DVII dah tengok Aku Masih Dara...anda bila lagi....cepat² kasik pecah panggung...
Tiket Aku Masih Dara
Aeon Bukit Tinggi Klang
Pagi ini DVII sambung pula mengenai kisah semalam, yang mana DVII pergi beli tiket Filem Aku Masih Dara tayangan 1st jam 5.30 petang dan DVII sampai jam 4.00 petang di TGV Bukit Tinggi Klang dengan MyLove, setelah selesai membeli tiket tersebut, terus berjalan-jalan disebabkan masa yang terlalu panjang...The Body Shop
Sementara menunggu jam 5.30 tu, sempat lagi lah berjalan-jalan di dalam tu, singgah² ke The Body Shop untuk tengok set perfume yang sesuai dibuat hantaran,hadiah dan sebagai nya...kami survey-survey ape yang patut di dalam Aeon tu....Jam 5.30, Seterusnya DVII dan MyLove terus pergi ke TGV sebab dah terlewat pula masuk, so kami masuk-masuk pun tak ramai orang, disebabkan jam 5.30 ramai yang belum pulang bekerja lagi, cuba pergi malam hari confirm penuh... di awal penceritaan Aku Masih Dara jer dah memaparkan suasana 'clubbing' disko...huhu..dasyat²...layan punya layan...memang best cerita nih, tapi Farid Kamil bukanlah pelakon utama...watak utama dipegang oleh Ashraf Muslim yang membawa watak Firdaus...tapi dialog Farid Kamil boleh tahan juga...nak tau? tengok lah sendiri ya...memang DVII galakkan semua orang pergi menonton dan menghayati kebaikkan Filem ini, bukan kejahatan dia tau.....cuma mintak² sangatlah watak Hani dan Aleesya tu tidak dijadikan teladan, kalau watak Raja Farah, Sofea tu...nak tiru bulat² pun takpa...amik yang ending sahaja tau....:) sebab sejahat-jahat dia pun dia boleh menerima dan terpanggil untuk kembali ke jalan yang benar...dan bila dihasut oleh Aleesya dan Hani pun dia tetap berpegang kuat untuk terus meninggalkan segala kejahatan dan kemaksiatan yang telah dia buat..."tetap menjaga dara" pergh...bagus²...tapi nasib malang menimpa Aleesya yang tertekan kerana Sofea mengikut Firdaus pulang ke kampung untuk mendalami ilmu agama, dan Aleesya terus hanyut apabila mengikut Hani ke pesta liar, private party di rumah Zach @ Farid Kamil...faham² jer la kan...kalau dah Private Party tue....:) Daranya diragut malam itu juga...dan seterusnya?....dijemput anda semua ke pawagam berdekatan...hehehehe....
Setelah selesai tengok, terus mencari Mc'Donalds disebabkan MyLove amat lapar...hehehe...TQ, MyLove sebab belanja...besnyer...:)
huhuhu...awlnyer p tgok...hahhaha
BalasPadam:):):)
BalasPadamterbaaeeekkk!!!!