Selasa, 20 Mac 2012

Belajar Adobe InDesign Nak Buat Buletinnn.....



Hari ini dan esok Defarhano ke Kursus Adobe InDesign CS4. Jadi amat seronok belajar menggunakan Perisian Adobe Indesign ini disebabkan tak perlu masuk office buat kerja-kerja office…HeHeHe… 
(Tak perlu ke Kerja tertangguh???)

Kalau tak silap, tahun 2008 dulu pernah terlibat sekali dengan Kursus Adobe InDesign ni, tapi disebabkan tak berapa mahir dan tiada masa yang diperuntukkan untuk menghadap software Adobe Indesign ni, jadi Kursus tinggal kursus... (“,).

Software Adobe Indesign digunakan oleh mereka² yang terlibat dalam bidang penerbitan,majalah, media dan percetakan untuk menghasilkan buletin atau pun buku. (“,) Jadi bolehlah defarhano buat bulletin untuk blog ini ye tak? (“,) (Perasan!)



Nak tau hasilnya kena tunggu esok mahupun lusa... (",) Eh sekarang dah guna Adobe CS5 pun kan, tapi Defarhano masih guna CS4 lagi...huhu




Isnin, 19 Mac 2012

Ke Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta...

Kini setiap tahun di Putrajaya akan diadakan event Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta yang kini telah memasuki musim ke-4 dinamakan sebagai 4th Putrajaya International Hot Balloon Fiesta 2012 yang menjadi tarikan setiap pengunjung untuk pergi ke Putrajaya dari 15hb-18hb Mac 2012.

Kali ini Defarhano sempat menjenguk sebentar ke event berkenaan, tetapi agak mengecewakan sedikit disebabkan angin yang bertiup kencang menyebabkan pengunjung yang ingin menaiki Belon Udara Panas terpaksa menunggu sehingga hampir jam 6 petang bergantung kepada keadaan angin.

Sedikit Sebanyak Photo yang sempat di rakamkan... (",)
Anak buah...comelkan???
Berada disekitar events, sempat gaklah naik belon udara panas, walaupun yang replika sahaja...hehehe...
Bila dah ada budak kecik, sudah semestinya setiap permainan hendak dibelinya... Jom main buih-buih belonnnnn sabun....
Antara aktiviti sukan yang sempat tengok diorang main ialah, mini superbike, wall climbing, paintball, pastu bola dalam air dan main laga-laga bola besar tue... rege dalam RM20 per ball kalau tak silap...huhu...


Kalau rasa teringin nak main sukan lasak ni semua datang lah lagi ke karnival belon udara panas yang diadakan setiap tahun di Putrajaya ni yer...(",)






Rabu, 14 Mac 2012

Lunch di D'One Steak Restaurant, Bandar Baru Bangi

 Lunch time tadi sempat makan di lokasi D'One Steak Restaurant, Bandar Baru Bangi. First time makan kat D'One Steak Bangi ni,sebelum ni, pernah cuba D'One Steak Seksyen 7, Shah Alam je... kalau ikut perancangan tengah hari tadi nak makan aiskrim Tutti Frutti je, tapi pelan boleh bertukar... (",)


Sebelum makan, sempat lah jalan-jalan kat kedai-kedai perabot yang ada bertentangan dengan tempat D'One Steak Bangi ni. Barang semua cantik-cantik dan mahal belaka, kayu jati dari Pakistan lah katakan...
Oklah, dah lama tak update pasal lunch, sebab bz, sibuk tambah lain-lain perkara tak perlu dinyatakan... (",)


Sedap makan Chicken Cordon Blue, dengan Chicken Grilled... (",)
Jemputlah datang...hehehe


Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Selasa, 13 Mac 2012

Jadual Gaji SSM 2012 | Tangga Gaji Gred Kakitangan Awam 2012


NEWS : PEKELILING, JADUAL GAJI BARU 2016 << 15/04/2016 baca sini





Jadual Tangga Gaji Skim SSM Gred N44 , N48, 52, 54 sudah tersebar meluas dengan draft kiraan sendiri disebabkan Sifir Gaji SSM 2012 dan Pekeliling Gaji Baru SSM masih lagi belum dikeluarkan setelah Kerajaan beri pelarasan gaji sebanyak 7% - 13% peratus oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk penjawat awam mengetahui kedudukan gaji terbaru di bawah Skim SSM setelah SBPA dibatalkan.

