Header Ads

Senarai Nama Pemain Bolasepak Malaysia di Sukan Sea ke-26




Malaysia telah mengumumkan senarai akhir 20 pemain B-23(Bawah 23 tahun) yang bakal mengharumkan nama Malaysia (Harimau Malaya) di persada sukan bolasepak Sukan Sea ke-26 Jakarta, Indonesia. Senarai 20 pemain itu diumumkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, menyaksikan tujuh pemain terpaksa disisihkan iaitu Wan Zack, Gary, Zamir Selamat, Ab Aziz Ismail, Izuan Salahuddin, K Reuben dan Syazwan Tajuddin.  

Baddrol Bakhtiar telah dilantik sebagai Kapten pasukan Malaysia dan dibantu oleh Khairul Fahmi Che Mat (Apex) sebagai penolong dan penjaga kubu Malaysia yang terakhir. Dua pemain utama iaitu Wan Zack Haikal Wan Nor dan Gary Steven Robbat terpaksa diketepikan dalam misi mempertahankan kejuaraan Pingat Emas Bolasepak Malaysia di Sukan Sea XXVI Jakarta kali ini akibat kecederaan.






Malaysia bakal melawan Singapura dalam aksi sulung peringkat Kumpulan A pada Isnin ini 7 November 2011. 

Senarai Nama 20 Pemain Skuad Bolasepak Malaysia Ke Sukan Sea 26.

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Izham Tarmizi Roslan.

Pertahanan: Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Amer Saidin, Asraruddin Putra Omar, Zubir Azmi.

Tengah: Syahrul Azwari Ibrahim, Yong Kuong Yong, K Gurusamy, Shukur Jusoh, Irfan Fazail, Nazmi Faiz Mansor, Fandi Othman, Wan Zaharulnizam Zakaria.

Penyerang: Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, Izzaq Faris Ramlan, A Thamil Arasu

Semoga 20 Pemain yang terpilih mewakili Malaysia ini mampu mempertahankan pingat emas yang kita menangi sebelum ini.


Senarai Pemain dari : Berita Harian Online






Rahsia Buat Duit Guna Facebook! Daftar disini!


Senarai 20 Pemain Skuad Kebangsaan Malaysia, Senarai Nama Pemain Bolasepak Malaysia ke Sukan Sea Jakarta Indonesia, Penyerang Malaysia

4 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.