Header Ads

07-12-2010 : MALAYSIA Layak Separuh Akhir Piala Suzuki AFF 2010 MALAYSIA 5 - 1 Laos [VIDEO]



MALAYSIA 5 - Laos 1
INDONESIA 2 - Thailand 1


Tahniah diucapkan kepada skuad negara kerana berjaya menunjukkan permainan cemerlang dengan membelasah Laos 5-1 bagi memperoleh kemenangan penting perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF ini. Tanpa mengira keputusan perlawanan di antara Indonesia vs Thailand, skuad Harimau Malaya telah berjaya membuktikan mereka mampu menewaskan lawan dan seterusnya layak ke Separuh Akhir. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Amri Yahya(2 gol), Amirul Hadi Zainal, Nor Shahrul Idlan Talaha dan juga jaringan sendiri oleh pertahanan Laos. Tahniah buat skuad negara yang berjaya bangkit dari mimpi ngeri bertemu Indonesia tewas 1-5, kemudian seri menentang Thailand 0-0 dan seterusnya menang bertemu Laos 5-1. Satu peningkatan memberangsangkan....

Sementara itu, ucapan ribuan terima kasih juga kepada Bambang Pamungkas yang pernah beraksi di bumi Malaysia bersama skuad Selangor, apabila menjaringkan 2 gol melalui sepakan penalti setelah Indonesia ketinggalan 1-0 melalui jaringan awal oleh Thailand. Keputusan Indonesia vs Thailand 2-1.

Sama-sama kita nantikan lawan Malaysia di Separuh Akhir nanti sama ada Vietnam ataupun Singapore.

TQ Bambang! Malaysia Boleh!!!

Saksikan Video Highlight Perlawanan Serta
Keputusan Perlawanan Piala Suzuki AFF2010
AFF Suzuki Cup 2010 Malaysia vs Laos 5 - 1

MALAYSIA 5-1 Laos

AFF Suzuki Cup 2010 Group A Indonesia vs Thailand 2 - 1 All Goals & Highlight [High Quality]

INDONESIA 2-1 Thailand

Piala AFF: Skuad negara mara ke separuh akhir

07/12/2010 10:24pm

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Malaysia berjaya menempah tempat ke saingan separuh akhir Piala Suzuki AFF selepas mencatat kemenangan 5-1 ke atas Laos dalam perlawanan terakhir Kumpulan A.

Laluan dipermudahkan lagi dengan pertemuan Indonesia dan Thailand berakhir dengan kemenangan 2-1 memihak kepada pasukan tuan rumah untuk membolehkan Malaysia menduduki tempat kedua Kumpulan A di belakang tuan rumah, Indonesia. - Utusan


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.