Header Ads

Cubaan Membaiki Dell LCD Monitor...


Nampaknye tetibe 2 malam lepas Dell LCD Monitor DVII buat hal, DVII tahu pun pagi semalam... so DVII dengan ringan tangan ingin menggodek-godek LCD Monitor tersebut. Bermulalah sesi membaiki 'monitor' yang rosak. Apa yang DVII rasakan ialah kerosakan tersebut bermula dari bahagian 'power supply port' kat belakang LCD ini. Susah juga nak bukak 'casing' dia, sebab tanpa skru tapi perlu umpil...huh... agak leceh lah, sebab meninggalkan kesan yang mendalam...hehe.... 

Setelah dibuka, 'port' yang selalu dicucuk kabel 'power' tu berada dalam keadaan longgar, jadi terpaksa lah DVII memateri semula bahagian tersebut tanpan bantuan peralatan yang secukupnya...(maklum ler, dah lama meninggalkan bidang pateri memateri nih...huhuhu)...

Selepas kerja memateri selesai, DVII test LCD monitor ini dan hasilnya berjaya berfungsi seperti biasa, akan tetapi selang 1 hari, lain pula halnya... RESULT : Mission Failed.

*** Tapi buat rakan-rakan yang ingin membaiki komputer / laptop yang rosak atau pun mahu upgrade komputer bolehlah merujuk kepada DVII juga ya...hehe....bab ini DVII agak terror sikit...tapi dari segi nak repair hardware yang dah memang rosak, baik beli baru jer...berbaloi sikit....

tags : kerosakan komputer, repair, Servis Komputer, Baiki komputer

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.