MyLove Tak Sihat, Bintang bertukar Giant, Aku Masih Dara...
Hari ini selepas DVII dapat status 'emcee' dari klinik dan diistiharkan Cuti Sakit, DVII pergi ke Shah Alam, untuk membawa MyLove yang tak berapa sihat ke klinik pula dalam jam 12 tengah hari. Sesampainya di sana terus pergi mencari tempat untuk 'lunch'...Kami 'lunch' di Restoran Ani Sup Utara di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam. MyLove makan nasi bubur pun tak habis dan terpaksalah DVII habiskan dengan senang hati :).
Kemudian baru lah pergi ke klinik, tetapi MyLove buat keputusan untuk pergi ke Pusat Kesihatan UiTM @ PK di dalam Kampus UiTM Shah Alam, jadi terpaksa DVII memandu 'SkyLine' MyLove ke kampus UiTM. Pemeriksaan selesai dalam masa 30 minit dan seterusnya pergi ke Guardian untuk mencari ubat sampingan MyLove, tau ke Guardian Pharmacy tu dekat mana? terletak di dalam Bintang @ Pusat Komersial tu lah...Owh..rupanya Bintang sudah diambil alih oleh Syarikat Giant Superstore yer...sebab habis semua backdrop kat Bintang tue berlatarbelakang kan Hijau Kuning...huhuhu....tapi nama Pasaraya Bintang masih dikekalkan, tak tahulah sampai bila...:)

Diantara gambar-gambar yang sempat DVII 'capture' di dalam Bintang:)
Sambung...
Post a Comment