Isnin, 29 Oktober 2012

Promosi Percutian Air Asia 2013 - Free Seats!!!


Bermula tepat jam 12.00 malam tadi 29 Oktober 2012, Air Asia sekali lagi menawarkan percutian tambang murah dengan Air Asia ke seluruh dunia*. Kali ini promosi tempat duduk percuma disediakan. Hanya perlu bayar cukai airport dan caj bahan api.

Tengok Tarikh Cuti Sekolah 2013 juga senang nak rancang, plan trip bercuti nanti..

Cepat jangan ketinggalan, tawaran tiket harga rendah dari Air Asia ini untuk menikmati peluang bercuti,melancong bersama keluarga dan kawan-kawan ke Negara Brunei, Kemboja, India, Indonesia, Laos, Mnyanmar, Malaysia, Philippines, Vietnam, Singapore, Sri Lanka, Thailand

Bercuti ke Sabah bersama Keluarga


Dari Kuala Lumpur ke - Bangkok - Bandung - Bali - Hat Yai - Phuket - Krabi - Langkawi - Phnom Penh - Ho Chi Minh City - Medan - Surabaya dan lain lain lagi tempat menarik. 


Tidak ketinggalan juga bagi mereka yang ingin ke Perth - Melbourne - Gold Coast - Sydney - Seoul - Tokyo dan lain - lain tempat, harga paling rendah diberikan oleh Air Asia serendah RM299 (",)

Book From : 29 Okt - 4 November 2012
Travel From : 1 Mei - 30 September 2013
Website rasmi Air Asia : www.airasia.com


Komen Defarhano: Air Asia ni dah banyak untung, dia buat camni pun dia masih untung lagi... (",) Nak Pergi Mana Eh 2013 ni... Penat tolong promo ni, takkan takde ape² kot Air Asia???

Jumaat, 26 Oktober 2012

Manchester United vs Malaysia July 2013

Manchester United dijangka akan datang ke Malaysia pada tahun 2013 untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Malaysia sempena jelajah pra-musim kelab-kelab EPL ke luar Eropah.

Malaysia kemungkinan dipilih sebagai salah satu destinasi untuk Manchester United mengadakan 'friendly match'. Ini merupakan penampilan yang ketiga Manchester United datang ke Malaysia untuk mengunjungi peminat-peminat setia Red Devils yang dianggarkan melebihi 4 juta peminat termasuk Defarhano. (",)

Perlawanan Manchester United vs Malaysia dijangka diadakan pada bulan Julai 2013 setelah United dikatakan bersetuju menerima terma perlawanan di Malaysia.

Kedua-dua wakil Malaysia dan Manchester United telah bertemu dan bakal mendatangani kontrak perlawanan tidak lama lagi.
(credit pic Malaysia XI vs Manchester United to google)

Sejarah perlawanan Malaysia vs Manchester United yang terakhir berakhir dengan keputusan Manchester United 3-2 Malaysia XI dan beberapa hari kemudian Manchester United 2-0 Malaysia.(Perlawanan gantian disebabkan berlaku letupan di Indonesia).
(Credit Pic Amri Yahyah tewaskan Ben Foster to google uploader)

Peminat Malaysia bakal menyaksikan sekali lagi Stadium Nasional Bukit Jalil dipenuhi dengan penyokong Manchester United dan diharapkan Warga Malaysia terus setia dan menyarung JERSI KEBANGSAAN MALAYSIA sebagai pemain ke-12, menyokong Harimau Malaya di tengah padang terus mengaum memberikan saingan kepada Red Devils.



Segala maklumat rasmi mengenai Perlawanan Malaysia vs Manchester United tahun 2013 bakal diupdate di entri ini...
UPDATE 1 Mac 2013 : Manchester tidak jadi datang ke Malaysia untuk Jelajah Manchester United Asia Tour 2013. Tunggu 2013 plak ye...




