Jumaat, 31 Disember 2010

FILEM PECAH PANGGUNG 2010

Nampaknya 2010 bakal melabuhkan tirainya begitu juga dengan dunia perfileman tanah air yang begitu meriah sekali pada tahun 2010 ini yang bangkit dengan 29 buah filem arahan pengarah tempatan berbanding 27 buah filem pada tahun 2009

Pada tahun 2010 sebanyak enam buah Filem yang berjaya mencatat kutipan melepasi angka RM4 juta melalui hasil kutipan kasar tiketnya

Berikut adalah hasil kutipan mengikut ranking pada tahun 2010.
1. NGANGKUNG - RM 8.15 JUTA
2. ADNAN SEMPIT - RM 7.66 JUTA
3.HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH - (masih lagi ditayangkan dengan kutipan sudah melebihi RM6 juta)
4. EVOLUSI KL DRIFT - RM 5.67 JUTA
5. LAGENDA BUDAK SETAN - RM 4.28 JUTA
6. JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2 - RM 4.23 JUTA

Siapa sangka Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid berjaya membuat kutipan yang di luar jangkaan sehingga kini mampu tersenyum dengan kutipan RM6 juta. Walaupun DVII masih lagi belum berkesempatan menonton filemt tersebut.

Tabik spring dekat pelakon dan krew produksi Filem Ngangkung yang berjaya membuat kutipan RM8.15 juta, satu rekod baru industri perfileman tanah air yang juga memecahkan rekod kutipan Filem Adnan Sempit RM7.66 juta pada awal Januari 2010 yang lalu melalui Syarikat Produksi yang sama iaitu MIG dengan penerbitnya David Teoh.

Semoga 2011 industri perfileman tanah air bertambah maju dan berkualiti bagi menarik pengunjung menonton di pawagam.


UPDATE TERKINI : Kutipan Semasa Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Ngangkung, Damping Malam, Aku Masih Dara, Janin dan Aku Tak Bodoh

Ucapan Tahun Baru 2011

DVII ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 dalam suasana yang aman damai dan harmoni buat seluruh rakyat Malaysia & bloggers yang bersatu hati dan jiwa membanggakan nama Malaysia tercinta di persada dunia. Semoga kejayaan yang dikecapi secara individu ataupun negara pada tahun 2010 yang bakal melabuhkan tirainya beberapa jam sahaja lagi akan menjadi pemangkin kejayaan kepada kita semua untuk berusaha dengan lebih kuat dan gigih di masa hadapan.


Segala perkara yang tidak negatif dapat dijadikan tauladan dan sempadan kita supaya lebih matang mengharungi liku-liku kehidupan dalam dunia fatamorgana ini. Tinggalkan keburukan dan carilah kebaikkan...Majukan diri sendiri untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Buat yang keluar ke mana-mana tapak sambutan tahun baru pada malam ini, supaya selamat pergi dan balik. Elakkan terjebak dengan perkara yang tidak baik dalam gejala sosial, lumba haram, maksiat semakin berleluasa dan kes buang bayi masih tidak henti-henti. Semoga 2010 menjadi penamat kepada kejadian buang bayi dan segala kes gejala sosial kita tinggalkan pada tahun 2010.


HAPPY NEW YEAR 2011
SELAMAT TAHUN BARU 2011

Jom ke Sambutan Ambang Tahun Baru 2011 di I-City, Seksyen 7, Shah Alam

Salam...
Hari ini DVII berkesempatan untuk update blog...sebab hari ini kan MALAYSIA diberi cuti umum disebabkan kehebatan pasukan Harimau Malaya membaham Garuda di Final Piala Suzuki AFF 2010 yang membuktikan MALAYSIA adalah JUARA BARU ASIA TENGGARA... eh...DVII tercerita pasal bola pulak...

Sebenarnya nak cerita tentang konsert sambutan ambang tahun baru, kat mana nak sambut ya?...Abang DVII ajak pergi ke I-City, Shah Alam...DVII fikir apa yang ada, lampu-lampu adalah...hehe...so agak-agak ada tak sambutan ambang tahun baru 2011 di sana?? mestilah ada kan...DVII dah dapat info, siap ada Konsert artis terkenal tanah air lagi, letupan bunga api sana-sini, bazaar dan pelbagai gerai diadakan...Semuanya bermula jam 4.00 petang ini sehingga 12 malam. Jadi??? kenalah pergi awal kalau tak nak tersesak dengan 'jammed'.

Sapalah artis terkenal yang bakal membuat persembahan malam ini ya???

