menarik selepas ini diantara Selangor bertemu Negeri Sembilan pada 12 Mac 2011 iaitu selepas pertemuan perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Pakistan vs Malaysia di Lahore. Semoga skuad kebangsaan berjaya dengan cemerlang beraksi di Lahore nanti.

United bakal tewaskan Chelsea pagi ini!!!


Dalam beberapa jam lagi perlawanan tumpuan akan berlangsung di Stamford Bridge diantara pendahulu EPL Manchester United menentang tuan rumah Chelsea. Rekod pertemuan di Stamford Bridge tidak memihak kepada United sejak 2002 yang mana United tidak pernah menang di situ kecuali seri. Adakah badi ini akan berakhir pada 3.45 pagi waktu Malaysia nanti???

Ketika ini Chelsea menduduki tangga kelima dalam liga dengan dipisahkan 14 mata oleh United yang menduduki persada liga dengan kelebihan 1 perlawanan ke atas Chelsea yang masih bermain 26 perlawanan. United baru dikalahkan sekali musim ini ketika bertandang ke gelanggang Wolves. United dikecewakan 2-1. Itulah satu-satunya kekalahan dalam liga yang di alami United berbanding Chelsea yang acapkali merasa kekalahan dalam liga ketika ini. Prestasi Chelsea jauh menjunam musim ini dan terpaksa membeli Fernando Torres dari Liverpool yang memecahkan rekod perpindahan di Britain sebelum pintu perpindahan berakhir Januari lalu.


Perlawanan malam ini yang sepatutnya berlangsung pada 19 Disember 2010 terpaksa ditunda ke 2 Mac 2011 kerana ribut salji melanda Kota London yang juga menyaksikan beberapa perlawanan lain ditunda. United mempunyai tugas getir untuk 2-3 perlawanan selepas ini kerana pada 6 Mac 2011 United akan bertemu Liverpool dalam perlawanan liga dan kemudian bertemu Arsenal / Leyton dalam perlawanan suku akhir Piala F.A. Jadi bagi mengukuhkan cengkaman dalam liga, United perlu menang perlawanan malam/pagi ini. untuk menjarakkan kedudukan dari Arsenal yang mengekori rapat dengan 4 mata dipisahkan.

Malam ini terpaksalah kebanyakkan peminat Liga bolasepak Inggeris terpaksa berjaga pagi demi menyaksikan pasukan kesayangan bertemu Musuh ketat mereka. DVII doakan United beroleh kemenangan bagi memadamkan sisa-sisa peluang Chelsea untuk merebut kejuaraan liga pada musim ini.

*** DVII harap Chicarito dapat jadi pemusnah Chelsea setelah berjaya menundukkan keegoaan Wigan di Old Trafford minggu lalu. Glory-Glory Man. United!!! Sama-sama kita nantikan dengan harapan keputusan perlawanan Chelsea vs Manchester United ini akan berpihak kepada Red Devil!!!

Chelsea vs Manchester United
Stamford Bridge
2 Mac 2011
3.45 A.M (Malaysia Time)

Chelsea vs Man. United Online Streaming Live Match at p2pstation .