Penatnya Aku Tewaskan 5 Ekor Lembu
Hari ini merupakan sambutan Hari Raya Korban, Hari Raya Haji dan Hari Raya Aidiladha yang disambut oleh umat Islam seluruh dunia.
Jadi, haiwan peliharaan yang menjadi kegemaran orang ramai untuk sembelih pada hari raya Qurban ini sudah semestinya Lembu, Kerbau dan Kambing mahupun Unta bagi yang berkemampuan...
Tempat tinggal aku hanya 4 ekor lembu sahaja yang ditumbangkan.
Tapi, aku pula berjaya menewaskan 5 ekor lembu!...diulangi 5 ekor lembu ok!...banyak tue...nah ni die!
Inilah dia gambar '5 ekor lembu' yang aku tewaskan sebentar tadi... mengambil masa hampir 1 jam la jugak... huh... lambat tul nak buka ekor lembu ni eh... pergh...dapat makan sup ekor lembu nih sedap neh... tak sabar lak rase nak tunggu mak masak ekor lembu neh... ;-) banyak khasiat sebenarnye makan sup ekor nih... lagi-lagi orang yang macam aku, rasa penat je badan biler bukak 5 ekor lembu ni punya kulit... huhuhu.... o_0
*** Sebenarnya di antara 5 ekor lembu tu, yang aku punya hanyalah 2, yang lain-lain tolong bukakan sahaja, pakcik aku minta tolong sekali, iyelah... die juga yang bagi aku 2 ekor lembu tu kan... hehe...
wah2,anak muda yg bgs ^^
BalasPadam@Tasha biasa je... siapa lagi nak buat kan...huhu...cabut ekor bes je...kalau dah tau care...
BalasPadam