Header Ads

Breakfast Nasi Lemak Semenyih dan Ke Kampung

gambar sekadar hiasan dari pakcik google
  
Kini aku berada di kampung, setelah semalam seharian merehatkan diri di rumah. Awal pagi lagi telah keluar dari Putrajaya melalui Semenyih dan singgah sarapan di tempat kesukaan aku dan keluarga sejak kecil lagi,(ketika tinggal di Semenyih) mesti beli Nasi Lemak dekat gerai seberang jalan berdekatan stesen bas sebelum pekan Semenyih. Mak Aji Catering kot kalau tak silap aku nama dia....

Sehingga kini masih lagi orang tu yang berniaga disitu, mak aku kata, anak dia dari dulu lagi tu...owh...baguslah perniagaan dia maju hingga kini, tengok memang ramailah orang beli, sebab sebelum ni aku memang tak sempat merasa kalau sampai situ jam 10pg...

Dalam hati aku berkata, pergh...tengok harga boleh tahan, Nasi Lemak + Kerang\Sotong RM3.80 dan Milo Panas gelas kecik tu RM1.80. Aku tengok kat Menu harga Milo Susu tu Rm1.50....tapi tak kisahlah nasi lemak dia memang sedap...tapi kenapa ye dia tak upgrade gerai makan dia yang betul-betul tepi jalan tue, tak dapat kelulusan perbandaran ke?... atau taknak menunjukkan kemajuan perniagaannya takut orang iri hati dan berhasad dengki nanti...Wallahualam....

Aku memang suggestkan orang-orang yang berdekatan Semenyih, sila-silalah singgah ye kat kedai makan ni, dekat jer, sebelum kubur kristian ke pekan Semenyih tue kalau dari arah Kajang. 

* Selepas makan kat situ, aku pergi ke Pasar Pekan Beranang, Aku konfirmlah bersiar-siar kat pasar tue, hehe...family jer yang beli dan belah sebagai bekalan di kampung (",) 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.