Header Ads

Real Steel : Pertarungan Robot Besi Terbaek!


Aku baru tengok movie Real Steel di One Utama, (",).
 Pergh, best sangat tengok Filem ini berbanding Filem-Filem yang aku penah tgk dalam beberapa hari lalu iaitu 1911 dan The Sorcerer and The White Snake. Ternyata Real Steel lagi memberi kepuasan impak maksima buat aku yang menontonnya di pawagam...

Apa yang pasti pasti akan ada susulan Filem Real Steel 2 selepas ini, disebabkan robot Champion Zeus tidak kalah di perlawanan ulung dengan Robot Sparring ciptaan si budak kecil yang dinamakan Robot Atom selepas 5 pusingan. Suka gila tengok Atom berjoget-joget ikut tuan dia. Filem macam ni, kalau nak feeling tengoklah di pawagam, kalau tengok yang download punya tak berapa nak feel, gambar tak clear, sound pun xberapa bagus...HeHe... Hari itu member terus tengok online, sangkut-sangkut lak tue... xpuas hati la kalau camtu kan... kan...kan...

  Moral dari Filem ini ialah, seberapa kuat dan gagah pun kita, kita kena berlatih dan terus berlatih, jangan jadi macam Bapa budak kecil tue, nama apa ntah, aku dah lupa... sayang gila, robot semua kuat dan gagah tapi terus masuk pertandingan tanpa cukup ilmu pasal kawalan robot. Akhirnya robot dia Ambush hancur ditangan kerbau atau lembu dan satu lagi robot dia tewas di gelanggang... Nasib dia ada anak yang bijak...Anak dialah yang membuatkan Atom lebih dari sekadar robot training...(",) best3x...terbaik untuk movie nih....5 Star! tak sabar nak tunggu Real Steel 2 keluar pula..





Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.