Header Ads

FILEM PECAH PANGGUNG 2010

Nampaknya 2010 bakal melabuhkan tirainya begitu juga dengan dunia perfileman tanah air yang begitu meriah sekali pada tahun 2010 ini yang bangkit dengan 29 buah filem arahan pengarah tempatan berbanding 27 buah filem pada tahun 2009

Pada tahun 2010 sebanyak enam buah Filem yang berjaya mencatat kutipan melepasi angka RM4 juta melalui hasil kutipan kasar tiketnya

Berikut adalah hasil kutipan mengikut ranking pada tahun 2010.
1. NGANGKUNG - RM 8.15 JUTA
2. ADNAN SEMPIT - RM 7.66 JUTA
3.HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH - (masih lagi ditayangkan dengan kutipan sudah melebihi RM6 juta)
4. EVOLUSI KL DRIFT - RM 5.67 JUTA
5. LAGENDA BUDAK SETAN - RM 4.28 JUTA
6. JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2 - RM 4.23 JUTA

Siapa sangka Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid berjaya membuat kutipan yang di luar jangkaan sehingga kini mampu tersenyum dengan kutipan RM6 juta. Walaupun DVII masih lagi belum berkesempatan menonton filemt tersebut.

Tabik spring dekat pelakon dan krew produksi Filem Ngangkung yang berjaya membuat kutipan RM8.15 juta, satu rekod baru industri perfileman tanah air yang juga memecahkan rekod kutipan Filem Adnan Sempit RM7.66 juta pada awal Januari 2010 yang lalu melalui Syarikat Produksi yang sama iaitu MIG dengan penerbitnya David Teoh.

Semoga 2011 industri perfileman tanah air bertambah maju dan berkualiti bagi menarik pengunjung menonton di pawagam.


UPDATE TERKINI : Kutipan Semasa Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Ngangkung, Damping Malam, Aku Masih Dara, Janin dan Aku Tak Bodoh

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.