Bekas Permaisuri Agong saman Uncle Seekers a.k.a Syed Abdullah dan Syed Hussein
Hurm, rasanya dah hampir semua orang tahu kisah cinta Bekas Permaisuri Agong Malaysia, Siti Aishah Abdul Rahman yang ada hubungan dengan Uncle Seekers setelah gambar-gambarnya peribadinya tersebar di blog Uncle Seekers sebelum ini...
Motif atas dasar apa yer Uncle Seekers tue duk heboh kat internet macam Siti Aishah tue kekasih hatinya, melalui gaya Uncle Seekers tersebut bercakap seolah-olah Siti Aishah tu memang pernah ada hubungan cinta dengannya, kalau iya pun ada hubungan cinta dan putus sekerat jalan, 'tak' usahlah diheboh-hebohkan kenangan semasa bersama...(macam nih ke sikap lelaki bila putus cinta?...memalukan...)
Teguran buat Siti Aishah pula dari DVII...tak tahu ker status dia tue BEKAS...diulangi BEKAS...dan sekali lagi diulangi ...BEKAS...PERMAISURI AGONG MALAYSIA satu ketika dulu, so sepatutnya jagalah adab dan tertib anda kerana kehidupan anda sering diperhatikan oleh masyarakat dan media di sekeliling untuk mengetahui perkembangan semasa anda... (DVII tak sebut bab agama, kang kata berceramah pula...)
So sekarang??? dah kes saman menyaman pula, Siti Aishah saman Uncle Seekers termasuk BAPAK!!! Uncle Seekers juga iaitu Syed Hussein Al-Attas. Siti Aishah saman kedua-duanya di atas penyebaran gambar atau pun bahan-bahan maklumat berkaitan dengannya telah dipaparkan dan disebarkan oleh Uncle Seekers di media internet. Mungkin Siti Aishah telah 'warning' awal2 agaknya, supaya setiap gambar jangan di'publish' kan untuk tatapan orang lain, tetapi Uncle Seekers nih, degil juga...nak heboh satu malaya yang BEKAS PERMAISURI AGONG nih juga adalah KEKASIH HATINYA....huh....(bangga beb...!!!)...
Itulah, masa seronok dan bersuka ria bersama si dia, tak ingat akibat dikemudian hari, begitu jugalah yang kebanyakkan berlaku pada remaja kita pada hari ini...disebabkan teknologi kamera ada di mana-mana, so nak rakam gambar kenangan amat mudah sekali :)...tetapi akibat teknologi tersebut kurang diambil perhatian...(wah...panjang betul leteran DVII ya...)
***sorry, gambar intim dan cumbu-cumbuan siti aishah dan uncle seekers tidak dipamerkan kerana ianya boleh mengaibkan sesetengah pihak...:) hehe....
Semoga KES SAMAN MENYAMAN di antara Permaisuri Siti Aishah dan Syed Abdullah a.k.a Uncle Seekers dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna...(silap Siti Aishah juga....sapa suruh bergambar mesra dengan Uncle Seekers...:P~ kan...dah kena....hehehe)
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.
Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.
Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.
Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif. – Utusan
Post a Comment