Header Ads

Fadhilat Solat Terawih di Bulan Ramadhan PALSU?

Assalamualaikum dan selamat berpuasa buat saudara2 Islam yg sama2 menunaikan rukun Islam ketiga...menjelang hari kedua berpuasa, terdetik di hati saya untuk mengooggle kan diri mencari fadhilat solat terawih malam-malam ramadhan seperti yg saya dengar/tahu sebelum ini...

Tetapi, sy terbaca 1 artikel yang mengatakan hadis tersebut adalah palsu...ianya telah disebut di dalam Laman Web MUFTI Terengganu...

"Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
 · Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini

Syukur alhamdulillah disebabkan sy telah sedar selama ini saya mengikut fadhilat yg menjanjikan pelbagai keistimewaan malam-malam ramadhan sedangkan ianya telah dijelaskan di laman mufti tersebut...mari baca sama2 untuk maklumat lanjut...

http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06

Selamat Berpuasa....

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.