Header Ads

04-12-2010 : Keputusan Perlawanan Piala Suzuki AFF 2010 Thailand 0 - 0 MALAYSIA



THAILAND 0 - 0 MALAYSIA

Nampaknye keputusan seri pada perlawanan kedua Malaysia menentang Thailand menyukarkan lagi laluan buat skuad Harimau Malaya memburu tiket ke Separuh Akhir setelah perlawanan pertama tewas kepada Indonesia 1-5.

Malaysia perlu menang ke atas Thailand seperti yang diharapkan pelbagai pihak bagi menebus kembali maruah yang tercalar di Stadium Gelora Bung Karno. Tetapi percaturan yang dibuat anak didik Rajagobal sekurang-kurangnya berjaya menyekat anak didik Robson,(Coach Thailand, bekas pemain tengah Manchester United) dari beroleh 3 mata.

Malaysia perlu menang perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu LAOS dan mengharapkan INDONESIA pula mempamerkan aksi cemerlang untuk menundukkan THAILAND, sepertimana menang ke atas MALAYSIA 5-1, dan LAOS 6-0.

Semoga Malaysia Berjaya ke Perlawanan Separuh Akhir Piala Suzuki ini. Malaysia Boleh!!!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.