Filem SAM & Filem Pendek Syafiq Yusof Haslam - Along
Gambar : Syafiq Yusof |
Filem pendek inilah yang membawa Syafiq Yusof semakin dikenali setelah akhbar media arus perdana melalui sisipan Hip Berita Harian memberi satu slot buat anak muda ini dibualbicara....layankan filem pendek arahan Syafiq Yusof anak bongsu Yusof Haslam...
Sebenarnya banyak lagi Filem Pendek yang telah diarahkan oleh Syafiq yang sedang menuntut di KLMU dalam bidang penyiaran dan perfileman yang telah diupload ke Youtube di alamat
Youtube Syafiq Yusof : http://www.youtube.com/user/fiq000s
Sebenarnya banyak lagi Filem Pendek yang telah diarahkan oleh Syafiq yang sedang menuntut di KLMU dalam bidang penyiaran dan perfileman yang telah diupload ke Youtube di alamat
Youtube Syafiq Yusof : http://www.youtube.com/user/fiq000s
Along - Short Action Comedy / Filem Pendek Syafiq Yusof
SELEPAS berjaya membentuk Syamsul Yusof sebagai seorang pengarah sehingga bergelar Pengarah Terbaik menerusi Evolusi KL Drift 2, produser dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam membawa seorang lagi anak lelakinya ke dunia perfileman.
Sekalipun baru berusia 18 tahun, pemilik Skop Production itu nampaknya cukup yakin dan berani apabila sanggup mengeluarkan bajet untuk anak bongsunya, Mohd Syafiq, mengarahkan filem pertama.Filem genre cinta psiko berjudul Saya Amat Mencintaimu atau SAM itu bakal dibintangi Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan Syamsul. Filem sulung arahan Syafiq itu akan menjalani penggambaran pada Julai depan.
Syafiq yang turut hadir memberikan sokongan kepada filem arahan abangnya, KL Gangster, beberapa hari lalu berkata, dia sudah lama meminati bidang pengarahan, bahkan mula berjinak-jinak dalam dunia itu sejak di bangku sekolah lagi.
Syafiq bersama anggota keluarganya. (Keluarga besar Yusof Haslam) |
Minatnya terhadap dunia pengarahan pula timbul dengan sendiri, bukan atas desakan sesiapa. Mungkin semua itu berlaku dek darah seni yang sememangnya deras sudah mengalir dalam dirinya, ujar Syafiq, yang juga penuntut KLMU dalam bidang penyiaran dan perfileman.
Sebelum melangkah ke arus perdana, Syafiq banyak menghasilkan filem pendek. Filem pendek arahannya, Along, yang dimuatkan ke laman YouTube ditonton lebih 28,000 kali dalam tempoh sehari. Malah dia juga sudah mendapat kepercayaan bapanya untuk mengarahkan drama Gerak Khas bagi episod Ops Serbu.
“Sejak kecil lagi saya sudah didedahkan mengenai dunia filem. Waktu kecil dulu, biasanya abang akan mengarah, saya pula menjadi pelakon. Mungkin kerana saya dilahirkan dalam keluarga seni, secara tidak langsung darah itu mengalir dalam tubuh ini.
“Saya juga sering mengikut abang ke lokasi penggambaran, malah logo KL Gangster juga saya yang reka. Bagaimanapun buat masa ini saya mahu fokus dalam bidang pengarahan terlebih dulu. Saya rasa tidak mampu melakukan dua perkara - berlakon dan mengarah - pada satu masa kerana bagi saya, kerja itu memenatkan.
“Saya banyak belajar teknik penghasilan filem dan suntingan daripada abang. Sementara pengetahuan mengenai industri pula diperoleh daripada papa, yang boleh dianggap sebagai mentor saya,” kata Syafiq.
Alu-alukan campur tangan bapa
Pada mulanya, remaja ini keberatan apabila diminta mengarahkan filem bertemakan cinta. Barangkali kerana jiwa mudanya, Syafiq berasakan filem cinta tidak sesuai dengannya. Begitupun selepas mengetahui SAM sebenarnya sebuah filem cinta psiko, dia kembali bersemangat kerana filem sedemikian belum pernah dihasilkan produser tempatan.
Jalan cerita SAM adalah cetusan idea Yusof, manakala skripnya dihasilkan Syafiq bersama sepupunya, Shalih Mokhti. Skrip itu bagaimanapun terlebih dulu perlu diluluskan Yusof.
Sebagai orang baru, kata Syafiq, dia tidak kisah bapanya turut campur tangan kerana dia masih memerlukan banyak bimbingan.
“Saya akan cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati papa, keluarga, penonton malah diri saya sendiri. Papa seorang yang tegas, kalau dia kata A, kita kena ikut kehendaknya itu.
"Papa mempunyai pendekatannya sendiri. Setiap babak perlu dibuat dua kali, satu daripada sudut pandangan papa dan satu lagi dari sudut pandangan kami. Abang saya juga buat begitu ketika mula-mula mengarah. Kemudian barulah kami akan pilih mana satu yang terbaik.
“Papa juga beri peluang kepada kami adik-beradik menceburi bidang ini bukan atas dasar kedudukannya. Sebaliknya sebelum kami mendapat peluang ini, papa akan memastikan kemampuan kami benar-benar teruji, katanya.
Jelas Syafiq, pertama sekali bapanya akan melihat hasil karya mereka menerusi filem pendek.
"Apabila dia melihat kami mempunyai potensi, dia beri kami peluang mengarahkan drama Gerak Khas. Selepas itu barulah dia yakin untuk meminta kami mengarahkan filem.
“Saya tidak kisah jika ada yang menuduh saya menggunakan nama papa atau abang untuk bina nama sebagai pengarah. Begitupun kalau boleh, saya mahu orang nampak hasil kerja saya dan mereka mengenali saya kerana diri saya. Saya juga tidak kisah mengarah apa saja jenis filem kerana saya mahu dikenali sebagai pengarah versatil,” katanya yang menangguhkan pengajian selama satu semester semata-mata untuk memberikan tumpuan kepada SAM
Menarik juga filem ni. Thriller!
BalasPadamReview kami pula : Filem SAM