Header Ads

RON97 naik 10 sen 5 Januari 2011


Salam selamat malam, sebenarnya DVII dapat info yang harga petrol akan naik pada Isnin malam 4 Januari 2011 ketika DVII sedang 'mengeteh' bersama BFF DVII iaitu En. Nasir. Lokasi DVII 'mengeteh malam semalam ialah di Mamak Presint 18. En. Nasir menyuruh DVII mengisi minyak penuh kerana ada ura-ura minyak naik tepat jam 12.00. Tetapi DVII macam tidak percaya kerana tiada berita yang keluar di Berita Harian Online, Utusan Malaysia Online mahupun Malaysiakini yang sememangnya sumber berita boleh dipercayai. So kesudahannya memang minyak tidak naik pada 4 Januari 2011 tetapi pada 5 Januari 2011 apabila DVII melayari Malaysiakini dalam jam 7 malam tadi dan diupdate pada Berita Harian Online pada jam 10 malam. Lambat 3 jam gitu...dan diikuti Utusan Malaysia Online pada 10.54 malam di link Utusan Terkini: RON97, minyak tanah naik 10 sen seliter tengah malam ini

"04/01/2011 10:54pm

KUALA LUMPUR, 4 Jan. - Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.
Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter."


Harga Petrol RON97 naik 10sen seliter menjadi RM2.40/liter
dan Harga minyak tanah naik 10sen juga menjadi RM2.50/liter.

Mungkin selepas ini RON95 dan minyak masak akan dinaikkan juga... =)

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.