Header Ads

Minyak Habis Di Pasaran terpaksa Cari kat tempat lain...


Negara kita tengah hangat dilanda berita kenaikkan harga barang disebabkan kenaikan harga petrol yang terbaru RON97 dan Minyak Tanah. Dan sekarang krisis minyak masak yang susah didapati di pasaraya-pasaraya seluruh Malaysia. Terbaru, DVII telah pergi menjenguk di Alamanda, Mydin, Kedai Runcit di Pasar Borong Selangor termasuk Balaji dan beberapa kedai runcit sekitar Putrajaya juga didapati tidak dapat menyediakan stok minyak. Apabila mereka menampal Minyak Masak Habis.

Jadi, disebabkan itu, Family DVII telah menelefon Pak Cik DVII yang berada di Bandar Sunway, Petaling Jaya untuk bertanyakan tentang stok minyak masak. Di sana juga terdapat masalah yang sama tetapi tidak seteruk di Putrajaya. Disebabkan anak Pak Cik ada bekerja di Pasaraya Speedmart, jadi stok minyak telah disimpan awal-awal jika ada yang bertanya tentang minyak. Family DVII telah menyapu 3 botol minyak masak dan Pak Cik DVII juga 3 botol. (cukuplah kot untuk stok 3 bulan...)

Bila krisis ini hendak selesai? tunggu harga minyak masak naik ke baru pengusaha-pengusaha hendak keluarkan stok minyak masak ini? seperti apa yang terjadi pada Gula setelah kenaikkan sebanyak 20sen menjadi RM2.10 sekilogram sekarang gula terlalu banyak di pasaraya-pasaraya dan mudah didapati...
Diminta pihak yang berwajib membendung masalah ini dan bukan hanya menaikkan harga barang keperluan sahaja!

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.