Kalau Sambutan Ambang Tahun Baru 2011 di Dataran Merdeka, anjuran AMBANK yang dinamakan Konsert Ambang 2011 bermula jam 8.00 malam...DVII 'confirm' tak pergi...masuk dataran 'jammed' dah pasti...Antara artis yang akan membuat persembahan pada konsert termasuk Mizz Nina, Amy Search, pemenang Malaysia Idol 2 Daniel Lee, Datuk David Arumugam, Ramlah Ram dan Pop Shuvit. Penonton juga akan berpeluang menyaksikan persembahan Tarian 1Malaysia, tarian kebudayaan Melayu dari penari DBKL, tarian Cina dari kumpulan CN Dansez, dan tarian India dari Vehaar Arts. Selain itu, turut dipersembahkan pada malam itu ialah tarian Bhangra oleh kumpulan Gold Kartz, tarian Orang Asli (kumpulan Mah Meri) dan persembahan dari kumpulan The Singing Shop dan Orkestra DBKL.

DVII harap Konsert Sambutan Ambang Tahun Baru 2011 di I-City lagi meriah dengan artis terkenal...hehehe....ok...Jumpa Di Sana yer.....DVII nak klik2x banyak2x nanti DVII upload kat sini yer,....ok

Khamis, 30 Disember 2010

MALAYSIA JUARA : JUMAAT 31 DISEMBER CUTI UMUM!!!

Sebentar tadi Utusan Online telah update berita dari Perdana Menteri Malaysia meraikan kejayaan Skuad Negara Muncul Juara Piala Suzuki AFF 2010 dengan memberi cuti UMUM pada Jumaat 31 Disember 2010.

"Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010."

Rabu, 29 Disember 2010

MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010

We are the CHAMPION!!! 
Wi Ra DAn CHAMPION!!!
Tahniah MALAYSIA!!! Jaguh Asia Tenggara!!!


Sekalung tahniah buat skuad Malaysia Harimau Malaya yang telah berjaya menamatkan penantian 14 tahun untuk bergelar juara baru Piala Suzuki AFF 2010 di hadapan penyokong fanatik Indonesia walaupun Malaysia tewas 1-2 di Stadium Gelora Bung Karno dalam perlawanan akhir sebentar tadi.

Malaysia Juara dengan argegat 4-2 mengatasi Indonesia membuatkan Indonesia kempunan kejuaraan Piala Suzuki buat kali keempat bergelar naib juara setelah mara pada 2000, 2002, 2004 dan 2010. Malaysia pula naib juara 1996 edisi sulung dan muncul juara pada 2010 sebagai Juara Baru Asia Tenggara keempat.

Malaysia memperoleh gol melalui jaringan Safee Sali di separuh masa kedua untuk mendahului Indonesia 1-0, dan seterusnya Indonesia berjaya menghasilkan 2 biji gol untuk "menang dalam kekalahan" di Gelora Bung Karno melalui Mohamad Nasuha pada m-72 dan gol sendiri pertahanan Malaysia Mohamad Muslim Ahmad m-88 (biasa sepakan lawan).

Tahniah buat Khairul Fahmi yang berjaya menafikan sepakan penalti Indonesia di separuh masa pertama apabila bola terkena tangan pertahanan Malaysia. Sepakan penalti gagal disempurnakan oleh Firman Utina dan disebabkan itu, gagal mengubah corak dan rentak permainan Indonesia.

TAHNIAH MALAYSIA!!! Penantian 14 tahun berakhir di Bumi Garuda....


MALAYSIA CHAMPIONS 
SUZUKI AFF CUP 2010


Selasa, 28 Disember 2010

Arsenal 3 - Chelsea 1...Chelsea tumbang lagi...

Arsenal  3
Song  m'44
Walcott m'51
Fabregas m'52


Chelsea 1
Ivanovic m'57




DVII nak ucapkan tahniah buat skuad Arsenal disebabkan berjaya meneruskan penderitaan skuad Chelsea pada musim ini. Musim Tahun baru 2011 yang suram disambut oleh skuad Chelsea apabila tewas 1 -3 di Emirates Stadium dan Arsenal menamatkan 5 perlawanan tanpa menang bertemu Chelsea dengan keputusan yang memberansangkan di gelanggang sendiri.

Untuk berita lanjut sila ke FULL MATCH REPORT

Isnin, 27 Disember 2010

1st Final Piala Suzuki AFF 2010 : Malaysia 3 Indonesia 0.

TAHNIAH buat skuad kebangsaan Malaysia yang digelar Harimau Malaya kerana berjaya menjinakkan dan membaham 'Sang Garuda' dari Indonesia dengan rakus sekali di Gelanggang perlawanan Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2010 yang pertama Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam tadi dengan jaringan Malaysia 3-0 Indonesia.