Teruskan menyokong...Manchester United Asia Tour 2013

Komen Defarhano: Glory-Glory Manchester United!~ erk... Selamanya Harimau Malaya...(",) 2009 pergi,2013 tak jadi... Manchester tak jadi datang ke Malaysia sebab jadual pra musim ke Jepun (",)

sumber:sports247 Perlawanan Malaysia vs Manchester United 2013, Manchester United vs Malaysia 2013,

Khamis, 25 Oktober 2012

Champions League Results Group Stage Matchday 3


Buat Mereka Yang Memahaminya (",)
Bolehlah makan kenyang² 2 Donat tu yer... (",)
Takziah buat Team Yang Kalah Semalam dan Hari Ini dalam 
Liga Juara Juara Eropah Perlawanan Ketiga Peringkat Kumpulan...

Keputusan Perlawanan seperti berikut:

Champions League Results Tuesday 23 October 2012
Spartak Moskva vs Benfica 2-1
Nordsjaeland vs Juventus 1-1
LOSC vs Bayern Munich 0-1
Barcelona vs Celtic 2-1
Shakhtar Donetsk vs Chelsea 2-1
BATE vs Valencia 0-3
Galatasaray vs CFR Cluj 1-1
Man. United vs Braga 3-2

Champions League Results Wednesday 24 October 2012

Zenit vs Anderlecht 1-0
Dinamo Zagreb vs PSG 0-2
Montpellier vs Olympiacos 1-2
Malaga vs Milan 1-0
Ajax vs Man. City 3-1
Dortmund vs Real Madrid 2-1
Porto vs Dynamo Kyiv 3-2
Arsenal vs Schalke 0-2
Komen Defarhano: Wakil England hanya Manchester United je yg menang di Eropah kali ini... (",)
*Just Kidding  
Keputusan Liga Juara-Juara Eropah 23 Oktober 2012, Keputusan Liga Juara-Juara Eropah 24 Oktober 2012,

Rabu, 24 Oktober 2012

Senarai Pemain Bolasepak Indonesia ke Piala Suzuki AFF Cup 2012


Senarai Nama 22 Pemain Bolasepak Indonesia ke Piala Suzuki AFF 2012
#update 22 November 2012
Berikut senarai 22 pemain Indonesia yang terpilih ke AFF Suzuki Cup 2012 di Malaysia nanti.

Penjaga Gol
Wahyu Tri Nugroho
Endra Prasetya

Pertahanan
Handi Ramdan, Novan Setya Sasongko, Nopendi, Fachrudin, Wahyu Wijiastanto, Valentino Telaubun, Arthur Irawan

Pemain Tengah
Corneles Geddi, Elie Aiboy, Andik Vermansyah, Tonnie Harry Cussel, Taufiq, Vendry Mofu, Rasyid Assahid Bakrie, Oktovianus Maniani

Penyerang
Bambang Pamungkas, Samsul Arif, Rachmat Syamsuddin Leo, Jhonny van Beukering, Irfan Bachdim
___________________________________________________________

Berikut merupakan senarai 35 pemain pasukan bolesepak kebangsaan Indonesia yang telah didaftarkan untuk menyertai AFF Suzuki Cup 2012. Seminggu sebelum pertandingan Piala AFF dimulakan Senarai 23 Pemain Kebangsaan Indonesia hendaklah didaftarkan.

Di antara beberapa pemain tersebut, Elie Aiboy dan Bambang Pamungkas yang pernah menyarung jersi Selangor tetap disenaraikan kedalam skuad Garuda kali ini...

Indonesia (INA) diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama Malaysia, Singapore dan Laos.

Samsidar, Endra Prasetya, Wahyu Tri Nugroho,
Handi Ramdhan, Wahyu Wijiastanto, Fachrudin,
Novan Setya Sasongko, Nopendi, Hengki Ardiles,
Taufiq, Vendry Mofu, M Nur Iskandar,
Rahmat Syamsuddin, Jajang Paliama, Elie Aiboy,
Samsul Arif, Irfan Bachdim, Hendra Bayauw,
Rasyid A Bakri, Ahmad Bustomi, Hamka Hamzah,
Firman Utina, Andik Vermansah, Bambang Pamungkas,
Cornelius Gedy, Oktovianus Maniani, Valentino Telaubun,
Patrich Wanggai, Diego Michiels,
Pemain Naturalisasi Indonesia (Naturalized Players)
Stefano Lilipaly, Jhon van Beukering,
Belgium Club - CS Vise
Syamsir Alam, Yandi Sofyan, Yericho Christiantoko, Alfin Tuassalomony.