Hari ini Saya kongsikan satu lagi pengiraan terkini skel gaji SSM - Sistem Saraan Malaysia untuk gred 17 iaitu Juruteknik Komputer FT17.

Jadual Tangga Gaji SSM Baru FT17 bagi Juruteknik Komputer
(Klik untuk tumbesaran jadual)
Jadual Tangga Gaji SSM Baru N27 bagi Penolong Pegawai Tadbir

What does it take to be a modern mum? Check out #FrisoGUTDays at Queensbay Mall, 5-8 Apr!
Sumber berikut diperolehi dari kawan saya dan facebook. Sumber rasmi tidak diketahui.

Untuk mengetahui Gred Gaji SSM 2012 N1, N11, N17, N27 N41 selepas SBPA dibatalkan bakal saya update di pages ini kelak.


Komen Defarhano : Sebaik-baiknya tunggu pengumuman rasmi berita rasmi dari JPA di website www.jpa.gov.my mengenai Skim Gaji SSM 2012 yang dinaiktaraf untuk semakan gaji ssm terkini anda. Yang confirm boleh dipercayai ialah 13% dari Gaji sekarang + Gaji pokok adalah gaji baru ssm anda yang akan datang (",)



Sifir Gaji SSM 2012, Semakan Penyelarasan Gaji 2012, Tangga Gaji SSM Baru 2012, Jadual Gaji SSM 2012, Sifir Gaji Gred N SSM 2012, Kiraan Gaji Baru SSM 2012, Gaji Bulan Mac SSM 2012, Gaji Bulan April 2012, Skel Gaji Baru SSM, Gaji SSM Penjawat Awam 2012, Gaji SSM Kakitangan Awam 2012, Kenaikan Gaji 2012, Pekeliling Gaji SSM Terbaru 2012,

Sabtu, 10 Mac 2012

Tukar URL Blog ke Nama Domain Sendiri Defarhano.Com

Syukur Alhamdulillah, di atas sambutan pengunjung dan juga syarikat pengiklanan ke atas blog Defarhano ini, jadi Defarhano sebulat suara bersetuju menukar nama blog dari blogspot ke domain .com iaitu dari http://farhancr7.blogspot.com ke www.defarhano.com berkuatkuasa pada hari ini. Jadi siapa yang mengakses melalui url lama, terus akan diredirectkan ke domain baru.


Sebenarnya telah lama saya membeli nama domain ini iaitu pada akhir Januari 2012. Akan tetapi disebabkan kesibukkan menguruskan hal-hal peribadi dan juga tempoh perjanjian dengan syarikat pengiklanan Exabytes Network maka tertangguhlah proses menukar nama blog ke url .com ini. Tak apa, janji telah dibeli terlebih dahulu... (",).


Agak keberatan juga untuk beralih ke domain baru ini disebabkan ranking alexa farhancr7.blogspot.com yang kini berada dalam lingkungan 450,000 Global dan  3000 di Malaysia tidak diguna pakai pada nama baru defarhano.com . Maknanya Defarhano.com terpaksa bermula dari bawah semula.
Kini pada kedudukan 3 juta global dan 34,751 dalam Malaysia.
Ranking Defarhano.com di Alexa baru didaftar...


Dengan harapan agar ranking blog Defarhano.com ini semakin meningkat dan mendapat komen-komen yang membina dari rakan-rakan blogger yang lain. 
Dengan ini Defarhano minta jasa baik semua update nama url saya di blog list masing-masing kepada yang terbaru iaitu www.defarhano.com supaya dapat berkongsi update terkini...