Perlawanan yang dikuasai sepenuhnya oleh pasukan Malaysia disudahi dengan keputusan yang cemerlang di akhir perlawanan, walaupun diganggu dengan perlawanan terpaksa dihentikan lebih kurang 5 minit disebabkan reaksi pengadil yang 'melayan' permintaan penjaga gol Indonesia, Markus mendakwa matanya dipancarkan laser hijau oleh penyokong Malaysia. pada m-53 setelah berkali-kali memberitahu pengadil perlawanan dari awal perlawanan mengenai tindakan laser tersebut. Lebih kurang 2-3 kali Malaysia mendapat sepakan percuma atau sepakan penjuru, Markus akan memberi alasan kepada pengadil matanya dipancarkan sinaran laser. tetapi perlawanan diteruskan setelah pengadil memberitahu pegawai keselamatan pada malam itu. Disebabkan tidak tahan @ mengada-ngada, m-53 Markus akhirnya mengajak rakan-rakannya meninggalkan padang untuk memboikot perlawanan itu. Perlawanan dihentikan untuk beberapa minit.

Setelah permainan bersambung, Malaysia terus mengambil kembali sepakan percuma di mana perlawanan dihentikan tadi dan membuat asakan ke kubu Indonesia dan akhirnya tak sampai 2 minit Malaysia mendapat gol melalui larian cantik Nor Shahrul Idlan Talaha dari penjuru kanan gawang yang menewaskan 2-3 pemain pertahanan termasuk Mamam Abd Rahman dan melorongkan kepada Safee Sali untuk penyudah yang cukup cantik meletakkan Malaysia 1-0 di depan. Para pemain Indonesia tergamam dengan gol tersebut yang mana pertahanannya kucar kacir.

Malaysia mengasak lagi melalui Nor Shahrul Idlan Talaha melalui penjuru kanan gawang dengan larian cantik dan membuat rembatan ke arah gawang, dan biasan tersebut disudahi rembatan m-68 padu ke gawang gol oleh Ashari yang masuk menggantikan Amirulhadi Zainal di separuh masa kedua. Malaysia 2-0 Indonesia.

Malaysia semakin mengganas di depan penyokong sendiri dengan asakan yang bertali arus dan Indonesia dilihat seolah-olah hilang punca semenjak perlawanan bersambung. (itulah....sapa suruh berhentikan perlawanan!) seterusnya hasil hantaran lambung dari tengah padang oleh Mahali ke kotak penalti, Safee sali tidak mensia-siakan peluang yang terbuka untuknya menanduk masuk gol ketiga Malaysia tanpa dicabar mana-mana pemain Indonesia. Malaysia 3-0 Indonesia. Malaysia semakin gagah dengan mengharungan 8 minit masa tambahan + masa kecederaaan disebabkan perlawanan dihentikan tadi. 

sumber gambar : berita harian

Sepatutnya Malaysia dihadiahkan sepakan penalti pada minit-minit akhir disebabkan Markus menjatuhkan Kunanlan di dalam kotak penalti, tetapi pengadil dari Jepun hanya memberikan sepakan gol kepada Indonesia. Tahniah buat MALAYSIA berjaya membuktikan dan membalas dendam kekalahan 1-5 di Stadium Gelora Bung Karno tempoh hari dengan jayanya di hadapan puluhan ribu penyokong yang menbanjiri Stadium Bukit Jalil. Dengan kelebihan 3 gol ini Malaysia akan menentang Indonesia di Perlawanan Akhir kedua di Gelora Bung Karno pada 29 Disember ini dengan diiringi doa dan harapan dari seluruh rakyat Malaysia. Semoga penantian Malaysia selama 14 tahun di Piala Suzuki AFF berakhir dengan kejayaan yang gemilang!!! Insya Allah...


1st Final Piala Suzuki AFF 2010
Malaysia 3 vs Indonesia 0
Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia
26 Disember 2010

2nd Final Piala Suzuki AFF 2010
Indonesia ? vs Malaysia ?
Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia
29 Disember 2010

Jumaat, 24 Disember 2010

Bayar sebelum Dipotong!!!


DVII baru sahaja menyelesaikan BILL MAXIS BROADBAND secara online, ini disebabkan DVII terbace di blog akak ipar yang dia baru bayar bill beberapa hari lepas, so DVII pun bayar terus kerana takut nanti jadi macam bulan-bulan lepas. Terlupa bayar dan terus line kene 'blocked' dan caj nak bukak line balik ialah RM10...terasa rugi jer bagi 'FREE²' RM10 tu dekat Maxis yang dah sememangnye kaye....isk3x...

DVV ada lagi bill lain yang lum diselesaikan, biasalah manusia kan suka buat kerja last minutes...hehehe....esok lusa DVII akan buat bayaran...ok~


BILL bulan lepas yang telah dicaj RM10 lihat pada 'Other Changes & Credit'.




















Khamis, 23 Disember 2010

11 hari tayangan Kutipan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) Cecah Rm4.5 juta!!!

