Header Ads

Bonus Raya Kerajaan Negeri Selangor : Setengah Bulan Gaji, Minimum RM500 dan Tambahan RM200

Setelah Kerajaan Pusat membuat pengumuman mengenai bonus raya 2012 untuk penjawat awam pada semalam, hari ini Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan bakal memberi setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua kakitangan awam negeri Selangor pada tahun ini. Bezanya Kerajaan Selangor memberi insentif bonus tambahan RM200. Jadi Kakitangan Awam di Negeri Selangor mendapat Bonus RM700 pada tahun ini.

Tweet daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui akaun twitternya 1 jam yang lalu...


Kakitangan Awam Selangor Terima Bonus Raya Dan Simpanan Selangorku

SHAH ALAM,26 JULAI : Kerajaan Selangor hari ini meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 
 Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata , Kerajaan Selangor juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan dalam bentuk Simpanan Selangorku sebanyak RM200 kepada setiap kakitangan awam. 
 “Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN). 

 “Kedua-dua bonus ini akan dimasukkan dalam akaun kakitangan awam pada minggu hadapan. 
Kerajaan Selangor memperuntukkan RM20 juta untuk pembayaran bonus dan bonus tambahan Simpanan Selangorku kepada kakitangan awam untuk tahun ini,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan medianya hari ini. 
Abdul Khalid berkata dengan pemberian bonus ini dapat meringankan beban penjawat awam untuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

 “Pada masa sama, Kerajaan Selangor mahu menggalakkan kakitangan awam menabung demi masa depan,” kata Abdul Khalid. - Sumber Selangorku

Komen Defarhano : Lebih RM200 (",) untungnya penjawat awam di Negeri Selangor bonus dapat minggu depan, iaitu lebih awal dari yang Kerajaan Pusat beri pada 9 Ogos 2012. Negeri lain macam mana??? 

9 ulasan:

  1. alhamdulullah...mudah2an kakitangan PBT pun dpt tambahan Rm 200.00 tu lah ya.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..Terima kasih kpd kerajaan negeri Selangor.

    BalasPadam
  3. Syukur alhamdulillah..Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..Thanks a lot to kerajaan Negeri Selangor.

    BalasPadam
  4. gimik lebih....harta rakyat habis banyak, bagi sikit

    BalasPadam
  5. nak tanya, ni utk semua kakitangan awam ker...mcm kami yg kerja bwh kpm pun dapat ker

    BalasPadam
  6. nak tanya, ni utk semua kakitangan awam ker...mcm kami yg kerja bwh kpm pun dapat ker

    BalasPadam
  7. @Norfadillah Kamaruddin

    kalau bawah kpm??? kpm bawah kerajaan negeri selangor or persekutuan?.. jadi bergantung kepada itulah... (",) kalau bawah Selangor, lebihlah dapatnye... KPM? Kolej Profesional Mara? swasta ke berkanun? kena pastikan...hehehe

    BalasPadam
  8. @honey

    mesti dapatlah sebab PBT bawah negeri selangor...untunglah kan...bley blanje tak?... sy kompeni bg bnus skit je

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.