Senarai Bloglist Defarhano pun terpaksa update semula, hilang semua url-url blog list lama di sebelah kanan... :-( banyak pulak keja nak kena buat...huhu


Terima kasih diucapkan kepada semua...





Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Jumaat, 9 Mac 2012

Jadual Gaji Baru SSM 2012 Gred 44, 48, 52 dan 54




Terlalu banyak orang mencari Jadual Gaji Baru SSM 2012 di blog ini sejak Skim SBPA dibatalkan dan Skim SSM 2012 diguna pakai. Kalau sebelum ini, entri saya Kiraan Kenaikan Gaji 2012 mendapat perhatian orang ramai, maka saya kongsikan Gambaran Imej setiap Tangga Gaji SSM 2012 ini pada gambar-gambar di bawah.


Jadual Gaji SSM 2012 dibawah ini terdiri dari
Jadual Gaji SSM Gred 44, Gred 48, Gred 52 dan Gred 54 yang mana kalau diliha
t Kenaikan Gaji Tahunan dalam Jadual Gaji SSM 2012 adalah seperti berikut :

Kenaikan Gaji Tahunan Gred 44 : RM250
Kenaikan Gaji Tahunan Gred 48 : RM270
Kenaikan Gaji Tahunan Gred 52: RM290
Kenaikan Gaji Tahunan Gred 54 : RM320
(Klik imej untuk tumbesaran)



Jadual gaji diatas bukanlah kiraan saya sendiri berdasarkan 13% kadar kenaikan gaji ssm yang diumumkan pada 8 Mac 2012 untuk Gred 1 sehingga Gred 54. Tetapi saya ambil dari internet. Untuk Tangga Gaji Baru SSM Gred N1,N17, N27 dan lain masih belum ada. Saya pun tak jelas bila tengok jadual di atas. Kalau ikutkan kenaikan di atas adalah mengikut tahun dan kekal pada T1, T2, T3 sehingga 2020. Sedangkan kebiasaannya mereka di sektor awam akan bergerak dari T1 ke T2...(",) 

Ini adalah kiraan gaji baru SSM versi sendirian berhad yang ada di internet. Untuk mengetahui jumlah sebenar kiraan kenaikan gaji baru SSM anda hendaklah menunggu Jadual Gaji Minimum-Maksimum mahupun Sifir Gaji SSM yang ditambahbaik dari JPA sendiri yang akan saya kongsikan kelak disini... 


Komen Defarhano: Semoga semua penjawat awam 1 Malaysia sabar dan tabah menanti Jadual Gaji Baru SSM 2012 untuk mengetahui kenaikan gaji baru pada Gaji Bulan Mac 2012 nanti ye... 



Sumber Image
Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!

Skim Gaji Baru SSM 2012, Jadual Gaji SSM 2012, Kenaikan Gaji SSM 2012, Tangga Gaji SSM 2012, Sifir Gaji Baru SSM 2012, Tangga Gaji Baru SSM N17, Tangga Gaji SSM JPA 2012, Struktur Gaji SSM Baru 2012, Gaji Baru 2012, Jadual Gaji Baru JPA 2012, Sifir Gaji SSM Baru Gred N 44,  Sifir Gaji SSM Baru Gred 48,  Sifir Gaji Baru SSM Gred 52,  Sifir Gaji SSM Baru Gred 54, Sifir Gaji SSM 2012 yang ditambah baik




Pelarasan Gaji SSM bagi Penjawat Awam di Tangga Gaji Maksima | Bayaran Tunggakan Gaji Baru SSM


Sudah tentu mereka yang berada di Tangga Gaji Maksimum sektor awam berasa lega dengan berita pengumuman terbaru mengenai Pelarasan Gaji Kakitangan Awam pada 8 Mac 2012 boleh menarik nafas lega kerana walaupun Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diumumkan batal dengan rasminya oleh Perdana Menteri, namun penjawat awam tetap 
menikmati pelarasan gaji 7 peratus ke 13 % dan juga pelarasan gaji bagi mereka yang berada di tangga gaji maksima di bawah penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Pelarasan gaji SSM turut dinikmati penjawat awam di tangga gaji maksima: CUEPACS
2012/03/08

