Header Ads

Konsert percuma Artis Popular buat penyokong Astro Ria

Menjelang akhir tahun 2010 yang akan tiba beberapa hari lagi, nampaknya rakyat tempatan akan disajikan dengan hiburan percuma dari pihak Astro sebagai membalas budi pelanggan dan penyokong Astro Ria.

Konsert ini akan menampilkan artis-artis popular tanah air Malaysia dan dari seberang Indonesia
yang akan bergabung berkongsi satu pentas untuk membuat persembahan pada hari esok 19 Disember 2010. Ianya diadakan di I-City, Seksyen 7, Shah Alam yang bermula jam 6 petang.

Antara artis yang akan membuat persembahan pada Konsert Ria 2010 esok terdiri daripada Ahmad Dhani dengan penampilan khas kumpulan T.R.I.A.D & The Lucky Laki serta penyanyi-penyanyi popular tanah air seperti Anuar Zain, M. Nasir, Datuk David Arumugam dan Misha Omar.

Aizat, Black, Meet Uncle Hussein, Project Pistol, Tilu, Altimet, XPDC, Saleem, AC Mizal dan One Nation Emcee juga turut menceriakan pentas Konsert Ria 2010 nanti.

Turut membuat persembahan ialah bintang Akademi Fantasia kesayangan ramai seperti Mawi, Stacy, Hafiz, Akim, Aril, Shahir dan Adira.

Terdapat pelbagai program dari Saluran Astro yang akan dipersembahankan esok secara live kepada semua peminat hiburan tanah air, di antaranya Akademi Fantasia 8, Kau dan Aku musim kedua, Mari Menari, Raja Lawak, Anda Ada 60 Saat dan tidak ketinggalan Kamilah Bintang.

Untuk maklumat lanjut, klik sini.

Mari ramai-ramai gegarkan I-City petang esok, bagi 'jammed' jalan kat sana....huhuhu



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.