Header Ads

Digital Lifestyle @ KLCC

Nampaknya, seperti yang telah DVII beritahu di entri sebelum nih, DVII pergi ke KLCC untuk melihat PC Fair...owh, bukan PC Fair yer, rupanya Digital Life Style @ KLCC Convention Center...tempat saja sama dengan PC Fair, tapi 'booth' tak sebanyak time PC Fair lah kan, sebab kebanyakkan yang mengambil bahagian ialah 'Company-company' besar seperti Samsung,Sony,Philips,Western Digital,Hewlert Packard,Digi,Maxis,Celcom,P1 WiMAx,Nikon,Canon,Acer,dan pelbagai booth barangan elektronik jenama popular yang turut serta di situ...
Apa yang DVII dapat lihat ialah promosi sakan LCD yang harganya jauh lebih murah dari harga semasa di pasaran yang mana untuk 32" LCD Panasonic TV boleh dapat dengan harga RM990 sahaja, itupun sudah tinggal 2 'stock' shj. masa DVII datang tgh hari td...memang teruja dengan harga yang jauh lebih murah dari kedai, tapi DVII ikut juga keadaan yg mana perlu...hehehe...tujuan pergi pon sebab nak beli Ext. HDD 2.5" :) So tujuan lebih diutamakan...
AKAI???Siapa yang tak pernah dengar 'brands' nih? bila tengok products nih masa mula² di pasaran baru² nih dan juga di KLCC, terdetik di hati DVII yang adakah ini 'brand clone product' elektronik terbaru yang menggunakan nama lama AKAI yang dahulu...??? owh, selepas terjumpa di AKAI-KLCC ni, baru lah sahih yang sebenarnye Company AKAI nih, mula memasuki pasaran Malaysia semula seperti mana popular sekitar tahun 80-90 an. Zaman tu, kebanyakkan mini-compo,speaker,tv di rumah DVII ayah menggunakan 'brand' AKAI :) terkenang kembali zaman dulu²...
DVII menang lucky draw 'at' Gokart Garena Booth...mula² DVII tak berapa nak masuk lucky draw berkenaan disebabkan kena beli cd games RM1 sekeping dan seterusnya kena lalui 4 steps untuk mengumpulkan 4 sticker sehingga ke peringkat lucky draw, yang mana perlu beli cd, isi form online garena @ facebook dan like pages diorang, dapatkan 3 cop rasmi,dan bergambar bersama model...(seksi you!) dan seterusnya sesi cabutan bertuah...tak sangka DVII bertuah pula ya...dapat 'ball' no.1 terkejut juga diorang punya staff...sebab DVII dapat jaket...nih dia!

Lokasi ini dikerumuni oleh hantu-hantu broadband di Malaysia...hahaha...habislah sesiapa lalu depan nih, mesti kene 'slowtalk' punya 'soh' kita ambil pakej broadband tersebut, DVII lalu dan kena tahan juga dengan MyLove di DiGi, P1 Wimax, kebetulan P1 WiMAX belum 'fully coverage' area Putrajaya, so menjadi modal DVII untuk tidak 'subscribe' pakej tersebut...pening nak lari dari diorang...hahaha...dekat depan Maxis Broadband takde lah pulak DVII dipromosikan secara melampau...kalau diorang nak juga, mahu jer DVII tunjuk modem Maxis Broadband dalam poket yang DVII bawa...:)
Booth HP-Hewlert Packard yang mana DVII tengok ada promosi Printer D2660 kot pada harga RM90 per unit...pergh..memang murah lah, tapi kena tengok juga, nanti beli printer murah, catridge mahal :) kan tak berbaloi tue...so pandai-pandai lah u all pilih printer dan catridge kalau nak beli ya...:)
Stage disedikan bagi sesi persembahan artist jemputan dan juga lucky draw dan sesi perasmian kot...:) Bunkface pun ada buat persembahan, tapi DVII tak tunggu pon...hahaha

Selepas puas membeli dan belah, DVII dan MyLove keluar ke taman klcc dan rehat2kan kaki yang penat berjalan...memang penat lah, sebab banyak booth kat dalam tue...belum lagi pc fair...lagi giler banyak booth...hurm..kat taman klcc, boleh lah cuci-cuci mata tengok kehijauan taman, pengunjung yang lalu lalang,pelancong asing...tak lupa ada juga yang berjogging di sekitar taman KLCC tue...boleh ker?



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.