KUALA LUMPUR: Penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksima akan turut menikmati pelarasan gaji di bawah penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

"Mekanisma pelarasan dan butiran terperinci akan kita bincangkan dalam suruhanjaya yang ditubuhkan nanti," kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman ketika dihubungi BERNAMA hari ini.
Najib hari ini mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan SSM yang ditambah baik selain mengumumkan pelarasan gaji antara tujuh peratus dan 13 peratus bagi penjawat awam mengikut gred.
Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan saja membabitkan sistem saraan malah rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.

Omar berterima kasih kepada Perdana Menteri bagi pihak penjawat awam di atas pengumuman tersebut dan meminta penjawat awam agar bersabar dengan pelaksanaan pelarasan gaji tersebut.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan pula berkata keputusan membatalkan SBPA dilihat sebagai tindakan bijaksana yang memberi keadilan kepada semua pihak.

"Mungkin ada pihak yang kurang puas hati dengan keputusan ini, namun kita perlu rasional bahawa kerajaan dalam masa yang sama tidak mampu memuaskan hati semua pihak," katanya.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM), Khairil Niza Khairuddin yang menyambut baik pelarasan gaji itu bagaimanapun mahu kerajaan bertindak mengawal kenaikan harga barang di pasaran supaya tidak menjejaskan kenaikan gaji penjawat awam.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata pembatalan SBPA adalah bukti kerajaan mengiktiraf dan memahami beban rakyat terutamanya penjawat awam.

"Sistem negara moden memperuntukkan kerajaan perlu mengambil kira dan pandangan dari pihak peniaga mahupun masyarakat sivil dan pembatalan ini jelas menunjukkan Perdana Menteri kita telah mengotakan janjinya sebelum ini," katanya.

Anggota tentera, Saiful Azmie Mohammed, 35, yang bakal menerima kenaikan gaji 13 peratus berkata pembatalan SBPA adalah satu tindakan yang wajar.

"Anggota beruniform seperti saya yang berada dalam kumpulan antara gred 42 hingga 44 tidak ada bantahan dengan pembatalan dan kenaikan gaji," katanya.

Seorang guru, Mohd Sanusi Ismail, 46, berkata penjawat awam perlu bersyukur dengan kenaikan tersebut dan tidak patut mengeluh mahukan gaji yang lebih tinggi daripada kerajaan.

"Jumlah kenaikan sudah diputuskan, saya tidak kisah kerana bagi saya mudah, jika kewangan kerajaan mampu dan ada bajet lebih, sudah pasti rakyat dan penjawat awam orang pertama yang akan menerimanya," katanya.

Pensyarah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam, Zariyawati Shaari, 32, berkata pembatalan SBPA mempunyai kebaikan dan keburukan.

"Saya menerima kenaikan 13 peratus, namun masih terlalu awal untuk menilai dan terdapat beberapa isu yang masih tidak jelas mengenai pembatalannya.

"Saya harap apa-apa pelaksanaan yang kerajaan lakukan perlu ambil kira semua perkara dan gaji golongan tertentu berpatutan dengan kerja dan kelayakan mereka," kata Zariyawati.

Penolong Pentadbir Tanah, Ahmad Fayadh Abdul Manap, 26, pula kecewa dengan pembatalan SBPA.

"Saya rasa SBPA ini memberi satu fasa baru kepada penjawat awam secara keseluruhannya. Sepatutnya SBPA yang perlu ditambah baik bukan SSM yang dikekalkan.

"Perlu diingatkan bahawa mereka yang mendapat kenaikan gaji berdasarkan skim SBPA adalah pegawai kerajaan yang mempunyai kelayakan akademik setimpal," katanya.