Sedang DVII membaca akhbar malam tadi, tiba-tiba DVII tertarik dengan satu artikel Disebalik Nama Usop...Siapa Usop nih sebenarnya...??? DVII tak kenal pun...Sorry! hehe...tapi bukan itu yang DVII ingin utarakan di entri ini, tetapi adalah mengenai jumlah kutipan tayangan Filem Seram Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR)...(panjangnye tajuk filem nih yer dan pelik pula...) dah berjaya mencuti hati penonton dan membuat kutipan sebanyak RM40 juta RM4.5 juta setelah 11 hari di 83 39 buah panggung wayang seluruh Malaysia...

Hanya ditayangkan di 39 buah panggung wayang sahaja sudah berjaya mengaut sehingga RM4.5 juta dalam tempoh 11 hari...hebat bukan?...walaupun pada mulanya DVII tak menjangkakan Filem Seram arahan Mamat Khalid ini berjaya membuat kutipan begitu tinggi sekali sehingga berjaya mencapai kutipan juta-juta ringgit...sehingga entri ini ditulis DVII masih belum menyaksikan filem Hantu Kak Limah ini...(esok lusa DVII mesti pergi jugak kot...hehehe)

Nampaknya kutipan Filem Aku Masih Dara jauh ketinggalan dengan Filem Hantu ini. Filem Aku Masih Dara ketika ini mengikut Fakta FINAS baru membuat kutipan sebanyak RM 890 ribu @ RM 0.89 juta walaupun ditayangkan di 56 buah panggung wayang, 17 buah panggung lebih dari Filem arahan Mamat Khalid tapi masih belum berjaya membuat hits!

Disini DVII ingin mengucapkan TAHNIAH kepada David Teoh kerana berjaya membuat kutipan PECAH REKOD untuk Filem Ngangkung yang kalau ikut Carta FINAS, RM7.77 juta, tapi DVII jangka ia ditutup setelah dicatat 8 juta kutipan...TAHNIAH....

***DVII tak tengok lagi Hantu Kak Limah Balik Rumah sebab DVII jangka tak bes...hehehe....cerita arahan Mamat Khalid macam merapu-merapu sangat-sangat...Zombie Kampung Pisang pun DVII layan tak layan...dah tengok pun tak berapa nak faham...hehehe...tapi Tahniah sebab HKLBR berjaya buat Mamat Khalid menghasilkan kutipan setakat ini 4 juta lebih...
FINAS update : Jumlah Semasa Kutipan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah & 
Filem  Aku Masih Dara

UPDATE TERKINI JUMLAH KUTIPAN FILEM 2010 termasuk Kutipan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah




Selasa, 21 Disember 2010

Tiket Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2010

1st Final Piala Suzuki AFF 2010
Malaysia vs Indonesia
Stadium Bukit Jalil
26 Disember 2010
Nampaknya harga tiket Perlawanan Akhir Piala Suzuki AFF 2010 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember ini sudah ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Sebanyak 2 versi tiket dikeluarkan iaitu 

i) RM30 untuk tempat duduk terbuka dan 
ii) RM50 untuk tempat duduk VIP. 
iii) RM5 untuk kanak-kanak.


Manakala kuota tiket pula telah ditetapkan sebanyak 72500 untuk penyokong Malaysia dan 15500 untuk penyokong Indonesia setelah perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Indonesia. Tempat jualan tiket untuk penyokong Indonesia masih lagi belum ditetapkan, manakala untuk penyokong Harimau Malaya dikehendaki membawa KAD PENGENALAN diri ketika membeli tiket...(yo...Yo...O jer...jage jualan tiketlah sangat!!!...nnt ulat tiket bersepah jugak!)...buat penyokong Indonesia jangan lupa bawa permit ya...nanti tak pasal-pasal kena tangkap pula sama pak polisi Malaysia...hehehe

Mengikut sumber para penyokong boleh mendapatkan tiket seawal jam 10 pagi Khamis 23 Disember di Stadium Bukit Jalil dan pada hari perlawanan...(itupun kalau masih ada lagi lah...kalau takda...pergilah beli dengan ulat tiket...hahahaha)

Ayuh ramai-ramai penyokong bolasepak tempatan menggegarkan Bukit Jalil...pastikan rakyat kita lagi ramai dari warga Indonesia nanti!!!

Tak Best Bila Badan...

Selamat malam buat semua! DVII nak bercerita sedikit mengenai ape yang DVII buat hari ini ya, amat-amat tak best sekali...kenapa? yerla...semalam DVII 'emcee' hari ini dah kena pergi kerja sebab DVII tak pergi ke klinik untuk sambung 'emcee' dek kerana malas nak berjumpa dengan asst. dr. di klinik berkenaan yang banyak songeh! So terpaksa lah DVII ke 'office' walaupun kesihatan badan belum fit 100%...

