Header Ads

SUKAN : Skuad Kijang makin mewah

DURIAN runtuh lagi untuk skuad Kijang. Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memperuntukkan RM200,000 untuk tujuan pemberian bonus kepada pemain beserta pegawainya yang berjaya melakar sejarah melangkah ke perlawanan akhir Piala FA pada 25 April lalu.

Ganjaran itu termasuklah perbelanjaan duit poket untuk pemain yang akan dibawa berkunjung ke Old Trafford selama 13 hari pada 12 hingga 24 Ogos nanti.
Seramai 40 orang pemain dan pegawai serta 30 penyokong akan dibawa dalam siri lawatan itu yang turut melibatkan kunjungan ke Leeds dan Liverpool.
Namun Presidennya, Tan Sri Annuar Musa memberitahu, siri lawatan itu bukanlah hanya semata-mata untuk 'makan angin' saja sebaliknya beberapa siri perlawanan persahabatan turut dirancang.

Ujarnya, ia bertujuan melengkapkan persiapan Wira Merah dalam misi mengejar dua lagi piala iaitu Liga Super dan Piala Malaysia.

"Kita akan mengadakan perlawanan bersama sebuah pasukan tempatan di Leeds dan Liverpool selain meninjau pembangunan pengurusan pasukan Manchester United di Old Trafford nanti.
"Saya akan pergi ke sana (Manchester) hari ini (semalam) terlebih dahulu untuk menyelesaikan beberapa perkara termasuk penginapan dan pengangkutan semasa lawatan itu kelak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemberian bonus dan replika tiket penerbanganke Old Trafford di Kampung Kraf, Kota Bharu semalam.

Beliau yang melahirkan rasa bangga terhadap tahap persembahan skuad Kijang pada perlawanan Piala FA itu menyifatkan anak buah kendalian Peter James Butler itu bermain dengan penuh gentleman.

Menurutnya, satu transformasi telah berlaku dalam bola sepak negeri ini yang satu ketika hanya beraksi dalam Liga FAM, kemudian di Liga Perdana, mula mengorak langkah sedikit demi sedikit sehingga beraksi di Liga Super.

"Sekarang, kita masih lagi dalam pemburuan dua piala yang penting, Liga Super dan Piala Malaysia, jadi saya harap semua pemain perlu tanam keazaman yang tinggi untuk menjulang piala-piala ini," tambahnya
** Sumber disunting dari KOSMO Online 28 April 2009
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm

tags : english, EPL, kelantan, kelate, kijang, leed united, liverpool, Malaysia, Manchester United, msl, old trafford, the red worrior

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.