Header Ads

Tuan Rumah Piala Dunia 2018 Russia dan Qatar pada 2022, Malaysia???


Nampaknya Russia dan Qatar masing-masing telah dipilih dan diberikan hak sebagai TUAN TANAH...eh, TUAN RUMAH untuk menganjurkan Acara Sukan Paling Berprestij iaitu Piala Dunia FIFA...Russia akan melangsungkan Piala Dunia selepas Brazil menjadi Tuan Rumah pada 2014...

Setiap kali melihat FIFA World Cup, terfikir juga...bagaimana dengan Malaysia? alangkah bagusnya kalau Malaysia yang bermain di Piala Dunia...huh..boleh kah Malaysia menjadi Tuan Rumah Piala Dunia sedangkan pasukan MALAYSIA tidak pernah layak ke PIALA DUNIA mahupun bergelar gergasi Asia ketika ini.

Teringin melihat anak-anak tempatan Malaysia membawa cabaran jalur gemilang di Pentas Piala Dunia,akan tetapi ntah bila akan terlaksana...kenapalah susah sangat pasukan Malaysia nih, nak menang...nak layak...huhuhu...

DVII berharap suatu hari nanti pasukan Malaysia akan berjaya melayakkan diri ke PIALA DUNIA dan seterusnya menganjurkan Acara tersebut bertindak selaku tuan rumah atau tuan rumah bersama...pasti meriah stadium-stadium di Malaysia nanti ya......

FIFA pilih Russia 2018, Qatar 2022
2010/12/03
Anjur Piala Dunia selepas Brazil 2014

ZURICH: Russia dan Qatar masing-masing dipilih menjadi tuan rumah pusingan akhir Piala Dunia 2018 dan 2022 dalam keputusan yang diumumkan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter, semalam.

Ia menyusul selepas proses bidaan membabitkan 11 negara yang dijangka memberikan rangsangan ekonomi besar buat negara yang terpilih.

Qatar membawa Piala Dunia ke tuan rumah paling kecil tetapi mempunyai sumber kewangan tidak terbatas untuk menganjurkan kejohanan sukan terbesar dunia.
Ia berjaya mengatasi keraguan mengenai menganjurkan perlawanan di tengah panas padang pasir dan meminta FIFA untuk mengambil langkah berani.

Blatter berkata kita menuju ke tanah baru. Piala Dunia belum pernah berkunjung ke Russia dan Eropah Timur dan Asia Barat serta dunia Arab yang menanti untuk sekian lama, maka saya presiden paling gembira kerana kami bercakap mengenai pembangunan bola sepak.

Timbalan Perdana Menteri Russia, Igor Shuvalov, yang delegasinya menjerit kegembiraan dengan pengumuman itu, berkata: Anda sudah amanahkan kami dengan Piala Dunia FIFA 2018 dan saya boleh berjanji, kami semua berjanji, anda tidak akan menyesal. Mari bersama-sama kita mencipta sejarah.

Ketua bida Qatar, Sheikh Mohammed Hamad Al-Thani berkata: Terima kasih kerana menyokong kami dan mengembang permainan ini. Anda boleh berbangga dengan kami dan anda akan berbangga dengan Asia Barat. Agensi


1 ulasan:

  1. Terima kasih, pekerjaan yang baik! Ini adalah hal yang saya harus miliki.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.