Header Ads

Tiket Perlawanan Semi Final Piala AFF 2010 : Malaysia vs Vietnam


Untuk makluman semua peminat dan penyokong bola sepak tanah air, Tiket Perlawanan di antara Malaysia vs Vietnam yang berlangsung pada RABU, 15 DISEMBER 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sudah boleh dibeli pada hari Isnin 13 Disember 2010 mulai jam 10 pagi pada harga RM20 dan RM40.

Perlawanan separuh akhir ini, seolah-olah Ulangan Final Sukan Sea di Laos pada tahun lalu, yang mana memihak kepada Malaysia dengan jaringan 1-0.

"Tiket perlawanan separuh akhir Piala Suzuki akan mula dijual di Wisma FAM, Jalan SS5A/9, Kelana Jaya pada hari Isnin 13 Disember 2010 mulai jam 10 pagi. Tiket berharga RM20 dan RM40. Harap maklum"

Sumber Facebook SelangorFC

Update Keratan Utusan Online 11 Disember 2010

Tiket Piala Suzuki AFF dijual Isnin

KUALA LUMPUR - Tiket untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF di antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil Rabu ini, mula dijual mulai Isnin ini.

Dalam kenyatannya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan harga tiket perlawanan tersebut adalah RM40 bagi tempat duduk berbumbung dan RM20 bagi tempat duduk tidak berbumbung.

Manakala bagi kanak-kanak, harga tiket adalah RM5 dan ia hanya bagi tempat duduk tidak berbumbung.

''Orang ramai boleh mendapatkan tiket yang akan dijual mulai Isnin ini di Wisma FAM, Kelana Jaya mulai pukul 9.30 pagi hingga 5 petang.

''Selepas itu, orang ramai boleh membeli tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 Disember, mulai pukul 10 pagi hingga 7 malam.

''Tiket juga boleh dibeli pada hari perlawanan di Stadium Nasional yang akan dijual mulai pukul 10 pagi sehingga perlawanan dimulakan,'' kata kenyataan tersebut.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.