Jadual Perlawanan Piala AFF Suzuki Cup 2012
Komen Defarhano: Perlawanan Malaysia vs Indonesia 1 Disember 2012 di SSBJ,Malaysia. Stadium mesti penuh dengan kedua-dua penyokong.
  Pemain Import Indonesia dalam Piala Suzuki AFF CUP 2012, Senarai Nama 23 Pemain Indonesia,

Selasa, 23 Oktober 2012

Kalendar Tarikh Cuti Sekolah 2013 | Takwim Sesi Persekolahan 2013

Disebabkan 2013 bakal menjelang tiba, dan juga pelbagai perancangan perlu dilakukan dengan terlebih dahulu oleh mereka-mereka yang merancang pelbagai aktiviti untuk bercuti dan lain-lain, jadi defarhano kongsikan di sini Jadual Tarikh Cuti Sekolah Tahun 2013 di Malaysia untuk kemudahan semua. Sama-samalah kita merancang tarikh bercuti, tarikh majlis kahwin yang sesuai untuk keselesaan semua pihak, lagi-lagi bakal pengantin berdasarkan Kalendar Tarikh Cuti Sekolah 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah. 

Kemudahan dapat jadual kalendar lebih awal ialah dapat merancang:

Program Percutian Cuti-Cuti Malaysia / Luar Negara
bersama keluarga di Tahun 2012 
Bercuti Bersama kawan-kawan 
Menetapkan Tarikh Majlis Pertunangan kepada bakal-bakal Pengantin Menetapkan Tarikh Majlis Perkahwinan dan Resepsi Pengantin dan Menetapkan tarikh untuk pergi bercuti dengan pakej promosi yang dibuat oleh AirAsia, FireFly mahupun StarCruise...StarCruise?...HeHe... Menetapkan Tarikh Majlis Majlis tertentu yang tidak dinyatakan di atas.

Takwim Cuti Sekolah Tahun 2013 
Kumpulan A :  Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah Bagi Sekolah Sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu 

Cuti Pertengahan Penggal 1 (Bulan Mac)
22.03.2013 - 30.03.2013 (9 Hari) 
Cuti Pertengahan Tahun 2013 (Bulan Mei dan Jun)
24.05.2013 - 08.06.2013 (16 Hari) 
Cuti Pertengahan Pengal 2 (Bulan Ogos) 
06.08.2013 - 17.08.2013 (12 Hari) 
Cuti Akhir Tahun 2013 (Bulan November dan Disember 2013) 
15.11.2013 - 31.12.2013 (47 Hari) 
Jadual Sesi Persekolahan 2013 
01.01.2013 - 21.03.2013 (58 Hari) 
31.03.2013 - 23.05.2013 (40 Hari) 
09.06.2013 - 05.08.2013 (42 Hari) 
18.08.2013 - 14.11.2013 (65 Hari)

Kumpulan B : Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah Bagi Sekolah Sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya. 

Cuti Pertengahan Penggal 1 (Bulan Mac) 
23.03.2013 - 31.03.2013 (9 Hari) 
Cuti Pertengahan Tahun 2013 (Bulan Mei dan Jun) 
25.05.2013 - 09.06.2013 (16 Hari) 
Cuti Pertengahan Pengal 2 (Bulan Ogos) 
07.08.2013 - 18.08.2013 (12 Hari) 
Cuti Akhir Tahun 2013 (Bulan November dan Disember 2013) 
16.11.2013 - 01.12.2014 (47 Hari) 
Jadual Sesi Persekolahan 2013 
02.01.2013 - 22.03.2013 (58 Hari) 
01.04.2013 - 24.05.2013 (40 Hari) 
10.06.2013 - 06.08.2013 (42 Hari) 
19.08.2013 - 15.11.2013 (65 Hari) 

