Header Ads

Harga Akhbar Kosmo! Naik Mulai 1 Januari 2012



Kenaikan Harga Barang menjelang awal 2012 telah dimulakan dengan pengumuman kenaikan harga Akhbar Kosmo! mulai 1 Januari 2012. Akhbar Kosmo ! Isnin - Sabtu dinaikkan 20sen dari RM1 kepada RM1.20, manakala Kosmo! Ahad pula naik 10sen dari RM1.20 menjadi RM1.30.


Kalau sebelum ini, Kosmo! dan Sinar Harian menjadi pilihan, tapi Sinar Harian pun dah naik RM1.20 beberapa bulan lepas, 1 Januari pula Kosmo! naik harga... sudahnya bacalah akhbar online @ media elektronik sahaja. itupun tak dapat berita penuh, nak penuh kena beli...hehehe


Ikuti laporan Kosmo! untuk maklumat lanjut

Harga Kosmo! naik ke RM1.20, sama seperti harga tahun 2005



KUALA LUMPUR - Harga Kosmo! dan Kosmo! Ahad akan dinaikkan masing-masing kepada RM1.20 dan RM1.30 berkuat kuasa 1 Januari 2012. Sebelum ini Kosmo! dan Kosmo! Ahad dijual pada harga RM1.
Kenaikan harga tersebut tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan kos operasi.
Berbeza dengan harga produk lain yang semakin mahal saban tahun, harga baharu Kosmo! danKosmo! Ahad itu sebenarnya sama dengan apa yang pembaca bayar pada tahun 2005. Sewaktu mula diterbitkan pada 31 Ogos 2004, harga pengenalan akhbar kompak terbitan Kumpulan Utusan itu hanya RM1 senaskhah.
Malah, Kosmo! pernah dijual pada harga serendah 80 sen dan Kosmo! Ahad pula hanya RM1 mulai 1 September 2005 sehingga 31 Disember 2006. Kosmo! ketika ini dicetak hampir 300,000 naskhah setiap hari dengan jumlah pembaca dianggarkan lebih satu juta orang sehari.- Sumber Kosmo! Online
Komen Defarhano : Alasan yang diberikan ialah Kenaikan harga tersebut tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan kos operasi. bakal diguna pakai oleh media cetak dan barang-barang keperluan lain pada tahun 2012 nanti. Bersedialah semua dengan kenaikan harga barang pada tahun 2012 ataupun esok 1 Januari 2012...(",)

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.