Header Ads

Semak Botol Kicap Anda :)

Kicap Cap Kipas Udang

Nampaknye, hari ini negara kita digegarkan dengan satu senario yang memang biasa berlaku dalam industri perniagaan negara, iaitu TIRUAN... kali ini, bukan Crocs Tiruan, bukan barangan kulit Tiruan, tapi bahan penambah perasa n selera Tiruan iaitu Kicap Cap Kipas Udang keluaran HABLAL's.

Pelik DVII fikir, bagaimana Kicap yang turun temurun mempunyai rasa tersendiri itu dapat ditiru sehingga mampu dipasarkan di pasaran Malaysia ini, apa pembeli/pembekal tak tahu ke yang ianya merbahayakan pengguna ? Nasiblah DVII dah lama tak makan sebarang kicap bagi penyedap rasa. Tapi abang DVII sendiri adalah HANTU KICAP!!!

Hari ini gempar setelah media perdana mengeluarkan berita operasi Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan merampas sebanyak 3,360 botol dari salah sebuah syarikat pemborong (pembohong kut!) di Negeri Sembilan yang terletak di Jalan Tuanku Antah, Seremban.

Sama-sama kita nantikan semoga pembekal kicap tiruan ini dapat dikenal pasti kerana yang disoal siasat sekarang hanyalah pemilik syarikat yang memasarkan produk berkenaan. Disebabkan perbezaan yang tidak jelas menyebabkan pengguna keliru dan tidak dapat mengenal pasti yang mana satu tulen dan yang tiruan. Sebenarnya, terdapat perbezaan yang agak ketara di antara kicap tiruan itu dengan yang asli iaitu tulisan tamat tempoh penggunaan kicap tiruan itu tidak dicetak dengan laser sebaliknya menggunakan pencetak komputer biasa, katanya.

Jadi, buat semua penggemar Kicap penambah perisa lagi-lagi keluaran Hablal's, semoga berhati-hati selepas ini supaya tidak termakan barangan tiruan lagi. Tidak lupa juga pastikan segala barang-barang yang anda gunakan PASTIKAN YANG ORIGINAL...hehehe...

** Untuk peringatan kita bersama...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.