Header Ads

Semakan Indeks Pencemaran Udara Online - Bila Jerebu Melanda

Masalah jerebu sudah menjadikan Malaysia seperti negara empat(4) musim iaitu di antara musim yang ada di Malaysia ialah Musim Hujan, Musim Panas, Musim Buah dan Musim Jerebu akibat pembakaran dari negara jiran kita.

Keadaan Jerebu yang melanda Malaysia sebahagian Pantai Barat Malaysia khasnya semakin berada pada tahap kualiti udara tidak sihat, walaupun Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak melebihi 200, iaitu kadar yang boleh menyebabkan sesi persekolahan ditutup, namun jarak pemandangan bagi saya sendiri yang mengalaminya mendapati pandangan terbatas pada kadar 100-300 meter sahaja, dengan bau udaranya disertai asap kebakaran dari negara jiran kita Indonesia.

Berikut merupakan Status Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan pada pagi ini.


IPU Beberapa bandar
Putrajaya - 163
Banting, Selangor - 175
Pelabuhan Klang, Selangor - 162
Nilai, Negeri Sembilan - 170
Batu Muda, Selangor - 156


Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi Nilai, Negeri Sembilan dan Wilayah.


Semakan Indeks Pencemaran Udara secara online boleh dilihat pada Portal Kerajaan Air Pollutant Index of Malaysia atau pun Semakan IPU Online
Sempena musim jerebu ini, marilah sama-sama kita berdoa supaya hujan turun dengan lebat, dan banyakkan minum air suam untuk mengelakkan sakit tekak dan sakit-sakit lain.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.