Download Kalendar Tarikh Cuti Sekolah 2013 Disini
 Komen Defarhano: Selamat merancang tarikh percutian dan tarikh istimewa masing-masing ya! 2013 Nak Travel ke Mana?? Defarhano tak Rancang lagi......
Download Kalendar Takwim Cuti Penggal Persekolahan 2013 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di Kalendar Cuti Sekolah 2013 di bawah. Kalendar Cuti 2013
Kalender Sesi Persekolahan 2013, Bajet 2013, Belanjawan 2013, Tarikh Cuti Sekolah 2013,Tarikh Cuti Umum 2013,Cuti Sekolah Malaysia, Cuti Sekolah 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia,Tarikh Cuti Persekolahan 2013, Tarikh Cuti Persekolahan 2012, Tarikh Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2013, Tarikh Cuti Perayaan 2013, Kalendar Cuti Sekolah 2013, Kalender Cuti Pertengahan Tahun 2013, Tarikh Sekolah Buka 2013, Jadual Waktu Persekolahan 2013, Cuti Semester Sekolah 2013, Tarikh Kelas Sekolah Buka 2013

Selasa, 9 Oktober 2012

Minggu Ni Balik Terengganu

 Rasanya dah lama defarhano tak balik ke Kemaman, Terengganu. Last sekali, masa bulan Raya hari tu, terlalu kerap balik
Minggu 1 Hari Raya 18-20 Ogos - Terengganu
20 - 23 - Nilai
Minggu kedua Raya 23 - 26 Ogos- Terengganu
Minggu ketiga Raya 31 Ogos-2 Sept - Terengganu
Minggu keempat 8-9 Sept - Johor Bharu
Minggu kelima 13-16 Sept - Sabah
eh, siap cerita sampai ke Sabah...terlajak sudah...hehehe
OK, tiket bas ke Kemaman ni baru beli hari Selasa malam, siap beli tiket bas pergi dan balik lagi... Kalau pergi terengganu defarhano suka naik Bas Mahligai Ekspress, sebab selesa dan harga yang murah... RM30 je Putrajaya ke Kemaman. Tapi kalau nak balik Kemaman ke KL pula terpaksa naik bas Transnasional, sebab Mahligai tiada kaunter jualan tiket di Kemaman.

Bukan tak boleh nak naik kat situ, boleh, pernah dah naik sekali. Tapi kalau driver tu terlupa ada penumpang nak naik kat kemaman??? tak ker tertinggal... huhu...
So kesimpulan kat sini harga tiket bas dari Putrajaya ke Kemaman RM30 dan harga tiket bas dari Kemaman ke Putrajaya pula RM33.70 :-)

  Komen Defarhano: Bas Mahligai Ekspress memang selesalah, Double Decker pulak tu...(",) Luas sangat...chewah...promote pulak..tapi bukan dapat diskaun pun...huhuhu

Isnin, 8 Oktober 2012

Kereta Kancil Rosak, Melayang Duit

 Gambar kereta kancil ni defarhano yang ambil, sewaktu teman adik ipar pergi tengok² kereta dia yang rosak, kesian kan... sebelum nih kena langgar dengan orang... pastu rosak pulak, tersadai tepi jalan semalaman.

Waktu kereta ni rosak ahad malam dalam 9.30 malam gitu, defarhano ada kat kampung, bakar sate (",), dan bincang-bincang mengenai majlis pakcik nak kahwin lagi (",). Yelah, baguslah pakcik nak kahwin lagi, ada orang jage dia...(",)

So time tu, memang tak dapat nak tolong pergi time malam tu, last-last pesan kat dia, soh kawan pickup dulu, esok baru tengok kete tu macam mana...
Sampai kat sana, defarhano try drive, ok boleh gerak dalam 300 meter je..lepas tu hancur lebur... kwang²... pastu, carilah bengkel kereta yang berdekatan dengan Cheras Baru, Pandan Indah, tu sebab kalau tahan towing car, rasanya mau kena penggal kepala... (",)

Pomen kedai tu ikut pergi ke lokasi kejadian, panggil la lori hantu yang dia kenal...eh... towing car...hehe...

Kerosakan yang dialami oleh Kereta Kancil 850 tersebut ialah
Drive Shaft dan Knuckle Kancil dan minyak gear pun tukar juga... sebab leaking... huhu

Waktu sebelum rosak, tu bawak kereta bergegar-gegar macam enjin nak roboh pun ade....(",)

Kereta siap sebelum jam 7.00 malam, cepat juga orang bengkel tu buat kerja... Iyelakah, dapat duet masyuk...lebey kurang RM400 ++ termasuk dengan towing RM80! xdapat nak kurang lagi...grrr....sian kat adik ipar tu...