Sepanjang hari mata DVII berpinar, kepala pening-pening...dan juga nafas terasa macam tak cukup, badan pulak berpeluh...terpaksa juga DVII tahankan...terus stay dekat 'office' menyiapkan kerja-kerja yang perlu disiapkan... DVII nak makan pun tak lalu, dan tak tahu nak makan apa, nasiblah ada seorang sahabat DVII yang nasihatkan makan  mee hoon sup! tapi DVII cakap, xske dan takde selera....then DVII tengok ada sup daging, mungkin boleh bagi selera seperti kata sahabat DVII boleh tambah tenaga balik! huhu....jadi DVII amek beberapa suap nasi dan lauk sahaja...:-(

Menunggu waktu balik amat membosankan disebabkan keadaan badan yang tidak normal...paling tak best, dah pukul 5 'lebey' ada pulak panggilan masuk minta tolong baiki komputer! huh...tolong jer lah!!! walaupun DVII dah bersiap sedia untuk beransur pulang... DVII singgah ke Alamanda dan parking di Level P6 disebabkan keadaan parking yang penuh...maklum lah, kakitangan kerajaan di Putrajaya baru sahaja dapat gaji pada 20hb kan...:-) DVII berjalan-jalan tengok kot2 ada peluang kerja part-time...hehehe...mula-mula DVII tengok dekat Mc'Donalds, lepastu RasaMas, A&W, semua memerlukan pekerja sambilan / part time crew...'then' DVII menuju pula ke Burger King...pun sama ada jawatan kosong untuk part time crew, management trainee.... tapi DVII usha dari luar je...takde pergi isi borang apa-apa pun...hehe....kemudian setelah hampir 2 jam berlegar di Alamanda DVII balik dengan bekalan Mi Goreng Maggi...lama dah xmakan Maggi!!!huhu.....

Sampai kat rumah pun, kepala masih lagi pening-pening...kenapa lah agaknya...rasa-rasa macam tahu jer kenapa...hehe...takpa...tengok esok lusa macam mana pulak ya....

Isnin, 20 Disember 2010

Apabila demam melanda!

Nampaknya setelah beberapa hari demam melanda badan DVII, masih belum kebah sepenuhnya...DVII terpaksa pergi ke klinik hari ini untuk mendapatkan 'emcee' :) dapatlah mc untuk 1 hari. Harap esok dah sihat sepenuhnya sebab dah x sanggup duk sakit2 kat rumah, kepala pening2, badan sakit2..nasiblah bukan demam denggi...mintak-mintak lah dijauhkan...sebab tak nak DVII kena demam denggi lagi, dah penah kena 2005 dulu...boleh kurus woo... lagipun sekarang ramai yang kena demam denggi di kawasan DVII ni, nama sahaja Putrajaya, tapi sarang nyamuk juga...hehehe. :-( 

Kerja kat 'office' DVII pun banyak juga, nasiblah ada 'partner' kat 'office' tu yang 'cover' tempat DVII :-) Minggu ini dah mula kemasukkan 'student' semester baru ke Universiti, so dah agak sibuklah kat 'office' DVII nampaknya. Tapi DVII rasa, DVII perlu rehat sepenuhnya sebelum kembali bekerja sebab taknak lepas 2-3 hari bekerja, badan Demam kembali...huhu....

Sijil Cuti Sakit 20 Disember 2010 :)
Semoga demam DVII kebah hari ini juga...:-)

Indonesia bertemu MALAYSIA di Final Piala Suzuki AFF 2010 setelah menumpaskan Filipina 1-0 (argg. 2-0)

Indonesia sekali lagi akan bertemu Malaysia di pentas perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 setelah menyingkirkan Filipina 2-0 menerusi argegat pada saingan separuh akhir semalam.

Ini merupakan peluang bagi skuad Malaysia membalas dendam kekalahan 1-5 kepada Indonesia pada peringkat kumpulan yang lalu. Indonesia akan ke Malaysia pada 24 Disember untuk membuat persiapan perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil pada 26 Disember 2010. Di harap para penyokong dan peminat bola sepak tanah air akan mendapatkan tiket Final Piala Suzuki AFF 2010 berkenaan untuk membanjiri Stadium Bukit Jalil bagi memberi sokongan moral, supaya skuad negara beroleh kemenangan atau kelebihan gol untuk dibawa ke Stadium Gelora Bung Karno yang diadakan pada 29 Disember nanti yang diketahui penyokong pasukan Merah Putih itu akan memenuhi segenap ruang di stadium berkenaan.

Ini merupakan pentas Final pertama Malaysia dalam tempoh 14 tahun sejak kali terakhir mara pada temasya pertama Piala ini dipertandingkan pada 1996 yang mana Malaysia tumpas 1-0 di tangan Thailand. Semoga skuad kebangsaan berjaya melakar satu lagi sejarah yang gemilang setelah menjuarai Sukan Sea di Laos tahun lalu.

Malaysia layak ke perlawanan akhir setelah menyingkirkan juara bertahan Vietnam di separuh akhir menerusi argegat 2-0 setelah perlawanan kedua terikat 0-0 di Staidum My Dinh, Hanoi dan bekalan 2-0 dari Bukit Jalil membawa Malaysia melangkah ke perlawanan akhir.

