Header Ads

Berhujung Minggu di Kuantan


Cuti hujung minggu yang lepas aku mendarat di Kuantan, Pahang. Bertolak dari KL jam 11 malam dan sampai jam 1.30 pagi gitu.


Ini semua berlaku on the dot je, tanpa perancangan dan planning... tu yang bertolak malam tu, lagi pun anak Kakak Ipar baru lepas operation GiGi. Jadi kira waktu melawatlah kan...


Perjalanan lancar walaupun banyak kereta yang menggunakan Lebuhraya Pantai Timur mengambil peluang balik ke kampung agaknya sambung cuti sampai esok 1 Mei 2012 Cuti hari pekerja. Tapi aku tak sambung cuti pun, tak jangka pulak nak balik ke Pantai Timur.


Hari Sabtu, berjalan-jalan pula ke Pantai Teluk Cempedak atau lebih dikenali dengan TC . Kali pertama rasanya aku menjejakkan kaki ke Teluk Cempedak tu. (",)


Sebenarnya kali pertama aku singgah di Kuantan ialah waktu zaman persekolahan yang lalu, ikut serta Com Quiz Competition yang diadakan di Kuantan. Itupun pergi dengan Cikgu IT Sekolah Teknik yang bawakan. (",)
Lepas tu takda dah jalan ke Kuantan...huhuhu...


Okay, semalam hari Ahad kan, Aku balik jam 3.30 petang dari Kuantan ke KL.
Sepanjang perjalanan balik tu, aku sempat lah kira-kira Truck Polis yang lalu lalang dari arah bertentangan di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur tu menghala ke Kuantan Terengganu kot... ada dalam 32 buah Black Maria, 8 Jeep dan 9 Kuda Putih (",) yang bergerak secara konvoi berperingkat... Mungkin diorang dalam perjalanan pulang setelah beroperasi di Dataran Merdeka sempena Bersih 3.0 28 April 2012 tu kan... Bertugas di Kuala Lumpur tu, takpe Poket Tebal dapat Claim OT (",)


Jadi hari ini aku kerja masuk office dengan mood orang masih bercuti... (",)
Aku pun takde mood kerja, tapi mood nak tengok bola pertarungan hebat kat mana malam ni Manchester City vs Manchester United, nak tengok live streaming ke Manchester City lawan Manchester United ni atau ekdai mamak... dah la jam 3 pagi...? tengoklah camna keadaan nanti... zZzZz mengantuk...


~ Glory-Glory Man. United ~


* Gambar akan diupload kemudian
* Mood update blog takde, lama sangat bercuti... (",)




Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

4 ulasan:

  1. leeza penyokong man utd juga ni...
    sanggup balik dr asrama wo... stay umah nk tgk..
    ponteng perhimpunan bulanan terus chiw balik umah demi sokong MAN UTD....
    glory glory man utd.....
    haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  2. @Alieza Dayasari

    erkk...ponteng perhimpunan yer?...
    semangat2... harap2 MU menang kan....

    ~GGMU~

    BalasPadam
  3. @Adylia Qarissa
    sebab kwn kt office cuti Isnin tu, Selasa kan Cuti... jadi kena kerja la cover tmpat... (",)huhu

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.