Header Ads

Bertugas di Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya



5 dan 6 Julai iaitu hari ini dan esok aku ditugaskan untuk ke Persidangan Kebangsaan SRI yang pertama untuk meng'kaver' kerja bahagian teknikal, walaupun sebenarnya ianya bukanlah bidang kerja aku. Tapi takpe, aku terima juga sebab jadi 'Cameraman' @ Photographer untuk 1 event yang pertama kalinya secara rasmi aku sertai.


Bukanlah tugas mudah sebab ini Persidangan Kebangsaan Pertama SRI dan aku pula tidak pernah menyertai ataupun menjadi photographer secara rasminya walaupun mempunyai sebiji kamera buruk DSLR Sony lah jenamanya ;-( 

Boss aku cakap, dengan perginya aku ke event seperti ini dapat mengembangkan networking? networking ape pun mule2 aku tak paham jugak, dah macam Multi Level Marketing pula kene bernetworking hehehe...;-) sebenarnye jaringan SOCIAL NETWORKING dapat diperluaskan dengan hadirnya aku ke majlis seperti ini.

So dah lepas la satu hari aku pergi ber'shooting' kan diri tanpa model disana dan juga tanpa gambar aku! sejarah rasanya untuk pertama kali aku pergi ke event ataupun seminar ataupun kursus yang dianjurkan tanpa gambar aku di Kamera mahupun handphone aku sendiri!...pergh...esok aku amek gambar eh!

Tau ke ape SRI tue?...System of Rice Intensification. ;-) aku pon taktau...dan takde kene mengene dengan aku, ramai yang datang tadi seluruh Malaysia, dan paling ramai dari Kedah la kan...sebab Kedah negeri Jelapang Padi!... ;-)

Esok aku nak ambil gambar aku banyak2 pulak!.

Pelan / Peta ke Palm Garden Hotel IOI Resort, Putrajaya
Klik untuk tumbesaran gambar .

2 ulasan:

  1. yehaa...org kedah mai.....mai ooo ceq mai....jamu nasi kawah...haha...tp klu putrajaya jamu nasi buffet la..keh keh

    BalasPadam
  2. @DeQWa ~
    hehe...nasi buffet ek?..
    takpa...janji sedap...;-)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.