1st Final Piala Suzuki AFF 2010
Malaysia vs Indonesia
Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia
26 Disember 2010
Click Here

2nd Final Piala Suzuki AFF 2010
Indonesia vs Malaysia
Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia
29 Disember 2010

Ahad, 19 Disember 2010

Perlawanan Chelsea - Manchester United ditunda! Postponed!!!

Nampaknya segala persiapan untuk menyaksikan perlawanan yang penuh debaran malam esok tergendala.
Perlawanan Chelsea vs Manchester United di Stamford Bridge terpaksa ditunda ke tarikh yang belum dipastikan lagi disebabkan Kota London dilanda salji pada hari ini. Begitu juga perlawanan Arsenal vs Stoke City, Liverpool vs Fulham juga ditunda beserta beberapa perlawanan English Premier League yang lain.

Hanya 3 perlawanan EPL sahaja berlangsung minggu ini, iaitu
Sunderland 1 - 0 Bolton
Blackburn 1 - 1 West Ham
Man. City vs Everton on 21 Dec : 3a.m

Sumber dipetik dari laman web Man Utd.

"Chelsea game postponed
United's game at Chelsea on Sunday has been postponed.


A statement on Chelsea's official website said: "Sunday's game at Stamford Bridge has been postponed following consultation with the Police and the local authority.
"There has been heavy snow in London on Saturday."
United have confirmed that all tickets will remain valid for the new date once it is arranged."

MALAYSIA 0 - 0 VIETNAM : 2nd Leg Semi Final AFF Suzuki Cup 2010, Malaysia ke Final !!!

TAHNIAH buat skuad MALAYSIA yang berjaya mengikat skuad Vietnam seri 0-0 di My Dinh National Stadium, Hanoi, Vietnam malam tadi...tiada jaringan berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan. Malaysia mengamalkan permainan bertahan untuk mengelakkan lawan mendapat gol dan memadam defisit 2 gol Malaysia di Bukit Jalil tempoh hari.

Pertahanan Malaysia bekerja keras menahan asakan bertali arus dari tuan rumah. Peluang terbaik Malaysia menjelma pada 10 minit terakhir permainan ketika Vietnam bermain dengan 10 orang pemain kerana seorang pemain mereka dibuang padang akibat membuat 'diving' bagi memperdaya pengadil di dalam kotak penalti Malaysia. Amri Yahya yang masuk sebagai pemain gantian, gagal menyudahkan peluang yang terhidang berjaya di tepi penjaga gol Vietnam.

Malaysia akan bertemu pemenang di perlawanan AKHIR Stadium Nasional Bukit Jalil 26 Disember 2010 antara Filipina vs Indonesia yang bakal diketahui esok. Dan Malaysia juga perlu bertandang ke Pasukan perlawanan akhir tersebut pada 29 Disember, kerana Perlawanan Akhir dibuat secara timbal balik. Home-Away Game....

Vietnam 0 - 0 Malaysia
MALAYSIA layak ke Final Piala Suzuki AFF 2010 argegat 2-0.

Tahniah!!!

** mesti coach Vietnam bosan disebabkan gagal menembusi gawang Malaysia setelah bertali arus menyerang...hahaha
** DVII tak sihat, so lambat update, dan kurang pengisian...sorry...

Sabtu, 18 Disember 2010

Konsert percuma Artis Popular buat penyokong Astro Ria

Menjelang akhir tahun 2010 yang akan tiba beberapa hari lagi, nampaknya rakyat tempatan akan disajikan dengan hiburan percuma dari pihak Astro sebagai membalas budi pelanggan dan penyokong Astro Ria.

Konsert ini akan menampilkan artis-artis popular tanah air Malaysia dan dari seberang Indonesia
yang akan bergabung berkongsi satu pentas untuk membuat persembahan pada hari esok 19 Disember 2010. Ianya diadakan di I-City, Seksyen 7, Shah Alam yang bermula jam 6 petang.

Antara artis yang akan membuat persembahan pada Konsert Ria 2010 esok terdiri daripada Ahmad Dhani dengan penampilan khas kumpulan T.R.I.A.D & The Lucky Laki serta penyanyi-penyanyi popular tanah air seperti Anuar Zain, M. Nasir, Datuk David Arumugam dan Misha Omar.

Aizat, Black, Meet Uncle Hussein, Project Pistol, Tilu, Altimet, XPDC, Saleem, AC Mizal dan One Nation Emcee juga turut menceriakan pentas Konsert Ria 2010 nanti.

Turut membuat persembahan ialah bintang Akademi Fantasia kesayangan ramai seperti Mawi, Stacy, Hafiz, Akim, Aril, Shahir dan Adira.

