Gambar Perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur
Peserta wanita masa perhimpunan Haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai lalu...Berani diorang turun di jalanan yer... (",)
Sabtu lepas aku memang tak pergi ke KL untuk tangkap gambar-gambar BERSIH, disebabkan aku malas nak bersesak² dan menaiki KOMUTER dan LRT STAR-RapidKL...banyak pulak kemudahan awam aku kene naik...HeHeHe...jadi ambil keputusan tak pergi!...malas nak bersesak-sesak!...
Disini aku nak kongsikan gambar gambar Perhimpunan Bersih yang berlaku di Ibukota Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 yang lepas, disamping itu iainya berlaku juga di bandar bandar utama Luar Negara.
Gambar Sasterawan Negara A.Samad Said yang turut menyertai Perhimpunan Bersih 2.0
Gambar ribuan peserta BERSIH 2.0 di hadapan Puduraya
Gambar dikatakan di hadapan KLCC
Peserta Patriot yang dapat baju FREE kot...di area Bukit Bintang...
Gambar perarakan peserta Himpunan Bersih 2.0 di Jalan Sultan , KL
Gambar abang-abang FRU yang "bertugas" pada hari kejadian perhimpunan BERSIH 2.0
Bersih 2.0 bertembung dengan pihak berkuasa simpanan polis-FRU
Antara peserta demonstrasi Bersih 2.0 yang ditahan oleh pihak berkuasa POLIS DRM.
Truck FRU sembur water cannon untuk menyuraikan keadaan peserta perhimpunan haram BERSIH.
Asap tembakan Pemedih Mata pihak polis memenuhi ruang udara KL pada sabtu lalu.
dan ada satu gambar tu, aku tengok siap berdarah-darah lagi peserta perhimpunan Bersih nih, gambar peserta tu pula sebelah Anwar Ibrahim yang dilaporkan cedera juga masa hari kejadian... tapi darah kat baju tue, edit ke...Wallahualam....
dan yang paling best tengok gambar bawah nih dah macam lautan manusia pulak kat KL hari itu...
Tapi korang ada baca tak akhbar KOSMO semalam yang menyiarkan muka utama hanya 6000 orang yang hadiri Perhimpunan Haram Bersih 2.0 ini berbanding kalau tengok di Malaysiakini yang mengatakan 50,000 orang... dah taktahu mana satu yang betul aku....
Hasil dari Perhimpunan Haram Bersih 2.0 (memang haramlah sebab tak diberi permit)...
- KL sesak, jalan tutop sana sini, kedai kebanyakkannya tutup,
- Yang nak pergi kenduri kawen terpaksa batalkan hasrat sebab trafik jammed, tiada laluan
- Highway lebuhraya ke KL sesak teruk, disebabkan laluan ditutup termasuk sekatan jalan raya
- peniaga-peniaga dikatakan kerugian pada hari tersebut...(banyak ruginya...tapi kalau yang meniaga air dan makanan, aku agak...banyak UNTUNGnya....hehehe...)
- jalan kotor, terdapat kerosakan kecil kalau taksilap aku dengar berita TV...(ada ke events yang satu sampah pun takde???)
- banyak keluar duit...(kereta² yang tersekat dalam jammed! nak kene refill minyak kereta diorang...huhu)
- pekerja yang bekerja di sekitar kawasan tersebut dapat Cuti pada hujung Minggu!...(bertuah you! bukan senang nak public holiday hari Sabtu!)
- media luar negara masuk dan sebarkan tentang kejadian Bersih kepada Negara Luar....(ada yang cakap malu, ada yang cakap baguslah kebenaran terserlah! satu dunia tahu....)
- Rakyat tunjukkan keinginan ke atas 8 tuntutan Bersih...(cari sendiri)
- ada yang luka ada yang cedera
- kerugian dan pembaziran makanan buat pihak Pengantin yang anjurkan Majlis kenduri kahwin pada 9 Julai 2011 disebabkan ramai tetamu tidak datang dan batalkan hasrat pada saat akhir.
*** wah, banyak pulak aku senaraikan....kang diorang mintak ganti rugi sebab demo bersih kat aku...padan muka aku!...hehehe...ape pon, aku Cintakan Malaysia yang aman damai dan kehidupan yang lebih selesa serta gaji yang lebih besar....! peace!
*** banyak lagi gambar-gambar lain yang korang boleh tengok di blog-blog mahupun facebook group yang diupload oleh peserta-peserta demontrasi Bersih 2.0 ini....
*** gambar ini aku copy paste dari group-group di Facebook...Kredit kepada diorang...
*** gambar ini aku copy paste dari group-group di Facebook...Kredit kepada diorang...
ramainyaaaaaaaaaa.... huhuuuu... tak terkira berapa juta bilion orang yang join BERSIH.
BalasPadam@Adylia Qarissa ~
BalasPadamramai² gitu...cuma 6000 je laporan KOSMO Ahad... (",)
tibe² fail matematik agaknye hari kira peserta perhimpunan haram BERSIH hari sabtu hari tue.....
ngeri tengok ramai sangat orang2...
BalasPadamperhimpunan bersih yang tak seberapa nak bersih...haha...
p/s: nak mintak ganti rugi bersih kat sini boleh? wink3..
fuhhhh, ramai giler. kaum wanita pon ade..hmm
BalasPadam