Header Ads

Website Rasmi FAM Digodam! Rentetan Harga Tiket Mahal!





Website rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah digodam lagi kali ini sebagai tanda protes dan rasa ketidakpuashatian di atas kenaikan harga tiket kepada RM50 untuk Final Piala Malaysia 2011 kali ini.


Antara ayat-ayat cinta si penggodam:
So hang ckp ni negara demokrasi eh? So kami tak puas kami godam ja.. Don`t blame us shithead u ask for it dlm suratkhabar ni. Penyokong bebas buat apex2 je

Terus ke Website FAM

FAM tetap dengan pendirian menetapkan harga tiket RM50 dan katanya telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBNT) dan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS). Akhirnya kelab penyokong kedua-dua negeri membuat keputusan memboikot pembelian tiket perlawanan akhir piala Malaysia kali ini, sehingga Kerajaan Negeri Terengganu terpaksa memberi subsidi 50% keatas harga tiket yang dijual di Terengganu dan akhirnya jumlah 30 ribu ianya laku macam goreng pisang panas.


Berikutan dengan hasil jualan tiket Terengganu yang habis, dan Tiket bagi penyokong Negeri Sembilan yang diboikot oleh Penyokong Setia mereka hanya sekitar 2000 sahaja yang dibeli oleh peminat. Memaksa PBNS terpaksa menjual tiket pada harga RM30 kepada penyokong, duit dari kantung PBNS sendiri, demi memastikan Stadium Shah Alam dipenuhi penyokong Hobin Jang Hobin.


Dan inilah akibatnya, terus menerus penyokong dan peminat bolasepak tanah air Malaysia memboikot, sehingga ada yang godam laman web rasmi FAM!...


Untuk update terkini perkembangan bolasepak 
Terengganu dan Negeri Sembilan di Facebook : 
GanuSoccer.Net 
n9futbol.com


FAM jual RM50 kepada PBNS, PBNT dan di Stadium Shah Alam


Kerajaan Negeri Terengganu Bagi Subsidi 50% kepada penyokong = RM25 / tiket
PBNS bagi diskaun RM20 kepada penyokong = RM30 / tiket
Stadium Shah Alam = RM50 / tiket


Ulat-ulat tiket juga yang untung di Shah Alam nanti, dapatkan stok yang banyak di Terengganu dan Paroi, kemudian jual di Shah Alam kepada penyokong dengan harga lagi bawah RM50... macam ni ke nak banteras ulat-ulat tiket??? Bijak²!!!


Kalau Harga Tiket Final Piala Malaysia sebelum -sebelum ini
2009 RM20
2010 RM30
2011 RM50
2012 RM50 sudah pasti? ke makin turun? Confirm lah makin naik, sebab 2011 jual RM50 pun penyokong mampu datang, tak kira lah duit tu dari subsidi ke, ape ke, diorang bukan fikir pun....



Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.