Header Ads

02-12-2010 : Jumlah Kutipan Filem 2 Alam Cecah RM 40Juta? Yang Sebetulnya Baru RM0.X5 juta - Pecah Panggung beb...


Huh...tengok tajuk pun rasanya para peminat filem industri tempata telah ter'bulat' biji mata seakan-akan tidak mempercayai yang Kutipan Filem 2 Alam boleh Mencecah RM 40 Juta @ 'pecah panggung' seperti yang diwar-warkan oleh DDR - Dr. Rozmey.

Puas DVII tertanya-tanya berapakah kutipan filem 2 Alam setakat ini ya...yelah ditayangkan pada 18 November 2010 di 83 panggung wayang pulak tue...memang pecah rekod lah setakat ni, pecah rekod TAYANGAN paling banyak di Panggung Wayang...daripada segi kutipan pula seperti target DDR sejak akhir-akhir sebelum 2 Alam ditayangkan ialah RM 40juta? hari-hari semua boleh tengok iklan DDR-2 Alam dalam dada-dada akhbar...(iyerlahkan...ahli perniagaan...marketing pulak tue...mestilah banyak duit nak buat pengiklanan.....)


Cari punya cari, akhirnya DVII terjumpa juga status kutipan Filem 2 Alam setakat hari ini...iaitu...setakat 30 November 2010...diupdate di laman ini bukan laman main main tau... Kutipan Kasar Filem 2 Alam baru mencecah RM350,000 @ 0.35 juta setelah hampir 2 minggu @ 18hari di tayangkan di Pawagam seluruh negara...(hai..baru RM350 ribu, macam mana nak cecah 40juta nih?)
berfikir sejenak....


Bulan lalu DVII telah 'blogwalking' dan terjumpa blog salah seorang artis/pelakon tanah air iaitu Eizlan Yusof
terbaca juga post yang dibuat oleh EY berkenaan Filem 2 Alam di bawah tajuk 2 ALAM : Kutipan Filem Melayu RM12M?
EY juga seolah-olah mempertikaikan sasaran kutipan filem tersebut yang masa itu bulan Februari 2010 dengan sasaran filem 2 Alam ialah 12juta yang didakwanya disiarkan di akhbar Kosmo, dengan status Penerbit berkenaan yang masih baru di industri Perfileman tanah air.

Antara keratan dari blog EY
"Sambil aku makan nasi kari kambing kegemaran aku di restoran yang berdekatan dengan rumah, terpandanglah KOSMO! AHAD yang memang diletakan oleh tokey restoran buat tatapan pengunjung2 restorannya... Selak punya selak, terbacalah satu artikel yang agak BERANI yang telah dipaparkan tentang cita2 seorang penerbit filem yang masih baru di dalam industri seni tanahair yang mahu mencipta sejarah perfileman tanahair dengan kutipan RM12 JUTA!

Mula2 tu bila aku baca artikel tersebut, aku beranggapan bahawa dR. Rozmey (penerbit filem 2 ALAM) hanya bermimpi di siang hari kerana untuk mencapai kutipan setinggi itu adalah satu perkara yang mustahil tetapi yang sebenarnya apabila difikirkan semula, mungkin jugak beliau mampu untuk meraih kutipan setinggi itu memandangkan tiada perkara yang mustahil diatas muka bumi ini asalkan mendapat keizinan daripada ALLAH SWT... Aku perhatikan sejak kebelakangan ini, sudah semakin ramai peminat2 filem Melayu ke pawagam2 untuk memberikan sokongan kepada penerbit2 filem tempatan yang bersungguh-sungguh untuk menghasilkan filem2 tempatan yang bermutu untuk dijadikan sajian istimewa buat para penonton setia filem Melayu..."


Tapi secara peribadi DVII sendiri, memang agak mustahil utk. DDR mencapai 40juta...sebelum nak capai target tue, kena lah target 10juta dulu...filem tempatan setakat nih, 10juta pun tak lepas lagik...tu pengarah yang dah lama bikin filem...tapi kalau yang masih baru² nak berjinak??? 'dasat' sangatlah kalau terus dapat 40juta...huhuhu.....

DVII nak ucapkan tahniah lah sangat² 'kat DDR-Dr. Rozmey sebab berjaya membuat 1 Malaysia memperkatakan tentang Filem 2 Alam ...hehehe

*tibe² DVII terlibat dengan gossip-gossip liar nih pulak...huhuhuhu....
fikir-fikirkanlah sebelum buat kenyataan akhbar...huhuhu....ada juga khabar-khabar angin yang mengatakan Filem 2 Alam hari pertama dah kutip sebanyak 2 juta...hehehehe...

Sila klik untuk ke Update terbaru kutipan Filem 2 Alam 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.