Header Ads

Sinopsis Filem Hantu Dalam Botol Kicap

 Sinopsis Hantu Dalam Botol Kicap | Trailer Filem Hantu Dalam Botol Kicap
Update Link : Review Filem Sumpahan Kum Kum (Sedang Ditayangkan)

Filem  Hantu Dalam Botol Kicap merupakan sebuah filem keluaran Metrowealth Pictures yang bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Februari 2012 dengan diterajui oleh Pelakon Utama Angah Raja Lawak, Mon Ryati dan Zalif Sidek.
   Pengarah Filem 
Hantu Dalam Botol Kicap juga diarahkan oleh Pengarah Filem Flat 3A Azhari Mohd Zin atau Abang Z.Filem ini merupakan Filem Seram ketiga 2012 berturut-turut dari Metrowealth Pictures sebelum bakal Filem yang ditunggu-tunggu ramai bakal memecahkan kutipan panggung wayang 2012 ini melalui Filem Adnan Sempit 2 (Semp-It 2).


Jadi jangan lupa tengok Hantu Dalam Botol Kicap pada 9 Februari 2012 di pawagam berdekatan anda!
 Tagline : Jangan Biarkan Ia Terbuka
Sinopsis Hantu Dalam Botol Kicap :
Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya.
Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya.Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.
Pengarah Filem Hantu Dalam Botol Kicap :
Azhari Mohd Zin 

Pelakon Utama Hantu Dalam Botol Kicap :
Angah Raja Lawak sebagai Hantu Botol Kicap (Pelakon Utama)
Mon Ryanti sebagai Rina (Pelakon Utama)
Zalif Sidek sebagai Epul (Pelakon Utama)
Mohd Mikail Andre b Nazrul Andre sebagai Azri (Pelakon Utama)
Maimon Mutalib sebagai Nenek Temah (Pelakon Pembantu)
Wawa Zainal sebagai Puteri (Pelakon Pembantu)
Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Hussin (Pelakon Pembantu)
Zila Bakarin sebagai Aminah (Pelakon Pembantu)

Krew:
Mohd Shahreel Bin Abu Bakar : (Pengarah Fotografi)
John Kajang : (Pengarah Seni)
Hazlin Salam : (Pembantu Pengarah)

Penerbit:
David Teo : (Penerbit)


Trailer Hantu Dalam Botol Kicap

 

Hantu Dalam Botol Kicap, Youtube Hantu Dalam Botol Kicap, barisan pelakon Filem Hantu Dalam Botol Kicap, Filem Hantu Dalam Botol Kicap, sinopsis Filem Hantu Dalam Botol Kicap, review Filem Hantu Dalam Botol Kicap, jalan cerita Filem Hantu Dalam Botol Kicap, pelakon utama Filem Hantu Dalam Botol Kicap, pengarah Filem Hantu Dalam Botol Kicap, watak Shaheizy Sam sebagai Herry, watak Intan Ladyana dalam filem, tiket tayangan Filem Hantu Dalam Botol Kicap, kutipan tiket Filem Hantu Dalam Botol Kicap, Malay Comedy movies, Filem Komedi Aksi, Watak Yana Samsudin dalam Filem Hantu Dalam Botol Kicap, Watak Mat Saja dalam Filem Hantu Dalam Botol Kicap, Selebriti Kontroversi Berpelukan dalam Video Klip
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

1 ulasan:

  1. hehe..finally ..dapat juga mikail andre jadi pelakon utama dalam filem ;)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.