[Kemalangan Motosikal] Sport Rim Melambung di Jalanan
Selepas selesai dari Bank Islam, hajat di hati nak menuju ke Maxis Services Centre Alamanda, nak ambil semula nombor hp abang yang hilang... sekali tengah otw ke sana, masuk bulatan Putrajaya yang besar tu... nampak pulak sport rim motor melambung tinggi kat tengah jalan... pelik juga kan... rupanya ada kemalangan di didepan tu...
Penunggang motor tu keadaan dia agak kritikal, kerana terbaring di tengah jalan tidak sedarkan diri dengan kesan darah mengalir di kepala...helmet terpelanting ntah kemana... defarhano tak tahu macam mana kemalangan tu boleh berlaku, sebab sewaktu kejadian, defarhano masih dibelakang... (",)
Kat situ pulak, ada perempuan yang bawa Saga BLM berhenti beberapa meter dari motor dan mangsa yang terbaring... Ada bro tu cepat call minta bantuan, nasib ada yang tahu nombor kecemasan mana yang nak didail... lepas setiap lima minit RELA, POLIS dan Ambulan pon sampai untuk bantuan... (",)
Perempuan Saga BLM tu, beritahu yang dia kata dia tak langgar, tiba-tiba LC terbabas depan kereta dia... pastu defarhano cakap...rileks ceritakan yang benar dalam laporan nanti...jangan risau... sebab kawan defarhano ada juga yang langgar orang dan mangsa mati...tapi yang benar tetap benar...(",)
Keadaan Motor : Rim Belakang bengkok, dan set depan motor pecah dan bla..bla..bla..
Keadaan BLM : Tiada apa-apa kesan...
Keadaan Mangsa : Semoga Allah menyelamatkan beliau...
Siapa yang bersalah, atau siapa yang betul... Tuhan sahaja yang tahu... macam² kita boleh klafikasikan...
- Langgar lari?
- bergesel dengan Saga BLM?
- Saga BLM yang Langgar motor LC tersebut?
- Hilang Imbangan? Sebab LC tu bawa 2 biji Sport Rim dalam kotak.
Biarlah polis siasat perkara tersebut, sebab Putrajaya dikelilingi dengan Kamera Litar Tertutup CCTV...cuma sama-samalah kita pandu dan bawa motor dengan cermat dan berhati di jalanan....
Komen Defarhano : Takut tengok kejadian haritu, sebab sejak terlibat dengan kemalangan 2008, terus fobia dengan darah dan bunyi bising(horn, ekzos) di jalanan. yang pasti saya bukan saksi kejadian... (",) dan yang melambung tu adalah Sport Rim dalam kotak yang dibawa oleh LC, bukan Sport Rim pada tayar...
Post a Comment