Header Ads

Dari Putrajaya ke Terengganu Part 1...

Sabtu yang lalu DVII dan family bertolak ke Terengganu seawal jam 8.00 pagi dari Putrajaya mengikuti Lebuhraya Karak (8.40 pg) dan juga Lebuhraya Pantai Timur seterusnya berhenti rehat di Hentian Rehat & Rawat Temerloh selama lebih kurang 30 minit pada 10 pagi. Bertolak dari Putrajaya dengan 2 buah kereta kesayangan DVII dan juga Kakak Ipar.
Lebuhraya KL-Karak
Hampir Sampai Bentong
Pintu Gerbang di Jambatan LPT
Berhenti rehat di R&R Temerloh
Ambil Gambar bosan di Highway!
Exit Jabor untuk ke Kemaman dan juga Cherating.
Hampir jam 12 tengah hari tiba di Exit Jabor Lebuhraya Pantai Timur dengan kos RM21.00 ;-)
Laluan LPT ini amat memudahkan pengguna yang hendak ke Pantai Timur-Barat yang mana jalan highwaynya hampir diteruskan ke Kuala Terengganu tetapi masih belum beroperasi kerana belum siap sepenuhnya, kalau Terengganu nanti dah ade tol, berapa lah pulak bayarannya yer... HuHuHu....
nak dikira Tol Putrajaya ke Terengganu memang banyak kos lah kan... Tol Karak je dah RM5 + RM3, so Exit Jabor Tol LPT tu RM21, jadi RM29 lah semuanya...dari Putrajaya ke Gombak ada tol juga kan?...kira sendiri erk...

Kad Tol , Smart Kad Lebuhraya Pantai Timur
Kemudian singgah sebentar solat Zohor di Masjid Sultan Ahmad, Cukai, Kemaman sebelum bersiap sedia meneruskan perjalanan ke rumah yang hendak dituju... Disini pula baru lah Ayah DVII perasan yang walletnya telah tercicir bersama² dengan Kad ATM , Credit Card, Tesco Card, Jusco Card, Mydin Card, Kad Pengenalan dan lain-lain lagi beserta wang tunai beberapa jumlah...;-) HuH...banyaknye kad...tu ade yang DVII skip tue...dan DVII terfikir, peluang untuk mendapat kembali kad pengenalan / wallet yang hilang memang tipis...ade ker orang nak pulangkan???...so perjalanan kami diteruskan setelah sesi pembatalan dan block kad-kad yang hilang...!!! Sape terbace entri ni, tapi jumpa...sila pulang yer...HeHeHe....

Setelah selesai dan membuat apa yang patut di Kemaman, kami mendapat layan yang baik dari keluarga di Kemaman...perjalanan diteruskan untuk ke Marang @ Kuala Terengganu di mana terdapat rumah ayah angkat DVII di sana terletak di Bukit Payong.
Kami mengikuti jalan pantai disepanjang perjalanan...memang komfem nampak pantai jer lah!

Singgah sebentar di Pantai Kemasik, Kemaman...

Tengah termenung fikir ape nak buat selepas ini...

Ayahanda dan abang serta kakak ipar sedang menikmati keindahan Pantai Kemasik...


Sekeluarga sedang menikmati keindahan pantai, chinta cakap, panas petang takpe...HuHuHu
Setelah hampir sejam mengambil angin pantai, perjalanan diteruskan lagi dengan melalui jalanraya di sepanjang pesisir pantai terengganu...

Selepas sahaja melalui Pasaraya Kemasik, DVII terkejut dengan jalan yang jammed sebentar, Ku sangkakan Roadblock, rupanya Kemalangan berlaku di seberang jalan...


Kelihatan sebuah kereta Iswara terbalik di jalan utama berdekatan Pasaraya Kemasik...Perjalanan diteruskan sehingga ke Bukit Payong dan tiba dengan selamat lebih kurang jam 9 malam.....Akhirnya DVII sampai di rumah ayah angkat DVII setelah lama tidak menjejakkan kaki di Marang...;-)
Kali ini DVII bersama keluarga tiba buat pertama kalinya setelah lama tidak bersua muka...
Kami dihidangkan dengan Satay Terengganu dan juga Roti Canai oleh keluarga DVII di Marang...

TQ sangat-sangat, kerana mempelawa DVII bermalam di sana...dah macam HomeStay plak disebabkan sebuah rumah tu keluarga DVII yang punya...HeHeHe...Malam tu juga kami menyaksikan keputusan demi keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak yang berlangsung...

Satu jer yang DVII tak puas hati....DVII tak dapat tengok Semi-Final Piala F.A diantara Manchester United dan Manchester City yang berlangsung di Stadium Wembley disebabkan rumah berkenaan tiada Astro...maklumlah tuan rumah duduk di Semenyih...HeHeHe...Sedey tak dapat tengok bola...tapi esoknya dapat result melalui web, MU kalah 1-0...Uwaaaa.....sebab DVII tak tengok MU kalah...;-(

Part - 2 bersambung esok....


6 ulasan:

  1. Waaa... nak jugak pergi Terengganu... huhu.. Tak sabar nak tunggu Part 2 esok..

    Cepat2 lah siap highway tu.. senang sikit nak sampai terengganu..

    BalasPadam
  2. wah...jln2 pg terengganu......
    bawak rombongan merisik ek...muahahha

    BalasPadam
  3. @Miss Sunshine ~
    biler nyer tu nak pergi Terengganu??...gi Pantai ek...ke Pulau...pulau lah best.....

    BalasPadam
  4. @Qaseh chenta ~

    HeHeHe...jalan-jalan bawa family...merisik ker? ;-)

    BalasPadam
  5. pengalaman yang besstttttttttttt!!!!

    BalasPadam
  6. TRIMAH KASIH AKI AMARI ATAS BANTUAN ANGKA TOGEL 4D(3925)ITU BENAR2 TEMBUS 100%JIKA MAU HBU No.0853-2175-3544 Atau Klik http://akiamari.org

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.