Terdapat pelbagai program dari Saluran Astro yang akan dipersembahankan esok secara live kepada semua peminat hiburan tanah air, di antaranya Akademi Fantasia 8, Kau dan Aku musim kedua, Mari Menari, Raja Lawak, Anda Ada 60 Saat dan tidak ketinggalan Kamilah Bintang.

Untuk maklumat lanjut, klik sini.

Mari ramai-ramai gegarkan I-City petang esok, bagi 'jammed' jalan kat sana....huhuhu



Super Sunday Match : Chelsea vs Manchester United @ Stamford Bridge

19 Disember 2010 merupakan tarikh yang pasti ditunggu-tunggu oleh peminat bolasepak Liga Perdana Inggeris (English Premier League) kerana pertembungan Manchester United bertandang ke Stamford Bridge menentang juara bertahan Chelsea. Manchester United yang masih belum kalah dalam liga setakat ini berjaya mendapat suntikan aura mengatasi Arsenal 1-0 di Old Trafford minggu lalu dan merampas takhta liga perdana. Sedangkan Chelsea pula masih tercari-cari rentak kemenangan kerana hanya mampu mengutip 6 mata dari enam perlawanan liga, tetapi Ancelotti telah memberi amaran bahawa anak buahnya telah bangkit dari musim suram apabila berjaya mengikat Tottenham Hotspurs pada separuh masa kedua 1-1 minggu lalu.

Dengan Manchester United ingin meneruskan rentak tanpa kalah dalam liga dan telah mengutip 20 mata dari 8 perlawanan, pasti satu perlawanan menarik akan dapat disaksikan malam esok. DVII berharap skuad kesayangan DVII iaitu Red Devil menang mengatasi Chelsea malam esok dengan menamatkan kemarau kemenangan di Stamford Bridge sejak 8 tahun lalu. Semoga gandingan Rooney-Berbatov menjadi malam esok untuk memecahkan kekebalan gawang Chelsea yang dikawal oleh Peter Cech.

Chelsea pula dijangka diperkuatkan dengan kepulangan Frank Lampard ke dalam skuad utama setelah berehat panjang, masuk sebagai pemain gantian menentang Spurs minggu lalu sebelum turun bagi mencari kemenangan pertama Chelsea malam esok.

*** DVII harap Ji-Sung dapat jadi pemusnah Chelsea setelah berjaya menundukkan keegoaan Arsenal di Old Trafford minggu lalu. Glory-Glory Man. United!!! Sama-sama kita nantikan dengan harapan keputusan perlawanan Chelsea vs Manchester United ini akan berpihak kepada Red Devil!!!

Chelsea vs Man. United Online Streaming Live Match at p2pstation tomorrow night.

Demam & Kenduri Kahwin Ernie

Salam selamat pagi wat semua yang singgah, DVII dari malam tadi agak kurang sihat, badan-badan terasa sejuk sangat-sangat walaupun mempunyai lemak badan yang banyak...hehehe...rasa nak demam agaknya, so tidur pun awal...(wah....bosannya)
Pagi-pagi DVII bangun, Keluarga DVII dah keluar untuk membeli barang-barang masakan/barang dapur gitue..di Pasar Borong Selangor yang terletak di Puchong. DVII duduk rumah saja, sebab tak larat...

Sebenarnya hari ini DVII ada Jemputan Majlis Kenduri Kahwin kawan zaman sekolah teknik dulu yang berlangsung di Maktab PDRM, Cheras pada hari ini 18 Disember 2010...so macam mana ya? badan tak sihat nih, MyLove pon takde kat sini...:( tengoklah, kalau DVII larat, nanti DVII pergi lah ke sana..kalau DVII tak pergi, DVII kirimkan doa dan ucapan Selamat Pengantin Baru buat Achik @ Ernie Haryana dengan pasangannya semoga berbahagia ke akhir hayat. Amin...

Jumlah Keseluruhan Kutipan Filem 2 Alam RM440 ribu, bukan juta ok!

Jumlah Kutipan Akhir Filem 2 Alam Arahan DDr - Dr. Rozmey 'update' terkini dari FINAS, ialah sebanyak RM440,000 ribu sahaja. @ RM0.44 juta, tak balik modal langsung untuk Filem tersebut yang menelan belanja sebanyak RM1.51 juta kos produksi. Semoga dR. Rozmey tabah dengan hasil kutipan filem 2 Alam ini ya, cuba lagi untuk menghasilkan Filem yang sangat-sangat berkualiti supaya dapat menarik orang ramai tanpa iklan / promosi yang melampau...OK...Selamat Maju Jaya!




Update Terakhir
Jumlah Kutipan 2 Alam 16 Disember 2010

**Jumlah sebenar kutipan 2 Alam di laman web FINAS
p/s : baik ramai-ramai bagi sokongan kat Filem Ngankung pecah rekod industri perfileman tanah air untuk 8 juta!!! masih ditayangkan di pawagam berdekatan anda!