Komen Defarhano: Sesiapa ada kereta kena bersiap sedialah wang banyak-banyak, kereta baru takpelah, lambat lagi nak expired, tapi kalau kereta 2nd hand... bila-bila masa dia boleh rosak...huhu...
k

Ahad, 7 Oktober 2012

Keputusan Kelantan VS Selangor 1-0 Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2012

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2012
Kelantan vs Selangor 1-0
Gol Norfarhan minit ke 62'

Persembahan mantap dari kedua-dua pasukan, walaupun Kelantan mengusai perlawanan dengan pelbagai serangan, kubu kuat Selangor yang di kawal penjaga gol Norazlan tetap kental sehingga minit ke 62' . Selangor terebih dahulu menguji gawang Kelantan yang dikawal oleh Khairul Fahmi Che Mat pada melalui hantaran lintang Amri Yahya gagal disudahkan oleh Bosko Balaban. Kemudian Kelantan dapat mengawal permainan semula.
- Jangan Lupa Klik Like Post Ini, TQ -
Dengan itu Kelantan berjaya menamatkan saingan 2012 di Stadium Kota Bharu kekal dengan rekod tanpa kalah baik di Liga Super, Piala Malaysia dan juga Piala AFC. Kebal betul kan...

Kini Selangor ketinggalan 0-1 secara argegat untuk perlawanan separuh akhir kedua Selangor vs Kelantan di Stadium Shah Alam pada 12 Oktober 2012 nanti. Jom ramai-ramai penyokong Red Giant kita turun ke SSA bagi sokongan padu kepada skuad kita!... Seandainya Kelantan mendapat 1 gol di Shah Alam, tugas Selangor amat berat untuk mencari 3 gol pula...

Video Youtube gol Kelantan Norfarhan pada minit ke 62' 

Komen Defarhano: Selangor dah mantap, cuma finishing je yang takde lagi, harap 2nd game di Shah Alam, Selangor mampu tewaskan Kelantan untuk melunaskan MISI 33!

Video Gol Kelantan vs Selangor, Video Gol Norfarhan vs Selangor, Gol kemenangan Kelantan,Youtube Kelantan vs Selangor 1-0, Gol Separuh Akhir Piala Malaysia Kelantan vs Selangor 2012,

Sabtu, 6 Oktober 2012

Selangor vs Kelantan : Selangor Mesti Menang

 
Malam ini Separuh Akhir Pertama di antara Kelantan vs Selangor yang bakal bermain di Stadium Kota Bharu. Kali terakhir Selangor menang dengan Kelantan di Kota Bharu ialah pada tahun 2001, kalau tak silap defarhano menaip. (",)

UPDATE : Kelantan Menang 1-0 Baca Sini

Defarhano harap keputusan Kelantan vs Selangor akan memihak kepada Selangor. Sekiranya berjaya menang pada aksi Semi-Final Piala Malaysia yang pertama ini sebagai bekalan yang selesa di Stadium Shah Alam Jumaat 12 Oktober 2012 nanti.

Misi 03 vs Misi 33
Bagi sesiapa yang tak dapat tengok siaran langsung perlawanan Separuh Akhir Kelantan vs Selangor ini di TV boleh tengok secara online link Live Streaming Kelantan vs Selangor di RTM website jam 8.45 Kelantan vs Selangor Live Streaming

Komen Defarhano : Siapa pun yang menang, Defarhano pasti berebut-rebut beli tiket untuk tengok Final Piala Malaysia 2012 kali ini...yang pasti bukan LionXII ke Final, Moga-moga ATM yang ke Final (",)
Keputusan Kelantan vs Selangor 6 Oktober 2012, Link Live Streaming Kelantan vs Selangor 6 Oktober 2012 Kelantan vs Selangor Live Streaming, Gol Kelantan vs Selangor, Gol Selangor vs Kelantan, Tengok Kelantan vs Selangor Online,

Jumaat, 5 Oktober 2012

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Oktober 2012


Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus bagi bulan Oktober 2012. 20 Oktober 2012 ada Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri Shah Alam dan keesokan harinya di Masjid Al-I'tisam, TTDI Jaya, Shah Alam. Sila semak masa dan tempat lokasi ceramah Ustaz Azhar Idrus yang berdekatan anda!. 
Jom Gi Kuliah UAI !~


Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Bulan Oktober 2012

1 Oktober - Isnin (Tiada Kuliyah)
2 Oktober - Selasa di Masjid Pinang Merah Paka, Terengganu
3 Oktober - Rabu di Surau Bukit Bading Ajil, Trg
4 Oktober - Khamis di Surau Wan Esah, Kuala Terengganu
5 Oktober - Jumaat di Surau Pak Tuyu, K.Terengganu
6 Oktober - Sabtu di Padang Pekan Jabi, Setiu (5.30 Petang)
7 Oktober - Ahad di Surau Gelung Bilal, Kuala Terengganu
8 Oktober - Isnin di Masjid Kg. Rhu Muda, Marang, Terengganu
9 Oktober - Selasa di Masjid Jaya Gading Bt. 9, Jalan Gambang Kuantan,   

                 Pahang
10 Oktober - Rabu di UMP, Gambang, Pahang (Dibatalkan)
11 Oktober - Khamis (Tiada Kuliah)
12 Oktober - Jumaat di Masjid Munawarah Bandar Hicom, Seks 27 S.Alam 

                  (FORUM)
13 Oktober - Sabtu (Tiada Kuliyah)
14 Oktober - Ahad (Tiada Kuliah)

15 Oktober - Isnin di Masjid Simpang 4 Cenering, K. Terengganu
16 Oktober - Selasa di Masjid Pasir Minal, Kemaman
17 Oktober - Rabu (Tiada Kuliah)
18 Oktober - Khamis di Surau Belakang Stadium Negeri, K.Terengganu
19 Oktober - Jumaat di Masjid Nurul Hidayah LTAM Pulau Samak Batu 

                   Berendam, Melaka
20 Oktober - Sabtu di Masjid Negeri Shah Alam
21 Oktober - Ahad di Masjid Al-I'tisam, TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor
22 Oktober - Isnin (Tiada Ceramah)
23 Oktober - Selasa di Surau Tuan Guru Hj. Bidin, Dungun
24 Oktober - Rabu di Surau Bukit Kecik, K. Trg
25 Oktober - Khamis di Masjid Batu Buruk, K.Trg
26 Oktober - Jumaat (Raya Haji)
27 Oktober - Sabtu di Masjid Pulau Ketam, K.Trg
28 Oktober - Ahad di Surau Ladang, Kuala Terengganu
29 Oktober - Isnin di Masjid As-Salam Pengkalan Chepa, Kelantan
30 Oktober - Selasa (Tiada Kuliyah)
31 Oktober - Rabu di Masjid Pengadang Baru, K.Trg

Antara Poster Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Pahang, Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur

Dijemput saudara yang berdekatan untuk hadir ke majlis ilmu yang dilangsungkan berdekatan masjid-masjid dan surau-surau tuan puan. Tidak kira sama ada ia disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus ataupun orang lain. InsyaAllah. 

Kredit Ustaz Azhar Idrus (Original)
Jadual Ceramah Agama Ustaz Azhar Idrus Bagi Bulan Oktober 2012, Ceramah/Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Selangor Oktober 2012, Kuliah dan Ceramah Ustaz Azhar Idrus di TTDI Jaya, Jadual dan Lokasi Kuliah Ustaz Azhar Idrus bulan Oktober 2012,
Jadual Ceramah Ustaz Azhar Idrus 2012.

Khamis, 4 Oktober 2012

Ke Kolam Renang Presint 6, Putrajaya Swimming Pool

Kolam Renang Presint 6 di Pusat Sukan Air Presint 6, Putrajaya
Setelah plan dan rancang akhirnya, Defarhano dan kawan-kawan ofis jadi juga meneruskan aktiviti belajar berenang di Kolam Renang Presint 6, Putrajaya... errr... belajar ke??? (",) so sweet...
Tiket Masuk ala-ala Masuk taman tema plak...
Takdelah, kitorang pergi bertiga di kala seorang lagi tewas sebelum perjuangan bermula.Jadual penggunaan kolam renang ni kalau tak silap ada 4 sesi, kitorang guna sesi ke 4 dari jam 8.00 malam hingga 10 malam. Ini adalah kali kedua kitorang pergi ke sini. Kira setahun sekali lah... (",)

Tapi selepas ni perancangan nak pergi swimming pool ni lebih kerap lagi... harap-harap menjadi lah kan...

