Header Ads

Semi Final Piala Suzuki AFF 2010 : MALAYSIA vs Vietnam, Filipina vs Indonesia


Nampaknya keputusan perlawanan terakhir Kumpulan B berjaya melonjakkan VIETNAM sebagai juara kumpulan dan FILIPINA sebagai naib juara kumpulan.

Keputusan Perlawanan / Full Result
Myanmar vs Philipines [0-0]

Vietnam vs Singapore [1-0]
Nguyen Vu Phong (31')

Vietnam berjaya menumbangkan barisan bintang Singapore untuk mara ke 'Semi Final AFF Suzuki Cup 2010' sebagai juara kumpulan, dan diiringi oleh Philippines setelah seri 0-0 dengan Myanmar.

Pertemuan di Separuh Akhir menemukan

MALAYSIA vs Vietnam
(1st Leg akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil,MY pada 15 Disember 2010)
Philippines vs Indonesia

Pertemuan MALAYSIA di 'Semi Final' di bumi sendiri sudah semestinya MALAYSIA mahukan kemenangan yang selesa supaya dapat dibawa bekalan apabila bertandang ke Vietnam nanti. Ayuh, ramai-ramai ANAK MALAYSIA memenuhkan Stadium Bukit Jalil dengan lautan Kuning atau Biru supaya dapat mengatasi bilangan Penyokong Vietnam yang bakal bejersi Merah! Diharap, dengan adanya sokongan padu penyokong tempatan dapat memberi semangat juang kepada pemain MALAYSIA untuk berjuang habis-habisan.

Ini satu kelebihan untuk Malaysia di Separuh Akhir seandainya menang dijangka akan bertemu Indonesia di Final yang mendapat laluan mudah apabila bertemu Philippines di 'Semi Final'. Philippines melakar sejarah melangkah ke 'Semi Final' setelah Myanmar mara pada tahun 2004.





MALAYSIA




VS




VIETNAM




Update :
Keputusan Semi Final 1 Malaysia vs Vietnam @ Bukit Jalil
Keputusan Semi Final 2 Vietnam vs Malaysia @ My Dinh National Stadium

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.