Header Ads

Bebas Anwar 901 - Polis KL Benarkan Perhimpunan 901



Gambar Terkini : Perhimpunan Bebas Anwar 901 di Parkir Mahkamah Jalan Duta <--Klik Sini


Nampaknya 9 Januari 2012 @ 901 ini bakal berlangsung lagi satu perhimpunan besar-besaran di Ibu Kota Kuala Lumpur. Sebelum ini Perhimpunan Bebas Anwar 901 ini dikategorikan sebagai Perhimpunan Haram jika tidak mendapat permit dari Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tapi dengan adanya permit yang diluluskan hari ini , diharap pihak penganjur iaitu Gagasan Pakatan Rakyat yang mengerahkan 100,000 penyokongnya dapat berhimpun dalam keadaan aman dan teratur.
Tengok gambar perhimpunan Bebas Anwar 901 di atas ni masa ditetapkan 9.30 pagi, yang satu lagi 7.00 pagi... pepandai lah masing2 yang nak pergi urus masa yer...Jangan bertembung dengan PERKASA sudah, Perkasa diberitakan bakal berhimpun di Masjid Kuala Lumpur pada hari berkenaan. Tiada maklumat lagi secara rasmi yang boleh aku sampaikan...


Polis telah memberikan permit berhimpun dan memberi lokasi perhimpunan boleh diadakan di Tempat Parking Kereta Luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta.


Senario himpunan ini.
Kali terakhir ribuan rakyat akan berhimpun bersama Pemimpin Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim jika dia disabitkan bersalah oleh Mahkamah dan bakal dipenjarakan.


ataupun


Dato' Seri Anwar Ibrahim meraikan kebebasan dari kes yang sedang dihadapinya dengan ribuan penyokong yang menuntut kebebasan dan keadilan terus diperjuangkan. 


Mungkin Isnin ini Rakyat yang hadir dapat merasai seperti gambar sekitar zaman reformasi 1998 ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Kabinet dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Apa yang pasti, peniaga air dan makanan mendapat keuntungan...hehehe....kerugian lain-lain citer belakang....
Harap berlangsung dalam keadaan aman dan damai... (",)


Kuala Lumpur!!! ... Peace Yo!



06/01/2012 12:40pm

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Polis Kuala Lumpur membenarkan penganjuran perhimpunan Bebas Anwar 901 di tempat letak kereta luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada Isnin depan dengan syarat ia berlangsung dalam keadaan aman dan teratur.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali di sini hari ini. – UTUSAN

Komen Defarhano : Nak turun, korang turunlah,Polis pun dah bagi permit tue... risiko tanggung sendiri yer...jangan buat kacau bilau yer...nak ke perhimpunan Perkasa ke? Perhimpunan Bebaskan Anwar 901 ke? Perhimpunan Mahasiswa ada buat tak?? kes Adam Adli kan 9 Januari 2012 juga.... Ikut korang lah...

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.