Header Ads

Celebrate Birthday Mama di MFC, Bandar Baru Bangi



Sabtu yang lepas Defarhano and family menyambut ulang tahun kelahiran Mama ke-56 di Muzdalfa Fried Chicken (MFC) Bandar Baru Bangi.

Sebenarnya perancangan awal hendak pergi menginap di Bukit Tinggi, Pahang tetapi disebabkan MyWife tak dapat nak ambil cuti lebih pjg dan abg ngah pulak masih tak berapa sihat jadi celebrate birthday mama di Bangi jer lah...


Lokasi : Muzdalfa Fried Chicken, Seksyen 8, Seri Bangi, Bandar Baru Bangi


 Selamat Hari Lahir Mama, Semoga Mama dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta kesihatan yang sempurna... Amin²... Kami semua sayangkan Mama selamanya... 
Disebabkan perancangan on the dot, jadi lepas order MFC, Pizza dan Ayam Goreng, defarhano ke Secret Recipe berdekatan CIMB pula untuk beli kek Birthday Chocholate Indulgence, betul ke eja gitu???
 Inilah keluarga Kami....
 Dah nak pulang time ni... masa untuk berpisah...sebab Defarhano nak pergi ke Dungun pula selepas tu...tapi singgah sebentar ke Gombak.


Yang peliknya dengan abg ngah defarhano nih, dalam demam-demam... habis pulak tu pizza dalam pinggan dia... betul ke dia yang makan nih... ke...ke...? hehe... hanya chinta85 yang tahu...
Jadi, memang sesuailah Muzdalfa Fried Chicken menjadi pilihan keluarga untuk menjamu selera sambil santai-santai...sebab Korang boleh makan Pizza + Ayam Goreng + Nasi Arab dalam 1 lokasi juga... Burger tak perasan ada ke tidak... dan selain itu terdapat ruang keluarga yang disediakan selain dari meja makan biasa, Harga yang berpatutan kerana harga yang tertera tidak tambahan cukai a.k.a tiada cukai... (ker memang dah termasuk cukai???)



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.