Header Ads

Tiket Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2010

1st Final Piala Suzuki AFF 2010
Malaysia vs Indonesia
Stadium Bukit Jalil
26 Disember 2010
Nampaknya harga tiket Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2010 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember ini sudah ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Sebanyak 2 versi tiket dikeluarkan iaitu 

i) RM30 untuk tempat duduk terbuka dan 
ii) RM50 untuk tempat duduk VIP. 
iii) RM5 untuk kanak-kanak.


Manakala kuota tiket pula telah ditetapkan sebanyak 72500 untuk penyokong Malaysia dan 15500 untuk penyokong Indonesia setelah perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Indonesia. Tempat jualan tiket untuk penyokong Indonesia masih lagi belum ditetapkan, manakala untuk penyokong Harimau Malaya dikehendaki membawa KAD PENGENALAN diri ketika membeli tiket...(yo...Yo...O jer...jage jualan tiketlah sangat!!!...nnt ulat tiket bersepah jugak!)...buat penyokong Indonesia jangan lupa bawa permit ya...nanti tak pasal-pasal kena tangkap pula sama pak polisi Malaysia...hehehe

Mengikut sumber para penyokong boleh mendapatkan tiket seawal jam 10 pagi Khamis 23 Disember di Stadium Bukit Jalil dan pada hari perlawanan...(itupun kalau masih ada lagi lah...kalau takda...pergilah beli dengan ulat tiket...hahahaha)

Ayuh ramai-ramai penyokong bolasepak tempatan menggegarkan Bukit Jalil...pastikan rakyat kita lagi ramai dari warga Indonesia nanti!!!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.