Maklumat mengenai Kolam Renang di Putrajaya
Harga Tiket

Tiket Masuk Dewasa RM2 / 2 Jam @ 1 Sesi
Tiket masuk Kanak RM 1 / 2 Jam @ 1 Sesi

Waktu Operasi
Sesi 1 : 9.00 pagi - 11 pagi
Sesi 2 : 1.00 petang - 3.00 petang
Sesi 3 : 5.00 petang 7.00 malam
Sesi 4 : 8.00 malam - 10.00 malam

Selain di Kolam Renang di Presint 6, terdapat juga
Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 16, Kolam Renang Presint 9, Kolam Renang Presint 11.

Panduan Lokasi Jalan ke Kolam Renang Presint 6 Click Here
Komen Defarhano: Walaupun dah terlambat nak jadi atlet seperti Pandalela Rinong, tapi dapat jadi macam Malik Maidin pun jadi lah kan... HeHeHe... Next ada sesiapa nak join???

Rabu, 3 Oktober 2012

[Kemalangan Motosikal] Sport Rim Melambung di Jalanan


Semalam selepas habis waktu kerja defarhano singgah ke Bank Islam di Anjung, Parcel E, Putrajaya kalau tak silap. Memang takda orang lah kan selepas waktu kerja, orang yang tengah gune cash deposit machine (CDM) kat depan plak, lambat...mungkin banyak masukkan bayaran ke akaun Bank Islam orang lain kot...Lama jugalah menunggu dapat turn.

 Selepas selesai dari Bank Islam, hajat di hati nak menuju ke Maxis Services Centre Alamanda, nak ambil semula nombor hp abang yang hilang... sekali tengah otw ke sana, masuk bulatan Putrajaya yang besar tu... nampak pulak sport rim motor melambung tinggi kat tengah jalan... pelik juga kan... rupanya ada kemalangan di didepan tu...

 Penunggang motor tu keadaan dia agak kritikal, kerana terbaring di tengah jalan tidak sedarkan diri dengan kesan darah mengalir di kepala...helmet terpelanting ntah kemana... defarhano tak tahu macam mana kemalangan tu boleh berlaku, sebab sewaktu kejadian, defarhano masih dibelakang... (",)

 Kat situ pulak, ada perempuan yang bawa Saga BLM berhenti beberapa meter dari motor dan mangsa yang terbaring... Ada bro tu cepat call minta bantuan, nasib ada yang tahu nombor kecemasan mana yang nak didail... lepas setiap lima minit RELA, POLIS dan Ambulan pon sampai untuk bantuan... (",)

 Perempuan Saga BLM tu, beritahu yang dia kata dia tak langgar, tiba-tiba LC terbabas depan kereta dia... pastu defarhano cakap...rileks ceritakan yang benar dalam laporan nanti...jangan risau... sebab kawan defarhano ada juga yang langgar orang dan mangsa mati...tapi yang benar tetap benar...(",)

Keadaan Motor : Rim Belakang bengkok, dan set depan motor pecah dan bla..bla..bla..
Keadaan BLM : Tiada apa-apa kesan...
Keadaan Mangsa : Semoga Allah menyelamatkan beliau...

 Siapa yang bersalah, atau siapa yang betul... Tuhan sahaja yang tahu... macam² kita boleh klafikasikan... 
- Langgar lari? 
- bergesel dengan Saga BLM? 
- Saga BLM yang Langgar motor LC tersebut? 
- Hilang Imbangan? Sebab LC tu bawa 2 biji Sport Rim dalam kotak.

 Biarlah polis siasat perkara tersebut, sebab Putrajaya dikelilingi dengan Kamera Litar Tertutup CCTV...
cuma sama-samalah kita pandu dan bawa motor dengan cermat dan berhati di jalanan....
 Komen Defarhano : Takut tengok kejadian haritu, sebab sejak terlibat dengan kemalangan 2008, terus fobia dengan darah dan bunyi bising(horn, ekzos) di jalanan. yang pasti saya bukan saksi kejadian... (",) dan yang melambung tu adalah Sport Rim dalam kotak yang dibawa oleh LC, bukan Sport Rim pada tayar...