Jumaat, 17 Disember 2010

DVII dah tengok Aku Masih Dara...anda bila lagi....cepat² kasik pecah panggung...

Tiket Aku Masih Dara
Aeon Bukit Tinggi Klang
Pagi ini DVII sambung pula mengenai kisah semalam, yang mana DVII pergi beli tiket Filem Aku Masih Dara tayangan 1st jam 5.30 petang dan DVII sampai jam 4.00 petang di TGV Bukit Tinggi Klang dengan MyLove, setelah selesai membeli tiket tersebut, terus berjalan-jalan disebabkan masa yang terlalu panjang...
The Body Shop
Sementara menunggu jam 5.30 tu, sempat lagi lah berjalan-jalan di dalam tu, singgah² ke The Body Shop untuk tengok set perfume yang sesuai dibuat hantaran,hadiah dan sebagai nya...kami survey-survey ape yang patut di dalam Aeon tu....

Jam 5.30, Seterusnya DVII dan MyLove terus pergi ke TGV sebab dah terlewat pula masuk, so kami masuk-masuk pun tak ramai orang, disebabkan jam 5.30 ramai yang belum pulang bekerja lagi, cuba pergi malam hari confirm penuh... di awal penceritaan Aku Masih Dara jer dah memaparkan suasana 'clubbing' disko...huhu..dasyat²...layan punya layan...memang best cerita nih, tapi Farid Kamil bukanlah pelakon utama...watak utama dipegang oleh Ashraf Muslim yang membawa watak Firdaus...tapi dialog Farid Kamil boleh tahan juga...nak tau? tengok lah sendiri ya...memang DVII galakkan semua orang pergi menonton dan menghayati kebaikkan Filem ini, bukan kejahatan dia tau.....cuma mintak² sangatlah watak Hani dan Aleesya  tu tidak dijadikan teladan, kalau watak Raja Farah, Sofea tu...nak tiru bulat² pun takpa...amik yang ending sahaja tau....:) sebab sejahat-jahat dia pun dia boleh menerima dan terpanggil untuk kembali ke jalan yang benar...dan bila dihasut oleh Aleesya dan Hani pun dia tetap berpegang kuat untuk terus meninggalkan segala kejahatan dan kemaksiatan yang telah dia buat..."tetap menjaga dara" pergh...bagus²...tapi nasib malang menimpa Aleesya yang tertekan kerana Sofea mengikut Firdaus pulang ke kampung untuk mendalami ilmu agama, dan Aleesya terus hanyut apabila mengikut Hani ke pesta liar, private party di rumah Zach @ Farid Kamil...faham² jer la kan...kalau dah Private Party tue....:) Daranya diragut malam itu juga...dan seterusnya?....dijemput anda semua ke pawagam berdekatan...hehehehe....

Setelah selesai tengok, terus mencari Mc'Donalds disebabkan MyLove amat lapar...hehehe...TQ, MyLove sebab belanja...besnyer...:)

MyLove Tak Sihat, Bintang bertukar Giant, Aku Masih Dara...


Hari ini selepas DVII dapat status 'emcee' dari klinik dan diistiharkan Cuti Sakit, DVII pergi ke Shah Alam, untuk membawa MyLove yang tak berapa sihat ke klinik pula dalam jam 12 tengah hari. Sesampainya di sana terus pergi mencari tempat untuk 'lunch'...Kami 'lunch' di Restoran Ani Sup Utara di Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam. MyLove makan nasi bubur pun tak habis dan terpaksalah DVII habiskan dengan senang hati :).


Kemudian baru lah pergi ke klinik, tetapi MyLove buat keputusan untuk pergi ke Pusat Kesihatan UiTM @ PK di dalam Kampus UiTM Shah Alam, jadi terpaksa DVII memandu 'SkyLine' MyLove ke kampus UiTM. Pemeriksaan selesai dalam masa 30 minit dan seterusnya pergi ke Guardian untuk mencari ubat sampingan MyLove, tau ke Guardian Pharmacy tu dekat mana? terletak di dalam Bintang @ Pusat Komersial tu lah...Owh..rupanya Bintang sudah diambil alih oleh Syarikat Giant Superstore yer...sebab habis semua backdrop kat Bintang tue berlatarbelakang kan Hijau Kuning...huhuhu....tapi nama Pasaraya Bintang masih dikekalkan, tak tahulah sampai bila...:)


Setelah selesai DVII pun teruskan menuju ke Bukit Tinggi Klang untuk menonton movie Aku Masih Dara, walaupun pilihan utama ketika itu cerita lawak arahan Mamat Khalid yang masih belum ditengok lagi sehingga hari ini, tetapi disebabkan Aku Masih Dara 1st tayangan @ panggung wayang, jadi DVII tak lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal...

Diantara gambar-gambar yang sempat DVII 'capture' di dalam Bintang:)

Sambung...