Header Ads

FILEM : Sinopsis Filem Pisau Cukur




Filem : Pisau Cukur
Genre : Komedi Romantik
Bahasa : Melayu
Pengarah : Bernard Chauly
Skrip : Rafidah Abdullah
Penerbit : Lina Tan
Pelakon : Maya Karin, Nur Fazura, Aaron Aziz, Eizlan Yusof, Redza Minhat
Tarikh tayangan : 5 November 2009





Cerita pasal Pisau Cukur:-

Pisau Cukur merupakan filem kedua arahan Bernard Chauly yang sebelum ini pernah mengarahkan filem Gol & Gincu dan juga diterbitkan Red Films.

Dalam pada itu, Bernard menjelaskan, filem ini sepatutnya memulakan penggambaran bermula pertengahan Julai lalu. Begitupun, dia berasakan adalah lebih baik ia ditunda hingga kedua-dua bintang utama filem ini menyudah terlebih dahulu dulu komitmen masing-masing.

Begitulah hebatnya penangan dua aktres wanita ini. Masakan tidak, pihak produksi sanggup menanti walaupun mengambil sedikit masa, asalkan Maya dan Fazura dapat berpasangan, lantas menjayakan perjalanan filem ini bersama.

Seandainya Maya sibuk dengan persiapan perkahwinan pertengahan Ogos lalu, Fazura pula masih terikat dengan penggambaran siri Ezora, siaran TV3 sebelum ini.

"Lalu, kami di Red Films mengambil keputusan penggambaran Pisau Cukur ditunda hingga selepas hari raya.



"Saya harapkan semua artis yang terbabit dalam filem itu dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada projek berkenaan.

"Penundaan itu juga memberi kami lebih masa memperkemas lagi apa-apa yang patut sebelum penggambaran sebenar bermula.



"Kini, semuanya berjalan seperti dirancang, malah kombinasi Maya dan Fazura benar-benar terserlah,"kata Bernard.

Antara pelakon lain yang turut membintangi Pisau Cukur ialah Aaron Aziz, Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Liyana Jasmay, Sharifah Sofea, Khatijah Tan dan Nas-T.



Pada masa sama, beberapa muka baru turut diperkenalkan bagi memeriahkan skrin. Tidak dilupakan kemunculan istimewa Nabil Raja Lawak, Afdlin Shauki, Nabila Huda, Yasmin Yusuff dan Rafidah Abdullah.



Filem yang dibikin dengan kerjasama Grand Brilliance Sdn. Bhd. itu ditulis Rafidah Abdullah, wanita yang bertanggungjawab menghasilkan lakon layar untuk filem Gol & Gincu.

Pisau Cukur mengisahkan dua sahabat baik, Bella lakonan Maya dan Intan (Fazura) yang bercuti atas sebuah kapal peranginan, Puteri Duyung. Seorang daripada mereka sebenarnya mencari cinta, manakala seorang lagi melakukan penyiasatan.



Beritahu Bernard lagi, filem ini mengutamakan lakonan dan perkembangan watak. Walaupun mengambil Pisau Cukur sebagai judul, tetapi pada pengakhirannya, audiens akan membawa pulang pengajaran bermanfaat.

"Ia adalah kisah yang menyalur semangat untuk kita semua," cerita Bernard yang enggan mendedahkan lebih lanjut berhubung jalan cerita filem itu.



Sampuk Bernard, Pisau Cukur bakal muncul kepada peminat sebagai sebuah filem segar, bukan sahaja kerana gabungan pertama Maya dan Fazura, malah ia juga mengutara subjek wanita yang suka mengikis duit lelaki dan lokasinya pula di sebuah kapal peranginan.

Masih mengekalkan elemen urban dalam jalan penceritaan, Bernard cukup berkeyakinan bahawa filem yang bakal menjengah pawagam tahun depan ini, mampu menembusi pasaran lebih meluas.

Jelasnya, tiada sebarang garis kasar yang dapat memisahkan filem urban serta bukan urban pada pandangan peminat filem masa kini.

"Maknanya, setiap karya yang bermutu, pasti ia berupaya menghiburkan semua golongan khalayak, tanpa perlu dilihat pada fizikalnya," akhiri Bernard menjunjung maksud cukup bermakna.



Sinopsis Filem "PISAU CUKUR":

Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella (lakonan Nur Fazura) dan Intan Bella (lakonan Maya Karin), bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui "PISAU CUKUR" di pawagam 5 November 2009.

PELAKON UTAMA

MAYA KARIN sebagai Bella
NUR FAZURA sebagai Intan
AARON AZIZ sebagai Ari
EIZLAN YUSOF sebagai Datuk Hisham
memperkenalkan REDZA MINHAT sebagai Faqir


PELAKON PEMBANTU

DATO RAHIM RAZALI sebagai Datuk Zakaria
KHATIJAH TAN sebagai Datin Wahidah
UMIE AIDA sebagai Naini
SHARIFAH SOFIA sebagai Sal
LIYANA JASMAY sebagai Suri
NAS-T sebagai Johan


PENAMPILAN KHAS

AFDLIN SHAUKI
NORMAN KRU
NABIL RAJA LAWAK
RADHI KHALID
RAFIDAH ABDULLAH
KARTINI ARIFFIN
NABILA HUDA
YASMIN YUSUFF
OTHMAN HAFSHAM
BERNICE CHAULY
ELAINE PEDLEY
HENRY GOLDING

Lagi Gambar-gambar produksi filem "PISAU CUKUR" di laman web www.pisaucukur.com.my

tags : Afdlin Shauki, eizlan yusof, maya karin, nur fazura, redza minhat, sinopsis, Sinopsis Filem Pisau Cukur

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.