Header Ads

04-12-2010 : DVII ke Wedding @ Batu Pahat

~Norain bersama Geng UiTM~


Nampaknye minggu nih jadual DVII agak sibuk dengan undangan majlis perkahwinan kawan-kawan yang ingin menamatkan zaman bujangnya, DVII baru balik dari Kenduri Kahwin di Batu Pahat yang mana DVII keluar rumah jam 8.30 pagi tadi untuk mengambil kawan MyLove di Taman Semarak, Nilai dan seterusnya DVII memandu laju ke Merlimau, Melaka untuk mengambil seorang lagi rakan kepada MyLove...

Lalu jer depan Politeknik Merlimau Melaka, teringat kembali DVII masa zaman-zaman 'study' di sana dahulu... pergh...indah sungguh zaman tue yang takkan kembali lagi kan...eh, DVII teruskan semula ya, Tol 'Exit' Jasin / Merlimau dari Nilai sebanyak RM14.60 dan seterusnya DVII bawa sehingga ke Tol 'Exit' Ayer Hitam untuk ke rumah pengantin Norain Salehan. Kadar Tol tersebut sebanyak RM14.10. Kelihatan keadaan lalulintas di Tol tersebut amat sesak, kenapa ya? mungkin disebabkan musim cuti sekolah,ramai yang turun ke Ayer Hitam untuk membeli belah tak lupa juga bagi mereka yang mahu mendirikan rumah tangga perlu memilih barang-barang yang dikehendaki.

Kemudian DVII ambil jalan Parit Botak (pelik sungguh namanya....) jalan punya jalan masih lagi, 'tak' nampak papan tanda ke rumah pengantin...sehingga menimbulkan rasa syak wasangka yang DVII sudah terlepas kawasan tersebut, kerana peta tidak sama dengan laluan sebenar...huhuhu. Di setiap persimpangan 'Parit' @ Kampung tersebut, apa yang DVII lihat, mesti ada bendera parti...hehehe...parti mana lagi...kalau tak bendera parti UMNO/BN yang mengusai Johor,tetapi terkelihatan bendera PAS di kampung apa tah...area Senggarang kot..kan Senggarang PAS punya kawasan...huhu...hebat tol politik nih yer....(eh, terciter lain dah nih....)

Akhirnya tempat yang dicari dijumpai setelah melalui beberapa Kampung dan Parit :)..apa lagi, nasi lah menjadi buruan bagi mengisi perut yang sedang berkeroncong...huhuhu....:) Lauknya amat sedap sekali dengan masakan 'ala jawa'.pergh...sedap² dan didendangkan dengan muzik 'live band'...(band ker?) belasah jer...

Sedang menunggu ketibaan pengantin lelaki DVII mengambil beberapa gambar pengantin dengan kawan UiTM di biliknya.Tak lama lepas tu, kunjungan pengantin lelaki pun tiba dan dibuat dengan adat Johor, DVII tak pernah lagi tengok Majlis perkahwinan Pengantin Johor, dan bagaimana pula dengan cara mereka...memang lain sikit lah, sebab pihak pengantin lelaki terpaksa lalu 'TOLL' hehehe...bukan 1 atau 2, tetapi 3 'TOLL'..di laman rumah, pintu dan di pelamin utk. diberikan kepada Mak Andam...

Setelah selesai, majlis tersebut...DVII dan rakan-rakan bergerak pulang ke Merlimau-Nilai semula...Penat beb...tapi DVII bawak 1/4 perjalanan sahaja...:)




Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.