Pulang dari Menziarah Sahabat di IJN


Sahabat DVII tersebut dimasukkan ke IJN Rabu lalu untuk dilakukan 'operation' pada bahagian badannya disebabkan mengalami masalah jantung yang dapat dikesan diperingkat awal. Jadi, pihak IJN mengambil keputusan untuk memasukkan bateri ke dalam badan sahabat DVII. Mengikut katanya, pembedahan berlangsung lebih kurang dari jam 1.30 tengah hari sehingga keluar dari bilik pembedahan jam 7 malam, termasuk 'queue' disebabkan ramai juga yang membuat pembedahan pada tarikh yang sama.
Syukur Alhamdulillah sahabat DVII telah selamat menjalani pembedahan tersebut, agak ngeri juga dengar cerita daripadanya kerana jahitan dilakukan ketika sedar disebabkan ubat tidur yang dikenakan telah habis dalam tubuh badan agaknya...huhu...tapi bius tetap membuatkan dia tak rasa apa-apa kecuali sedikit sakit...huhu....
Owh, ya...sebetulnya DVII nak cerita juga tentang kemudahan parking di IJN ni, yang mana dikenakan bayaran RM2 untuk satu jam pertama, dan RM1 untuk sejam berikutnya (huh...mahalnya...) nak melawat pesakit pon kena bayar ker?....isk3x...bagi 'parking' free sudahlah...buatlah kebajikan sikit...hehe....

Post a Comment