Beliau berkata kenaikan gaji pegawai kerajaan melalui skim SBPA secara tidak langsung boleh membantu mereka untuk membayar balik pinjaman pendidikan ketika menuntut di institut pengajian tinggi sebelum ini.

Kakitangan Majlis Perbandaran Bentong, A Kalaichalvi, 32, berkata beliau berpuas hati dengan pengumuman hari ini kerana jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan dengan nasib kakitangan awam terutamanya golongan bawahan.

"Saya yakin dan percaya pengumuman itu akan membangkitkan lagi semangat penjawat awam untuk terus bekerja dengan gigih bagi memastikan tahap dan pencapaian sentiasa berada di landasan betul," katanya. - BERNAMA
Bila Dapat Tunggakan Gaji, Tarikh Pelarasan Gaji Baru SSM Berkuatkuasa

Pelarasan Gaji Baru SSM yang ditambah baik ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012, maka semua penjawat awam berhak mendapat tunggakan gaji yang akan di bayar mulai bulan Mac atau bulan April bergantung kepada jabatan masing-masing.
Pelarasan gaji kuatkuasa 1 Januari 2012
2012/03/08

PUTRAJAYA: Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini akan berkuatkuasa 1 Januari tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada perbincangan CUEPACS dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, pagi tadi.
Untuk tengok Jadual Gaji SSM 2012 yang dicari-cari setakat ini sila ke

Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!


Khamis, 8 Mac 2012

Terkini : SKIM SBPA Dimansuhkan, SSM Dinaiktaraf dan Video Ucapan

Keputusan Gaji SBPA 2012 : Skim SBPA dimansuhkan, SSM Ditambah baik


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Berhubung pelarasan gaji pula, ia dibuat berdasarkan jadual gaji matriks SSM mengikut peratusan gred yang ditetapkan seperti berikut:
  • Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
  • Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
  • Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
  • Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.
Najib mengakui sepanjang tempoh tiga bulan SBPA diperkenalkan, kerajaan menerima hampir 1,000 aduan dan memorandum, termasuk cadangan daripada 23 persatuan berkaitan.

"Saya harap semua pihak reda dan tak ada lagi yang tak puas hati di semua peringkat. Saya doakan ini jadi penyelesaian terbaik," katanya.

Kerajaan juga bersetuju elaun bantuan sara hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan daripada RM150 kepada RM250 sebulan.

Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100.
Sumber : Malaysiakini

Skim SBPA Batal, Skim SSM Ditambah Baik
Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
Sumber : Bernama

Jom tengok Video Pengumuman Rasmi Perdana Menteri mengenai SBPA yang dibatalkan dan SSM ditambah baik. Kredit to Rufffey yang upload di Youtube.

Video Siaran Langsung Pengumuman SPBA Batal oleh NAJIB (PM) di TV1
Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini akan berkuatkuasa 1 Januari tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar

Bermakna akan ada bayaran tunggakan gaji berdasarkan pelarasan Gaji baru SSM diberitahu kelak.(",)
 

Komen Defarhano : Ok pun ye, tak ok pun yer.... (",) Apalah pandangan orang ramai pula dengan kenaikan 13%... Jadi gunalah kembali Skim SSM dengan Tangga Gaji Baru SSM 2012 yang bakal dikemaskini.... Pelarasan Gaji SSM Baru ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012 dan Tunggakan Gaji Akan dibayar mulai Mac hingga April 2012 .. 







Selasa, 6 Mac 2012

Triple Cheeseburger Mc'Donald's

Kesibukan melanda, tiada masa untuk menggeledah blog ni, banyak entri tertunggak!~

1st time makan Triple Cheeseburger Mc'Donald's ni waktu lunch tadi di Mc' Donald's Drive Thru Bandar Baru Bangi, Seksyen 8 ...
kalau sebelum ni Double Cheeseburger je yang pernah rasa...
100% BEEF 100% Daging Lembu.. patutlah lepas makan tadi mulut bau lembu...hehehe...keju+3 daging lembu = fully lembu!~

Full update next entri...